Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) meminta kerajaan negeri mengkaji harga siling yang sesuai bagi pembelian rumah oleh pembeli asing di negeri masing-masing.
Menterinya, Zuraida Kamaruddin berkata, pengumuman penurunan had harga RM600,000 dalam Belanjawan 2020 hanya sebagai panduan dan menegaskan perkara itu akan dilaksanakan selama setahun bermula tahun depan.
"Ia dicadangkan Kementerian Kewangan memandangkan lambakan rumah tidak terjual.
"Jadi saya minta kerajaan negeri untuk nilaikan harga siling yang sesuai kerana mereka mempunyai kuasa dan sudah tentu harga siling setiap negeri berbeza...seperti Johor dengan Perak tidak sama. Mereka ada harga siling sendiri," katanya.
Zuraida berkata demikian dalam sidang media selepas majlis pelancaran Be Green anjuran Petronas Chemicals Group Berhad di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Dusun Tua, Hulu Langat, hari ini.
Turut hadir Pengarah Urusan Petronas Chemicals Group Berhad, Datuk Sazali Hamzah.
BACA: Belanjawan 2020: Orang luar boleh beli rumah dengan hanya RM600,000
Program itu diadakan bertujuan memupuk kesedaran komuniti setempat mengenai kepentingan kitar semula dan penjagaan kebersihan Sungai Langat supaya dapat diperlihara sebagai tempat rekreasi bagi pengunjung.
Pada Selasa lepas, Pengarah Pejabat Belanjawan Negara Kementerian Kewangan, Johan Mahmood Merican memaklumkan langkah itu dilaksanakan bagi mengurangkan stok hartanah yang tidak terjual khususnya unit komersial bernilai tinggi seperti kondominium.
Semasa membentangkan Belanjawan 2020, Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengumumkan kerajaan akan menurunkan had harga hartanah bangunan tinggi di kawasan bandar untuk pemilikan asing daripada RM1 juta kepada RM600,000.
Dalam pada itu Zuraida juga menyambut baik cadangan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke pada Jumaat supaya projek pembangunan berorientasikan transit (TOD) diberi kelonggaran mengurangkan bilangan petak letak kereta kerana ia mampu mengurangkan kos unit kediaman selain menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam.
"Apabila rumah dibina berdekatan pengangkutan awam tidak perlu lagi kita bagi kemudahan parkir, ini akan membantu anak-anak muda di bandar mengurangkan kos sara hidup mereka," katanya. - BERNAMA
Bernama
Sat Oct 19 2019

Zuraida minta kerajaan negeri mengkaji harga siling yang sesuai bagi pembelian rumah oleh pembeli asing di negeri masing-masing. - Gambar fail

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

PdPR: MOSTI pandang serius rungutan kekurangan peranti mudah alih
MOSTI memandang serius rungutan plebagai pihak terutamanya ibu bapa mengenai kekurangan peranti mudah alih untuk Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Belanjawan 2021 ajak rakyat Malaysia teguh dan bersatu
Memperuntukkan sejumlah RM322.5 bilion, ia sememangnya satu jumlah yang amat besar berbanding belanjawan negara sebelum ini.

CUEPACS gesa kerajaan segerakan penebusan ganti cuti rehat
Penebusan awal gantian cuti rehat melibatkan penjawat awam yang berkhidmat sekurang-kurangnya 15 tahun dan pelaksanaan sepatutnya berkuat kuasa pada 1 Jan 2020.

PKP: Ekonomi Malaysia menguncup lebih daripada -2 peratus - Tengku Zafrul
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata jangkaan penurunan tersebut disebabkan lanjutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negara ini.

Ambil serius pelaksanaan Belanjawan 2020 - Muhyiddin
Tan Sri Muhyiddin Yassin menekankan pelaksanaan perbelanjaan secara lebih berhemah dan mengurangkan ketirisan bagi memastikan kedudukan kewangan negara terus kukuh.

E-Tunai: Pengguna manfaatkan RM30 beli barang rumah, makanan
Sebanyak 4.8 juta permohonan dengan 3.5 juta permohonan telah diluluskan dan ia menunjukkan respons yang amat menggalakkan.

Kerajaan akan berusaha naikkan elaun guru KAFA - Mujahid
Katanya, dengan adanya kenaikan elaun itu, secara tidak langsung ia akan menaikkan semangat dan kualiti para guru dalam menjalankan tugas mendidik.

Program e-Tunai Rakyat: Data peribadi disimpan secara sulit oleh Khazanah Nasional
Khazanah Nasional Berhad adalah sebuah syarikat pelaburan dana kekayaan yang dimiliki oleh kerajaan dan semua data diperolehnya adalah sama seperti yang dimiliki oleh kerajaan.

15 juta rakyat Malaysia terima RM30 mulai 15 Januari - Lim Guan Eng
Kerajaan memperuntukkan RM450 juta dengan kerjasama tiga pengendali e-dompet terpilih iaitu Grab, Boost dan Touch n Go eWallet yang akan memberi manfaat kepada 15 juta rakyat Malaysia.

Sumbangan ekonomi digital kepada KDNK dijangka melebihi 21 peratus pada 2022 - Lim Guan Eng
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, kerajaan sedang melabur sebanyak RM21.6 bilion dari tahun 2019 hingga 2023 bertujuan merancakkan ekonomi digital negara.