BAGI Datin Paduka Low Lee Leng, memori malam itu masih segar dalam ingatannya.
Pada malam 8 Mac 2008, iaitu malam Pilihan Raya Umum ke-12, beliau kehilangan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang setelah tewas kepada Lee Kim Sin daripada PKR dengan majoriti 3,268 undi.
"Saya keluar dari majlis itu, saya mendapat panggilan telefon, saya lihat wajah pekerja-pekerja kempen saya, dan saya boleh rasa perubahan angin -- kami sudah kalah," kata Low.
Low (gambar, bawah) memegang kerusi Kajang sejak tahun 2004 hingga 2008. Beliau ahli wanita MCA pertama dipilih menjadi ahli DUN Selangor pada tahun 2004, dan setakat ini merupakan ahli Barisan Nasional (BN) terakhir yang memegang kerusi DUN Kajang itu.
Walaupun pengalaman hilang kepercayaan pengundinya sangat pahit bagi Low, namun ia juga membawa pengajaran padanya -- ada perkara yang berada dalam kawalan kita, dan ada juga perkara yang di luar kawalan kita.
"Waktu itu, kami tidak dapat lakukan apa-apa... Dan kami tahu kali ini situasinya akan lebih sukar. Namun kami akan terus lakukan apa yang kami selalu lakukan, iaitu berkhidmat untuk rakyat," ujar beliau yang mendakwa pernah membantu membina jalanraya, longkang serta pelbagai infrastruktur asas di Kajang, salah sebuah bandar di Selangor yang paling giat membangun.
Low kini merupakan salah seorang daripada empat bekas wakil rakyat MCA di kawasan itu yang dilantik oleh parti sebagai penasihat untuk pilihan raya kecil DUN Kajang yang bakal berlangsung pada 23 Mac ini.
Mereka berempat, termasuk Datuk Yap Pian Hon (bekas ahli parlimen Serdang), Datuk TC Choong (bekas ADUN Kajang), dan Datuk Hoh Hee Lee (bekas ADUN Balakong) mempunyai tugas yang amat besar -- membantu MCA memenangi semula hati dan minda pengundi, khususnya komuniti Cina.
Bagi pemerhati, pengumuman yang dibuat pada Jumaat bahawa Naib Presiden MCA Datin Paduka Chew Mei Fun akan menjadi calon BN berlatarkan naratif berikut:
Undi Datuk Seri Anwar Ibrahim dari Pakatan Rakyat dan anda akan mendapat seseorang yang 'menggelarkan dirinya pemimpin bertaraf dunia' namun tidak dapat berada di Kajang untuk membantu penduduk.
Undi BN dan anda akan mendapat seorang wakil rakyat pembangkang berbangsa Cina dalam Dewan Undangan Negeri Selangor yang akan kerap turun ke padang bersama rakyat.
'Serampang Kajang' BN ini mungkin dipersetujui Choong (gambar, bawah) yang merupakan bekas ADUN Kajang sejak tahun 1995 hingga 1999.
Beliau berpendapat seorang ADUN MCA boleh mewakili pengundi Kajang dengan lebih baik di negeri Selangor berbanding PKR kerana ia akan berperanan 'menyemak dan mengimbangi' dewan undangan negeri itu.
"Rakyat Kajang tidak memerlukan banyak sangat, tapi mereka memerlukan seorang wakil yang akan sentiasa berada di kawasan itu. Bolehkah Anwar lakukan itu? Beliau tidak layak, beliau tidak pernah memegang jawatan ADUN, beliau hanya pandai bercakap," kata Choong.
"Sewaktu (perang) Vietnam, Amerika Syarikat mengguna semua kapal besar mereka, tapi itu satu kesilapan. Viet Cong berjaya kerana mengguna taktik perang hutan.
"Mari kita (BN) bincang tentang masalah setempat seperti trafik, banjir, lesen perniagaan. Biarlah Anwar cakap mengenai isu nasional, rancangannya yang konon hebat.
"Kamu (Anwar) nak cakap tentang kenaikan harga barang? Baiklah, kami akan cakap tentang harga lesen, harga sewa... itulah yang memberi kesan pada orang ramai," beliau berkata.
