GEORGE TOWN: Kajian kebolehlaksanaan projek terowong dasar laut telah siap dan akan dibentangkan kepada Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak lama lagi.
Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata, ia akan dibentangkan sejurus segala ulasan daripada agensi teknikal, termasuk agensi-agensi persekutuan, diterima.
Tambahnya, kajian kebolehlaksanaan itu hanya untuk terowong dasar laut sahaja dan tidak melibatkan pembinaan jambatan seperti yang dicadangkan bagi menggantikan terowong dasar laut.
"Berkenaan dengan cadangan menggantikan terowong bawah dasar laut dengan jambatan, pada ketika ini, kajian kebolehlaksanaan yang dilakukan oleh Consortium Zenith Construction (CZC) adalah untuk terowong bawah dasar laut sahaja dan bukannya untuk jambatan," katanya dalam kenyataan hari ini.
"Walaupun Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak menolak kemungkinan membina jambatan sebagai link ketiga, namun ia belum lagi dipertimbangkan," katanya.
Menurut Chow, sebarang pertimbangan mengenainya hanya akan dilakukan setelah kajian kebolehlaksanaan dibentangkan secara rasmi kepada kerajaan negeri.
Projek terowong dasar laut merupakan sebahagian daripada Projek Tiga Lebuh Raya Utama dan Terowong Bawah Dasar Laut di negeri ini.
Sementara itu, Chow sekali lagi menegaskan, kos bagi kajian kebolehlaksanaan dan reka bentuk terperinci bagi tiga lebuh raya dan terowong bawah dasar laut adalah berjumlah RM305 juta.
Namun, RM208 juta, yang telah dibayar melalui kaedah ‘exchange land’ kepada CZC bagi kajian kebolehlaksanaan dan reka bentuk terperinci, adalah untuk tiga lebuh raya sahaja.
"Langsung tiada bayaran dibuat bagi terowong bawah dasar laut kerana kajian kebolehlaksanaannya belum lagi diterima serta diluluskan oleh kerajaan negeri," jelasnya.
Tegas Chow, walaupun sudah banyak kali penjelasan diberikan oleh kerajaan negeri mengenai perincian projek tersebut yang dianugerahkan melalui tender terbuka sebelum ini, namun masih berlaku penyelewengan fakta oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Projek terowong dasar laut di Pulau Pinang yang berskala mega itu mengundang pelbagai kontroversi khususnya membabitkan kajian kebolehlaksanaan yang bernilai RM305 juta dan kelewatan menjangkau dua tahun berbanding jadual asal.
Berdasarkan pelan asal, projek itu merangkumi empat komponen utama, iaitu tiga jalan perhubungan sepanjang 30 kilometer dan terowong dasar laut yang dianggarkan bernilai RM6.3 bilion.
Astro Awani
Mon Sep 27 2021

Menurut Chow, sebarang pertimbangan mengenainya hanya akan dilakukan setelah kajian kebolehlaksanaan dibentangkan secara rasmi kepada kerajaan negeri. - Facebook Chow Kon Yeow

Cadillac sah jadi pasukan ke-11 Formula 1 2026
Keluarga besar Formula 1 akan menerima kehadiran ahli baharu apabila pasukan Cadillac sah akan menyertai siri perlumbaan bermula 2026.
AWANI Ringkas: PM seru rakyat jadi ejen perpaduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Taylor’s University lancar program PPE pertama di Malaysia, persiap graduan jadi pemimpin masa hadapan
Program ini dirangka untuk memenuhi keperluan pasaran dengan kemahiran kritikal dan melibatkan kerjasama erat dengan industri.

KDN tiada hasrat ikut langkah AS berhubung dasar hantar pulang pendatang tanpa izin
Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengikut langkah Amerika Syarikat berhubung dasar menghantar pulang pendatang tanpa izin.

Insiden baling botol: AFC bakal hukum JDT?
AFC sedang menunggu laporan penuh berhubung tindakan segelintir penyokong JDT membaling botol ke dalam kawasan padang semasa perlawanan ACLE menentang Buriram United.

KPDN serbu stor haram seleweng LPG, minyak masak di Kapar
KPDN Selangor berjaya menumpaskan dua aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi melibatkan gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak peket.

Butiran mengenai pendidikan tinggi percuma di Sarawak diketahui Nov
Inisiatif ini bertujuan mengukuhkan tenaga kerja dalam bidang STEM, undang-undang, dan perakaunan.

ACLE: Sedih, tetapi JDT akan terus berkembang - Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio, meluahkan rasa sedihnya selepas pasukannya tewas kepada kelab Thailand, Buriram United.

Meta dilapor sedang uji cip latih AI pertama
Cip dalam siri Meta Training and Inference Accelerator (MTIA) dijangka digunakan untuk melatih model AI seawal 2026.

PM Anwar seru semua pihak jadi ejen perpaduan, satukan rakyat pelbagai kaum
Perdana Menteri mengajak seluruh rakyat Malaysia agar bersama-sama menjadi ejen perpaduan dan membantu usaha Kerajaan Madani menyatukan seluruh rakyat Malaysia.

RM7 juta biaya kos kajian kebolehlaksanaan projek Kereta Api Trans-Borneo
Sejumlah RM7 juta diperuntukkan bagi membiayai kos keseluruhan kajian kebolehlaksanaan projek pembinaan Kereta Api Trans-Borneo, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah diberitahu hari ini.

Kerajaan jalankan kajian kebolehlaksanaan rangkaian rel di Borneo - Anthony Loke
Satu kajian kebolehlaksanaan akan dijalankan bagi mengukur daya maju sistem rel di Borneo.

USTDA, Thailand bekerjasama dalam pembangunan PSH
USTDA memiliki sejarah 30 tahun bekerjasama dengan EGAT dalam pembangunan infrastruktur tenaga Thailand.

Semua projek baharu di bawah KPKT wajib ada kajian kebolehlaksanaan
Kajian kebolehlakasanaan secara berkecuali penting supaya semua projek baharu yang bakal dilaksanakan menepati kriteria.

Projek Rintis Bayaran Bantuan Tanpa Tunai jana transaksi lebih RM300,000
Projek melibatkan penerima bantuan JKM di beberapa daerah di Perlis, Kedah dan Melaka, dengan penyertaan 246 premis.

Kajian kebolehlaksanaan terowong dasar laut siap untuk dibentang - Chow Kon Yeow
Ia akan dibentangkan sejurus segala ulasan daripada agensi teknikal termasuk agensi-agensi Persekutuan diterima.

Cadangan jambatan ketiga diputuskan selepas kajian kebolehlaksanaan atasi kesesakan tambak
Kajian kebolehlaksaan itu akan turut menilai keupayaan masa kini Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB).