Adakah Wawasan 2020 akan dicapai pada tahun depan? Apakah pendapat generasi milenial (anak muda) berhubung perkara ini?
Berdasarkan satu kajian yang dibuat oleh portal Vase.ai, 53 peratus undian yang dibuat ke atas kumpulan milenial berpendapat Malaysia memerlukan lebih masa untuk merealisasikan Wawasan 2020, manakala 17 peratus lagi tidak mempunyai harapan visi itu akan dicapai.
Menurut Vase.ai, seramai 1,048 rakyat Malaysia (milenial) mengambil bahagian dalam kajian itu yang bertujuan untuk mengumpul pendapat mereka berkenaan prospek pertumbuhan Malaysia sejak mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.
Berdasarkan kajian tersebut, hampir 80 peratus responden berkata kerajaan memerlukan lebih daripada lima tahun lagi untuk mencapai Wawasan 2020.
Menurut mereka, Malaysia perlu mengutamakan tiga aspek iaitu ekonomi (76%), pendidikan (73%) dan teknologi, telekomunikasi & infrastruktur internet (71%) untuk mencapai Wawasan 2020.
Walaupun Malaysia telah mengungguli sektor teknologi, telekomunikasi & infrastruktur internet, majoriti (95%) rakyat Malaysia berpendapat sistem pendidikan di negara ini perlu diperbaiki.
Menurut responden, kerajaan perlu meningkatkan taraf sistem pendidikan di Malaysia dan guru sekolah harus mempunyai kerja pentadbiran yang lebih rendah untuk memberi tumpuan kepada kemahiran mengajar.
Selain itu, mereka juga berpendapat masyarakat mempunyai peranan penting dalam membantu negara mencapai Wawasan 2020. Oleh itu, mereka berharap kerajaan akan membuka lebih banyak peluang pekerjaan di sektor awam dan juga memberi gaji yang lebih baik untuk sektor awam dan swasta.
Apa pandangan terhadap perkara ini? Kongsikan kepada kami.
Kohilah Sekaran
Mon Jul 01 2019
![Kajian: Malaysia perlu lebih masa untuk capai Wawasan 2020, kata generasi milenial Kajian: Malaysia perlu lebih masa untuk capai Wawasan 2020, kata generasi milenial](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-01/71547578498_AmbangMerdeka.jpg)
Berdasarkan kajian tersebut, hampir 80 peratus responden berkata kerajaan memerlukan lebih daripada lima tahun lagi untuk mencapai Wawasan 2020. - Gambar hiasan
![RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/81678788517_MahkamahUtama.jpg)
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
![Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/81646741163_DatukWilliamNg.jpg)
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
![Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030 Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71694910732_DatukArthurJoseph.jpg)
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
![Jokowi ke Abu Dhabi untuk perbincangan dengan Presiden UAE mengenai kerjasama Jokowi ke Abu Dhabi untuk perbincangan dengan Presiden UAE mengenai kerjasama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41660792602_jokowi.jpg)
Jokowi ke Abu Dhabi untuk perbincangan dengan Presiden UAE mengenai kerjasama
Presiden Jokowi dijadual bertemu rakan sejawatannya dari UAE pada 17 Julai.
![Penyasaran subsidi bukan untuk menyusahkan rakyat - Rafizi Penyasaran subsidi bukan untuk menyusahkan rakyat - Rafizi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721091161_subsidi.jpg)
Penyasaran subsidi bukan untuk menyusahkan rakyat - Rafizi
Rafizi mengakui jika penyasaran subsidi tidak dibuat segera kadar unjuran ekonomi negara akan menjadi lebih teruk.
![Penglibatan dalam BRI perkukuh perkongsian ekonomi Malaysia-China - Tengku Zafrul Penglibatan dalam BRI perkukuh perkongsian ekonomi Malaysia-China - Tengku Zafrul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721037960_tbTengkuZafrul.jpg)
Penglibatan dalam BRI perkukuh perkongsian ekonomi Malaysia-China - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata ia telah mencetuskan projek transformasi yang meningkatkan kesalinghubungan dan pembangunan ekonomi.
![BRICS: Kenapa Malaysia harus terikat dengan satu blok sahaja? - PM Anwar BRICS: Kenapa Malaysia harus terikat dengan satu blok sahaja? - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41719901027_AnwarIbrahim.jpg)
BRICS: Kenapa Malaysia harus terikat dengan satu blok sahaja? - PM Anwar
Malaysia tidak harus terikat dengan satu blok sahaja sedangkan ada blok baharu yang meningkat naik, tidak lagi bergantung kepada kuasa besar seperti Amerika Syarikat.
![Kos sara hidup: Indikator baharu perlu lihat banyak dimensi, tangani kartel dan monopoli Kos sara hidup: Indikator baharu perlu lihat banyak dimensi, tangani kartel dan monopoli](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/81689157846_KosSaraHidupBUDGET.jpg)
Kos sara hidup: Indikator baharu perlu lihat banyak dimensi, tangani kartel dan monopoli
Perbelanjaan yang menentukan inflasi dan kos sara hidup berbeza mengikut tempat dan persekitaran, dan tidak hanya tertumpu pada mereka yang berada di bandar sahaja.
![Permintaan tenaga buruh melemah, pengangguran meningkat Permintaan tenaga buruh melemah, pengangguran meningkat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/51692252114_jermanflag.jpg)
Permintaan tenaga buruh melemah, pengangguran meningkat
Kadar pengangguran di Jerman pada Jun meningkat sebanyak 4,000 orang secara bulanan mencecah 2.73 juta, menjadikan kadar pengangguran negara itu pada 5.8 peratus.
![Indeks Daya Saing: Jangan salahkan kerajaan, ini masalah struktur - Pengarah MINDA-UKM Indeks Daya Saing: Jangan salahkan kerajaan, ini masalah struktur - Pengarah MINDA-UKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/71696493849_Pengarah.jpg)
Indeks Daya Saing: Jangan salahkan kerajaan, ini masalah struktur - Pengarah MINDA-UKM
Kedudukan Malaysia yang merosot dalam Indeks Daya Saing Global IMD 2024 tidak wajar dipersalahkan kepada kerajaan semasa.
![Isu BlackRock: Ahmad Zahid sifatkan kenyataan Tok Mat bersifat peribadi Isu BlackRock: Ahmad Zahid sifatkan kenyataan Tok Mat bersifat peribadi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61716803691_AhmadZahidHamidi.jpg)
Isu BlackRock: Ahmad Zahid sifatkan kenyataan Tok Mat bersifat peribadi
Ahmad Zahid menjelaskan kenyataan yang dikeluarkan Mohamad Hasan berhubung dakwaan penyertaan syarikat BlackRock Inc dalam penstrukturan semula MAHB bersifat peribadi.
![WEF China membuka tirai, tangani indikator negatif ekonomi global WEF China membuka tirai, tangani indikator negatif ekonomi global](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719197623_WEFChina.jpg)
WEF China membuka tirai, tangani indikator negatif ekonomi global
Lima indikator negatif tersebut termasuk faktor geopolitik (79 peratus), paras hutang (68 peratus) dan polarisasi sosial (65 peratus).
![[KOLUMNIS] Kejatuhan daya saing negara: 'Jangan panik tetapi mesti risau' [KOLUMNIS] Kejatuhan daya saing negara: 'Jangan panik tetapi mesti risau'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719028574_tbKualaLumpurGener.jpg)
[KOLUMNIS] Kejatuhan daya saing negara: 'Jangan panik tetapi mesti risau'
Kedudukan daya saing Malaysia umumnya menurun dari tahun ke tahun sejak bertahun yang lalu.