Merujuk pada satu contoh di mana Pakatan didakwa gagal berkhidmat untuk rakyat, Choong berkata ahli majlis daripada Pakatan sudah memboikot Majlis Perbandaran Kajang (MPK) kerana tidak berpuas hati dengan presidennya. Menurut Choong, sejak tahun lepas, MPK sudah berbulan-bulan tidak bergerak disebabkan perkara ini.
"Rakyat Kajang sedang mengalami masalah majlis perbandaran yang teruk. Waktu saya berkhidmat sebagai YB, saya juga ahli majlis, tetapi sekarang ADUN mereka tidak reti buat kerja," katanya.
Namun, Choong juga mengaku bahawa keadaan sudah berubah sejak beliau memenangi kerusi ADUN itu pada tahun 1995 dengan majoriti undi 7,705. Pada pilihan raya seterusnya pada tahun 1999, beliau tewas kepada wakil PAS Dr Shafie Abu Bakar, yang berjaya memenangi kerusi itu dengan majoriti 37 undi sahaja.
"Pengundi di Kajang hari ni sangat berbeza dari yang dahulu. Majoritinya muda, makan gaji, tidak berasal dari sini. Malah mereka meminta ibu bapa mereka supaya tidak mengundi kita," ulas Choong mengenai perkembangan bilangan pengundi muda di kawasan itu.
Bagi penasihat-penasihat MCA ini, BN dan MCA perlu kembali memfokus pada tanggungjawab utama seorang wakil rakyat, iaitu berkhidmat.
Yap, bekas ahli parlimen Serdang (yang mempunyai tiga kawasan di Kajang di bawahnya), berkata MCA dan calonnya perlu bekerja keras untuk menyelesaikan dua masalah utama yang masih melanda rakyat Kajang: kesesakan trafik dan banjir.
Yap (gambar, bawah) berharap calon BN dapat membuktikan dirinya kepada rakyat Kajang sebelum hari mengundi.
Beliau berkata, jika sikap orang ramai terhadap MCA berubah, ia mungkin dapat mengubah nasib MCA yang sudah lemah akibat tewas dua kali di Kajang dan di Pilihan Raya Umum.
"Pertempuran ini sangat penting untuk parti kita terus hidup.
"Ini satu uji kaji. Pilihan raya kecil pertama sejak PRU ke-13. Ia akan menunjukkan penilaian komuniti Cina. Kami di MCA harus turun ke padang dengan lebih pantas, dengan semua kekuatan kami, dan mengeratkan semula hubungan kami dengan rakyat. Kalau tidak, kami akan kalah," kata Ketua Penerangan BN Selangor itu yang dilantik pada PRU13.
Walaupun semangatnya tinggi dan berkobar-kobar, Yap hanya mampu menggeleng kepala dan memberi senyuman sinis apabila ditanya sama ada beliau percaya BN-MCA dapat menewaskan pemimpin kuat Pakatan, iaitu Anwar.
"Mungkin sudah cukup bagus kalau kami kurangkan majoritinya dengan beberapa ribu undi. Pastinya ia akan memalukan Anwar yang begitu bertekad untuk membuktikan sesuatu," Yap berkata.
Melihat kepada prestasi MCA sejak kebelakangan ini, keraguan Yap dapat difahami. Namun, dengan penyertaan pemimpin veteran seperti Chew dalam pilihan raya ini, mungkin satu keajaiban dapat dicapai parti itu.
Jika impian MCA menjadi realiti, Low tidak boleh lagi digelar sebagai wanita MCA pertama dan terakhir di Selangor yang berkhidmat sebagai wakil rakyat Kajang. Mungkin kepahitan mimpi ngeri Low pada malam tahun 2008 itu dapat dilenyapkan, diganti pula dengan kenangan manis di pilihan raya yang bakal berlangsung Mac depan.
Teoh El Sen
Sun Feb 23 2014
IShowSpeed tiba di KL, terima baju batik daripada peminat
Speed menerima hadiah daripada beberapa orang peminat Malaysia ketika kenderaannya berhenti di lampu isyarat di ibu negara pada Selasa,
Penyanyi Sean Diddy ditangakp di New York
Penerbit muzik terkenal, Puff Daddy atau lebih dikenali sebagai Sean Diddy Combs yang berdepan dengan beberapa tuduhan serangan seksual telah diberkas di Manhatann, New York oleh ejen persekutuan pada Isnin waktu tempatan.
10 maut, puluhan cedera bas Iran terbalik
Menurut angka awal, kemalangan itu mengakibatkan 10 maut dan 41 cedera.
Malaysia perlu melabur dalam infrastruktur
Pengarah Eksekutif Ukrainian Prism, Hennadiy Maksak berpandangan, Malaysia juga tidak boleh bergantung kepada satu laluan, selain menjalin hubungan yang baik dengan negara-negara jiran.
Lebih 1,000 rakyat termasuk pejuang Hezbollah cedera parah
Lebih seribu rakyat Lubnan termasuk anggota pejuang Hezbollah dan petugas perubatan cedera parah dalam satu letupan pada Selasa.
Tetingkap Tunggal Nasional memudahkan operasi perdagangan antara Malaysia dan China
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berpendapat inisiatif Tetingkap Tunggal Nasional (National single window) yang bakal diharmonikan Bersama system kastam China akan memudahkan operasi perniagaan dan perdagangan (ease of doing business) antara Malaysia dan China.
Medan selera perlu ditambah baik, kemudahan asas tidak lengkap
Air bergenang di lantai dan tempias sehingga meja makan mengakibatkan pengunjung basah. Itu situasi apabila keadaan hujan lebat di Medan Selera Taman Makmur di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota yang menempatkan deretan 12 kedai makan.
Calon manfaat platform media sosial dekati pengundi luar
Kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota turut memberi tumpuan kepada penggunaan media sosial bagi menambat hati pengundi luar selain kempen secara bersemuka.
Seorang wanita maut jatuh lubang saluran air
Seorang wanita maut selepas terjatuh ke dalam lubang saluran air sedalam dua meter ketika menyertai aktiviti mendaki di Bukit Cherok Tok Kun pada Selasa.
Kerja pembersihan sisa kimia dijalankan pada Selasa
Kerja-kerja pembersihan sisa bahan kimia yang dibuang secara haram di Kawasan Perindustrian Tiong Nam dan Kawasan Perindustrian Tropika, Johor bermula pada Selasa.
SDG30: Pencapaian Malaysia menggalakkan, tak bermaksud boleh berpuas hati – PM Anwar
Laporan penilaian SDG menunjukkan Malaysia mencapai 43 peratus pelaksanaan, berbanding pencapaian purata negara lain iaitu 17 peratus.
PM Anwar terkesan dengan pemergian bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Ahmad Mohd Don
Perdana Menteri terkesan dengan pemergian sahabatnya bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Ahmad Mohd Don yang meninggal dunia pagi tadi.
Status halal tidak lagi sekadar merujuk tiada babi, alkohol - PM Anwar
Status halal kini tidak lagi sekadar merujuk kepada makanan atau minuman yang tidak mengandungi babi atau alkohol.
PM Anwar ucap Selamat Hari ATM ke-91
Anwar menzahirkan penghargaan kepada wira negara atas jasa serta pengorbanan mereka melindungi keselamatan dan kedaulatan negara.
Tindakan tolak MoU peruntukan pembangkang tidak bererti rundingan tamat - Fahmi
Tindakan pihak pembangkang menolak MoU mengenai peruntukan kepada mereka tidak bererti rundingan berhubung perkara itu telah tamat.
Umat Islam wajar terus jadikan Rasulullah sebagai 'Uswatun Hasanah' - PM Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata umat Islam wajar terus menjadikan Nabi Muhammad SAW yang merupakan murabbi terunggul dan teragung umat sebagai 'Uswatun Hasanah'.
Tolak perpecahan, julang kebersamaan, lonjak potensi negara bersama - Anwar
Perdana Menteri mahu seluruh rakyat Malaysia menjulang kebersamaan bagi melonjakkan potensi dan keupayaan negara ke tahap tertinggi.
Agong, Raja Permaisuri berangkat ke majlis sambutan Maulidur Rasul
Pada majlis itu, Seri Paduka Baginda dijadual mengurniakan Anugerah Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan.
MA63: Penyelesaian 11 tuntutan satu titik manis dalam sejarah Malaysia - Penganalisis
Ia pastinya menjadi nadi penilaian masyarakat Borneo khususnya di Sarawak, untuk bersandar harapan dan keyakinan kepada Kerajaan MADANI.
MAHA 2024: Amalan import benih, baja secara kartel wajib dihentikan - PM Anwar
Segala keputusan yang dibuat haruslah berdasarkan fakta, serta mengambil kira apa yang terbaik untuk petani, nelayan dan pekebun kecil di negara ini.