LIPIS: Seorang kakitangan Hospital Kuala Lumpur (HKL) maut manakala dua lagi cedera selepas terbabit dalam nahas melibatkan tiga kenderaan di Kilometer (KM) 17, Jalan Lipis - Benta dekat Taman Jelai, di sini pada Jumaat.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, mangsa, Wan Afinulhikman Wan Hamid, 26, yang beralamat Tanah Merah, Kelantan meninggal dunia di wad kecemasan Hospital Kuala Lipis.
Ketua Polis Daerah Lipis, Superintenden Azli Mohd Noor memberitahu, kemalangan membabitkan kereta jenis Perodua Axia, van jenis Toyota Hiace dan kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Proton X50.
Menurutnya, kemalangan dipercayai berlaku apabila Perodua Axia dipandu mangsa dari arah Kuala Lumpur menghala ke Kelantan hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan lalu melanggar van di bahagian kanan.
"Proton X50 dari arah belakang van tersebut bertembung berhadapan dengan Perodua Axia.
"Mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lipis namun disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan kira-kira jam 12.45 tengah hari.
"Pemandu van, 40, pula cedera di bahagian kepala manakala seorang wanita, 59, yang juga penumpang Proton X50 cedera di bahagian dada. Bagaimanapun, pemandu SUV, 62, tidak mengalami kecederaan," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Jelasnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Jan 12 2024
Keadaan Perodua Axia yang dipandu mangsa dalam kejadian di KM 17, Jalan Lipis-Benta pada Jumaat. - Foto PDRM
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
Kakitangan HKL maut, dua lagi cedera nahas tiga kenderaan
Seorang kakitangan Hospital Kuala Lumpur (HKL) maut manakala dua lagi cedera selepas terbabit dalam nahas di Lipis hari ini.