Hari pertama bulan Ramadan dicemari dengan tingkah laku warga emas beragama Islam tanpa segan silu berada di sebuah kedai makan bukan Islam.
Bagaimanapun, perbuatan mereka itu dikesan anggota Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) yang bertindak menyerbu kedai makan berkenaan, hari ini.
Semasa serbuan itu dilakukan di dua premis di Bukit Rambai dan Tangga Batu, ada juga yang berjaya melarikan diri.
Ketua Penguatkuasa JAIM, Rahimin Bani berkata, enam warga emas dicekup kerana perbuatan mereka disifat amat memalukan kerana langsung tidak menghormati bulan Ramadan.
“Amat memalukan apabila segelintir umat Islam sanggup ponteng daripada berpuasa di premis makanan bukan Islam.
“Perbuatan mereka ini sebenarnya menjatuhkan imej dan menghina agama Islam.
“Kami pandang berat perkara ini dan mereka yang ditahan akan dikenakan tindakan,” katanya kepada pemberita selepas mengikuti operasi berkenaan.
Operasi itu dijalankan ke atas 13 premis perniagaan di sekitar bandar raya dan melibatkan 20 anggota penguatkuasa.
Tambah beliau, mereka yang ditahan itu akan disiasat mengikut Seksyen 49 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka yang memperuntukkan denda RM1,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya sekali.
Bagi kesalahan kedua, hukumannya berganda kepada RM2,000 dan penjara 12 bulan.
Rahimin turut menegur beberapa restoran makanan segera yang menjual makanan kepada orang Islam pada waktu siang.
Beliau berkata, operasi bukan sahaja mencegah kaki ponteng puasa sebaliknya pemantauan juga akan dilakukan di pusat-pusat hiburan untuk mengesan umat Islam yang tidak menghormati bulan Ramadan.
Tambahnya, JAIM juga akan menaikkan lebih 2,000 poster dan kain rentang bagi mengingatkan kewajipan berpuasa dan menjauhi perkara dilarang agama.
Beliau turut bercadang untuk melakukan operasi bersama agensi kerajaan lain susulan mendapati banyak premis perniagaan yang gagal menjaga aspek kebersihan.
Raffi Bachik
Thu Jun 18 2015
![Kaki ponteng puasa ditahan hari pertama Ramadan Kaki ponteng puasa ditahan hari pertama Ramadan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-06/61434631624_295x200.jpg)
Beberapa warga emas dicekup di sebuah kedai makan bukan Islam pada hari pertama Ramadan. - Astro AWANI
![Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720085306_FadillahYusof.jpg)
Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah
Fadillah berkata perkara itu sudah berlaku ketika zaman pentadbiran bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad lagi.
![Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/51658407048_Cabul.jpg)
Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian
Polis menahan seorang pelancong lelaki warga Maghribi kerana disyaki mencabul seorang juruterapi wanita rakyat tempatan di Pulau Perhentian.
Warga Thailand seludup diesel dihadapkan mahkamah
Seorang pemandu lori warga Thailand dihadapkan ke mahkamah atas menyeleweng 322 liter minyak diesel minggu lalu.
ADUN Rembia sertai Pas: YB Kampar minta buka riben putih
Susulan pengumuman ADUN Rembia sertai Pas dalam sidang media, YB Kampar, Chong Zhemin kemuka Peraturan Mesyuarat dan menyifatkan satu penghinaan besar buat Parlimen.
#SisiTVParlimen
#AWANInews
#SisiTVParlimen
#AWANInews
![Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720590984_DatukSeriMohamadH.jpg)
Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad
Mohamad Hasan berkata buat masa ini, kerja-kerja penandaan dan pengukuran di lapangan telah meliputi 175.96 km atau 33.3 peratus daripada keseluruhan jarak sempadan.
Kim Pan Gon undur diri kesan kepada Harimau Malaya
Apa reaksi peminat Harimau Malaya dan penganalisis sukan mengenai peletakan jawatan Kim Pan-Gon?
Masuk Pas untuk sama-sama susah dengan rakyat - ADUN Rembia
Muhamad Jailani berkata, sebelum ini beliau pernah menghantar surat kepada Lembaga Disiplin UMNO memohon untuk memecat keahliannya daripada parti Melayu itu.
![Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712121864_TBADLYZAHARIjp.jpg)
Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk
Perkara itu dimaklumkan pihak Aerotree Defence and Services Sdn Bhd iaitu syarikat yang dipertanggungjawabkan dalam kontrak perolehan perkhidmatan sewaan helikopter berkenaan.
Keghairahan final Euro 2024 dibawakan ke restoran mamak
Kemeriahan dan keghairahan perlawanan final UEFA EURO 2024 antara Sepanyol dengan England di Berlin, Jerman dirasai di Malaysia, dibawakan oleh 'Astro BizOne Watch Party' di Restoran Hakim, Seksyen 7, Shah Alam.
