KUALA LUMPUR:Affin Bank Bhd mengesahkan seorang kakitangannya di ibu pejabat di sini disahkan positif COVID-19 dan sedang dirawat di sebuah hospital.
Bank itu berkata, ia sedang melakukan pengesanan kontak ke atas kakitangan dan pihak-pihak lain yang mungkin berhubung rapat dengan kakitangan terbabit di Menara Affin, Jalan Raja Chulan.
"Kakitangan yang ada bersentuhan secara langsung dengan kakitangan terbabit akan disaring dan diperiksa bagi COVID-19. Semua kakitangan di aras pejabat yang terlibat telah diarahkan bekerja dari rumah.
"Langkah berjaga-jaga telah diambil oleh pihak bank untuk mengurangkan risiko jangkitan kepada kakitangan lain dan pelanggan," kata Affin Bank dalam satu kenyataan hari ini.
"Ibu pejabat Affin Bank akan ditutup bagi kerja-kerja sanitasi dan dibuka semula pada Isnin," kata bank itu sambil menambah ia mengambil langkh-langkah yang perlu untuk memastikan kesihatan dan keselamatan kakitangan dan pelanggannya.
"Kerja-kerja pembersihan dan sanitasi sedang dilakukan di pejabat yang terlibat dan juga akan dijalankan di seluruh bangunan," kata bank itu.
Menurut bank itu, semua kakitangan telah dinasihatkan untuk mengamalkan penjagaan kebersihan diri dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan serta peraturan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Affin Bank juga memberi jaminan kepada pelanggan operasinya tidak terjejas semasa tempoh ini selaras dengan pelan kesinambungan perniagaannya yang termasuk sistem sokongan, kemudahan pemulihan, penyusunan kerja dari rumah dan saluran komunikasi alternatif.
Pelanggan dinasihatkan untuk melakukan urusan perbankan mereka menerusi www.affinonline.com atau menghubungi pusat panggilan di 03-8230 2222.
Bagi maklumat lanjut, pelanggan boleh merujuk kepada laman web dan akaun media sosial rasmi Affin Bank.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 15 2020

Affin Bank Bhd mengesahkan seorang kakitangannya di ibu pejabat di sini disahkan positif COVID-19 dan sedang dirawat di sebuah hospital. - Gambar fail/Google Street View

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Abang Johari tidak tolak kemungkinan Sarawak akan ambil alih sebuah bank perdagangan
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg tidak menolak kemungkinan kerajaan negeri akan mengambil alih sebuah bank perdagangan di negara ini.

Kakitangan ibu pejabat Affin Bank disahkan positif COVID-19
Affin Bank Bhd mengesahkan seorang kakitangannya di ibu pejabat di sini disahkan positif COVID-19 dan sedang dirawat di sebuah hospital.