Kerajaan akan menggunakan kaedah inisiatif pembiayaan swasta (PFI) bagi menampung kos menaiktaraf dan membesarkan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) di Bayan Lepas, Pulau Pinang.
Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata, pembiayaan daripada pihak swasta adalah diperlukan memandangkan projek tersebut melibatkan kos yang tinggi iaitu kira-kira RM1.2 bilion.
Menerusi PFI, ia secara tidak langsung dapat mengurangkan dana yang perlu dibelanjakan oleh Kerajaan Persekutuan.
“Projek ini melibatkan jumlah kewangan yang tinggi. Kita mahu besarkan lapangan terbang ini sehingga mampu menampung 16 juta penumpang pada satu masa.
“Menerusi PFI kita jangka melebihi RM1.2 bilion. Tapi ini akan dibuat secara tender terbuka. Kita harap prosesnya boleh dimulakan tahun ini dan pihak yang berjaya boleh dilantik akhir tahun ini,” katanya.
Beliau berkata melalui kaedah PFI itu, kerajaan akan melantik sebuah syarikat berkelayakan dalam pembesaran projek lapangan terbang itu melalui tender terbuka, dijangka selewat-lewatnya akhir tahun ini.
Guan Eng berkata demikian selepas mengedarkan bunga kepada para wanita sempena Hari Wanita Sedunia, di Georgetown, pada Ahad.
Katanya, ketika ini, berlaku kesesakan di LTAPP berikutan peningkatan jumlah pelancong dari dalam dan luar negara ke negeri itu.
Justeru, menerusi PFI, beliau yakin projek tersebut akan dapat dijalankan secara lebih efisyen disamping mampu mengurangkan kebergantungan kepada sumber kewangan kerajaan.
Jelas beliau, kaedah sama juga akan digunakan untuk cadangan pembinaan lapangan terbang antarabangsa di Kulim, Kedah.
Astro Awani
Sun Mar 03 2019
Lim Guan Eng berkata, pembiayaan daripada pihak swasta adalah diperlukan memandangkan projek tersebut melibatkan kos yang tinggi iaitu kira-kira RM1.2 bilion.
Langkah menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah antara tumpuan Dewan Rakyat
Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin meminta Menteri Ekonomi menyatakan langkah tersebut pada sesi jawab lisan.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta pastikan kemampanan sektor air
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air.
[INFOGRAFIK] Tarikh-tarikh penting Istiadat Pertabalan Yang Di-Pertuan Agong ke-17
Berikut adalah info berkenaan dengan tarikh-tarikh penting Istiadat Pertabalan Yang Di-Pertuan Agong ke-17
Menendez didapati bersalah ke atas 16 pertuduhan rasuah
Juri di Mahkamah Persekutuan Manhattan membacakan keputusannya pada Selasa selepas berbincang selama lebih 12 jam selama tiga hari.
Tindakan keras terhadap penjualan racun makhluk perosak haram - CAP
CAP menggesa Lembaga Racun Makhluk Perosak segera mengambil tindakan keras terhadap penjualan racun makhluk perosak haram di negara ini dan menguatkuasakan dengan tegas Akta Racun Perosak 1974.
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab dari segi kemahiran dan keupayaan sosial.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya, seperti mahkamah syariah, pegawai penguatkuasa agama dan peguam syarie.
Kerajaan teliti kaedah baharu lantikan tetap
Kerajaan sedang meneliti kaedah baharu lantikan tetap bagi memastikan pengurusan kewangan negara yang lebih mampan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata hasil kajian tersebut akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri untuk pertimbangan dan kelulusan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata hasil kajian tersebut akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri untuk pertimbangan dan kelulusan.
PDRM gerak unit skuba forensik, K9 cari bukti hari ini
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menggerakkan unit skuba (Unit Forensik) serta Unit Anjing Pengesan (K9) ke lokasi penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, 25, di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, pagi esok.
Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor DSP Mohd Asri Mohd Yunus ketika dihubungi Bernama berkata proses mencari bahan bukti akan dimulakan sekitar jam 9 pagi di kawasan parit berhampiran ladang kelapa sawit berkenaan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor DSP Mohd Asri Mohd Yunus ketika dihubungi Bernama berkata proses mencari bahan bukti akan dimulakan sekitar jam 9 pagi di kawasan parit berhampiran ladang kelapa sawit berkenaan.
Dewan Rakyat: Langkah meknoktahkan kemisikan tegar di Sabah antara tumpuan hari ini
Langkah-langkah untuk meknoktahkan kemiskinan tegar di Sabah terutamanya di lapan daerah yang dikategorikan termiskin di Malaysia antara tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Tiga syarikat cadang bergabung bangunkan projek 'sky train' di Sabah - Bung Mokhtar
Tiga syarikat berkenaan ialah Guancai (M) Sdn Bhd, China State Construction Engineering (M) Sdn Bhd dan Vizione Development Sdn Bhd.
Kerajaan P.Pinang tidak keluarkan satu sen pun bagi PSP - Jagdeep
Projek adalah inisiatif pembiayaan swasta yang mana syarikat terbabit, HTP, menanggung sepenuhnya kos pelaksanaan dan pengoperasian sistem letak kenderaan bagi tempoh kontrak tujuh tahun.
Kaedah PFI untuk tampung kos pembesaran LTAPP - Guan Eng
Pembiayaan daripada pihak swasta adalah diperlukan memandangkan projek tersebut melibatkan kos yang tinggi iaitu kira-kira RM1.2 bilion.