![Polis kesan remaja lelaki hilang sejak enam hari lepas Polis kesan remaja lelaki hilang sejak enam hari lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721115027_MuhammadAdiLagik.jpg)
Polis kesan remaja lelaki hilang sejak enam hari lepas
Polis sedang berusaha mengesan seorang remaja lelaki yang dilaporkan hilang oleh keluarganya di Kuala Pilah sejak enam hari lepas.
![JAIM bakal perkenal Pusat Tahfiz TVET, tawar kursus selam dasar laut JAIM bakal perkenal Pusat Tahfiz TVET, tawar kursus selam dasar laut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/81643096971_TBRAHMAD.jpg)
JAIM bakal perkenal Pusat Tahfiz TVET, tawar kursus selam dasar laut
JAIM bakal menjadikan Maahad Tahfiz Pulau Besar sebagai Pusat Tahfiz Program Pendidikan dan TVET yang turut menawarkan kursus selam dasar laut.
![Melaka lulus pelantikan guru KAFA SRA, guru tadika JAIM secara kontrak Melaka lulus pelantikan guru KAFA SRA, guru tadika JAIM secara kontrak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61689154361_TBRAHMADMELAKA.jpg)
Melaka lulus pelantikan guru KAFA SRA, guru tadika JAIM secara kontrak
Pelaksanaan Pembayaran Kontrak Khas ini di Melaka adalah antara yang tertinggi dalam Malaysia.
![Wujud kelemahan dalam pengurusan JAIM, MSSB dan MCL - LKAN Wujud kelemahan dalam pengurusan JAIM, MSSB dan MCL - LKAN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/41676534868_TBlaporanketuaaudit.jpg)
Wujud kelemahan dalam pengurusan JAIM, MSSB dan MCL - LKAN
LKAN Tahun 2021 siri 2 dalam laporan pengauditan pematuhan jabatan/agensi negeri Melaka mendapati, terdapat kelemahan dari aspek bayaran terhadap perkhidmatan kawalan keselamatan JAIM.
![Mahasiswa, isteri orang antara dicekup khalwat JAIM Mahasiswa, isteri orang antara dicekup khalwat JAIM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/71670025995_JAIM.jpg)
Mahasiswa, isteri orang antara dicekup khalwat JAIM
Kesemua mereka yang ditahan dalam operasi yang berlangsung kira-kira tiga jam itu, berusia antara 20 hingga 40 tahun.
![Individu tidak puas hati pengurusan masjid boleh salur maklumat kepada JAIM Individu tidak puas hati pengurusan masjid boleh salur maklumat kepada JAIM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/51656847721_PengarahBahagianPe.jpg)
Individu tidak puas hati pengurusan masjid boleh salur maklumat kepada JAIM
Che Sukri Che Mat berkata perkara itu boleh diselesaikan di peringkat JAIM kerana tindakan segera akan diambil mengikut undang-undang yang ditetapkan.
![SOP solat tarawih di Melaka dikeluarkan seminggu sebelum Ramadan SOP solat tarawih di Melaka dikeluarkan seminggu sebelum Ramadan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/51642489482_950x600.jpg)
SOP solat tarawih di Melaka dikeluarkan seminggu sebelum Ramadan
Solat tarawih berjemaah masjid dan surau di Melaka pada Ramadan tahun ini, dibenarkan namun ketetapan SOP yang diguna pakai akan dikeluarkan pekelilingnya seminggu sebelum bulan tersebut.
![JAIM benarkan kehadiran 500 jemaah di masjid bermula esok JAIM benarkan kehadiran 500 jemaah di masjid bermula esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/51630729520_TBMASJIDMELAKA.jpg)
JAIM benarkan kehadiran 500 jemaah di masjid bermula esok
JAIM membenarkan kehadiran maksimum 500 jemaah di tujuh masjid kerajaan di Melaka bermula esok.
![Melaka benarkan 250 jemaah solat Jumaat di 7 masjid Melaka benarkan 250 jemaah solat Jumaat di 7 masjid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/51625136921_solatjumaat.jpg)
Melaka benarkan 250 jemaah solat Jumaat di 7 masjid
Melaka membenarkan 250 jemaah solat Jumaat bagi tujuh masjid kerajaan dan 100 orang di 188 masjid kariah dan institusi seluruh negeri, mulai esok.
![JAIM benarkan urusan nikah, cerai, rujuk mulai 1 Julai JAIM benarkan urusan nikah, cerai, rujuk mulai 1 Julai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/71624960984_JAIMbenarkanurusan.jpg)
JAIM benarkan urusan nikah, cerai, rujuk mulai 1 Julai
Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) membenarkan urusan nikah, cerai dan rujuk (NCR) serta kekeluargaan dilakukan di kaunter bermula 1 Julai ini.
![JAIM siasat ritual ajaran sesat di Pulau Besar JAIM siasat ritual ajaran sesat di Pulau Besar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/71611976605_PulauBesar.jpg)
JAIM siasat ritual ajaran sesat di Pulau Besar
JAIM sentiasa membuat pemantauan di pulau berkenaan bagi mengelakkan berlaku perkara khurafat dan sebagainya.