Sistem Perkhidmatan Global Pendidikan Malaysia (EMGS) perlu dikaji semula dengan mengambil kira saringan polis sebelum pelajar asing diberi visa untuk memasuki negara ini.
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata ia perlu bagi mengelakkan kumpulan pengganas menggunakan kemudahan tersebut bagi menyelinap masuk ke negara ini.
Menurutnya ketika ini kemasukan pelajar asing ditapis oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menggunakan sistem EMGS, tanpa membabitkan saringan polis atau tapisan Imigresen seperti pekerja asing.
"Oleh itu, prosedur sistem EMGS perlu dikaji semula kerana saringan kemasukan pelajar asing yang berisiko tinggi sebagai bakal pengganas atau penjenayah tidak dapat dilaksanakan dengan menyeluruh sebelum mereka tiba di sini," katanya kepada Bernama.
Beliau diminta mengulas kewujudan anggota Daesh warga asing di negara ini serta kes empat warga asing yang disyaki terlibat dengan aktiviti keganasan yang ditahan Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas di beberapa lokasi antara 3 Nov dan 16 Dis lepas.
Warga asing yang ditahan termasuk dua pelajar di Universiti Antarabangsa Al-Madinah di Shah Alam, Selangor dan seorang operator kilang di Johor.
Siasatan awal polis mendapati seorang daripada pelajar berkenaan pernah disiasat pihak berkuasa asing kerana terlibat dalam kumpulan militan Daesh.
Pelajar itu disyaki terlibat dalam percubaan mendapatkan maklumat sensitif mengenai aspek keselamatan di sebuah sekolah antarabangsa di ibu negara manakala seorang lagi pelajar disyaki bersubahat dengannya.
Pemeriksaan lanjut juga mendapati seorang lagi suspek pernah ditahan di Timur Tengah pada 2010 kerana disyaki menganggotai kumpulan pengganas Al-Qaeda.
Ketiga-tiga suspek yang ditahan di Selangor itu telah diusir pulang ke negara asal pada 22 dan 23 Nov lepas manakala operator kilang itu pula ditahan kerana disyaki merancang menyeludup senjata api ke Poso, Indonesia serta menyusup masuk ke Myanmar bagi melancarkan serangan.
Nur Jazlan berkata keempat-empat suspek ditahan polis melalui pemantauan dan maklumat risikan selepas mereka memasuki negara ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata kerajaan melalui Jabatan Imigresen mengawal pintu masuk rasmi seperti lapangan terbang, pelabuhan dan jalan darat tetapi masih terdapat juga suspek yang terlepas disebabkan maklumat mereka sebagai orang berisiko menjadi pengganas tidak dimaklumkan oleh negara asal mereka.
"Mereka juga tidak dicatat dalam senarai suspek. Namun kita percaya ada juga anggota pengganas yang diseludup melalui jalan tidak rasmi," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 25 2016
![Kaji prosedur EMGS elak kemasukan pengganas sebagai pelajar - Jazlan Kaji prosedur EMGS elak kemasukan pengganas sebagai pelajar - Jazlan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-11/51448705845_NurJazlanMohamed.jpg)
NUR JAZLAN: Saringan kemasukan pelajar asing yang berisiko tinggi sebagai bakal pengganas atau penjenayah tidak dapat dilaksanakan dengan menyeluruh sebelum mereka tiba di negara ini.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Tingkat jumlah pelajar antarabangsa: KPT rangka langkah permudah prosedur imigresen Tingkat jumlah pelajar antarabangsa: KPT rangka langkah permudah prosedur imigresen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/41690380707_MustaphaSakmud.jpg)
Tingkat jumlah pelajar antarabangsa: KPT rangka langkah permudah prosedur imigresen
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang merangka langkah untuk mempermudahkan prosedur imigresen dalam usaha meningkatkan bilangan pelajar antarabangsa ke Malaysia.
![MQA, EMGS perkukuh kerjasama akreditasi program pelajar antarabangsa MQA, EMGS perkukuh kerjasama akreditasi program pelajar antarabangsa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/61662478056_TBmqa.jpg)
MQA, EMGS perkukuh kerjasama akreditasi program pelajar antarabangsa
Kerjasama itu bertujuan untuk perkongsian data daripada kedua-dua agensi di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) berkenaan.
