Cuaca buruk yang melanda Pantai Timur dipercayai menjadi penyebab 26 kakitangan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) dan juga anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) terkandas di Gunung Gagau, Tasik Kenyir sejak tiga hari lalu, lapor Utusan Online.

Kumpulan itu berada di lokasi tersebut untuk membuat kerja-kerja ukur berhampiran kawasan gunung berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang, Penolong Penguasa Mohd Zamri Omar memberitahu, kesemua mereka dijadual meninggalkan lokasi berkenaan tiga hari lalu dengan menaiki helikopter namun dihalang cuaca yang tidak menentu.


Difahamkan, pada pagi ini, pihak bomba akan membawa semua mangsa terkandas keluar dari kawasan gunung tersebut menggunakan bot dari Pengkalan Gawi.

Perjalanan bot dari Pengkalan Gawi ke Gunung Gagau dijangka mengambil masa tiga jam.