![RM48.34 juta kos tenaga berjaya dijimatkan tahun lepas RM48.34 juta kos tenaga berjaya dijimatkan tahun lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/81652793587_TBalibiju.jpg)
RM48.34 juta kos tenaga berjaya dijimatkan tahun lepas
Negara telah berjaya menjimatkan kos sebanyak RM48.34 juta bersamaan 132.43 GigaWattjam (GWj) penggunaan tenaga elektrik setakat 31 Disember tahun lepas.
![PhD: Permohonan penuntut antarabangsa meningkat dalam tempoh 2 tahun lepas PhD: Permohonan penuntut antarabangsa meningkat dalam tempoh 2 tahun lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/81644598178_PHDGeneric.jpg)
PhD: Permohonan penuntut antarabangsa meningkat dalam tempoh 2 tahun lepas
Sebanyak 11,661 permohonan diterima pada 2021 daripada penuntut PhD antarabangsa untuk belajar di Malaysia.
![SOP penuntut antarabangsa diumum dalam masa terdekat - EMGS SOP penuntut antarabangsa diumum dalam masa terdekat - EMGS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/81609387486_pelajarantarabangsa.jpg)
SOP penuntut antarabangsa diumum dalam masa terdekat - EMGS
Kemasukan penuntut luar negara bakal membantu sedikit sebanyak proses pemulihan ekonomi berikutan impak COVID-19.
![PAC kesan kelemahan tadbir urus Perkhidmatan Pendidikan Malaysia Global PAC kesan kelemahan tadbir urus Perkhidmatan Pendidikan Malaysia Global](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/41607423495_WongKahWohAhliP.jpg)
PAC kesan kelemahan tadbir urus Perkhidmatan Pendidikan Malaysia Global
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen mendapati ada kelemahan dalam tadbir urus Perkhidmatan Pendidikan Malaysia Global (EMGS).
![Pengerusi EMGS tidak mengaku salah tiga pertuduhan pecah amanah Pengerusi EMGS tidak mengaku salah tiga pertuduhan pecah amanah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-12/71576742554_CourtGavel.jpg)
Pengerusi EMGS tidak mengaku salah tiga pertuduhan pecah amanah
Bagi pertuduhan pertama, Abdul Rahman dituduh pecah amanah dengan memasukkan dana syarikat Yayasan Pengurusan Ilmu sebanyak RM25,000 yang dibayar ke akaun milik syarikat AK Success Sdn Bhd.
![PAC adakan prosiding EMGS dan pengurusan subsidi LPG PAC adakan prosiding EMGS dan pengurusan subsidi LPG](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-07/41563191019_NorainiAhmad.jpg)
PAC adakan prosiding EMGS dan pengurusan subsidi LPG
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen hari ini mengadakan dua prosiding membabitkan isu pembangunan Education Malaysia Global Services (EMGS) dan pengurusan subsidi gas petroleum cecair.
![Surat kelulusan visa pelajar antarabangsa dilaksanakan sepenuhnya bulan ini Surat kelulusan visa pelajar antarabangsa dilaksanakan sepenuhnya bulan ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-03/41488552705_passportvisa.jpg)
Surat kelulusan visa pelajar antarabangsa dilaksanakan sepenuhnya bulan ini
Education Malaysia Global Services (EMGS), anak syarikat milik penuh Kementerian Pendidikan Tinggi, telah melaksanakan sepenuhnya sistem Surat Kelulusan e-Visa (e-VAL) mulai bulan ini.
![Malaysia destinasi ideal untuk pendidikan tinggi - Idris Jusoh Malaysia destinasi ideal untuk pendidikan tinggi - Idris Jusoh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-11/41511789668_DSIdris.jpg)
Malaysia destinasi ideal untuk pendidikan tinggi - Idris Jusoh
Malaysia meletakkan kedudukannya sebagai destinasi untuk pendidikan tinggi yang ideal kerana menawarkan program pembelajaran diiktiraf.