KUALA LUMPUR: Pelaksanaan kaedah penggiliran ke sekolah serta Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) bertujuan untuk mengembalikan semangat murid.
Menteri Kanan Pendidikan Datuk Radzi Jidin berkata, ia susulan negara yang mengalami tempoh sukar sejak 2020 yang menyebabkan sekolah ditutup untuk tempoh yang lama.
"Kita sedar dalam konteks pembukaan sekolah pada Mac tahun ini, ibu bapa dan masyarakat melihat keadaan sekolah adalah selamat tetapi apabila keluar sekolah, banyak kesesakan berlaku.
"Maka, kita duduk berbincang apakah pendekatan terbaik terutama mengambil kira varian Delta, sebab itu kita bincang, kita kurangkan murid kepada separuh," katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Sim Tze Tzin (PH-Bayan Baru) mengenai perincian pelaksanaan sesi persekolahan bersemuka dan PdPR pada masa sama, pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.
Kementerian Pendidikan sebelum ini memaklumkan, sesi persekolahan secara bersemuka dengan kaedah penggiliran murid secara mingguan dapat mengurangkan kapasiti di dalam kelas sekali gus mengurangkan risiko jangkitan COVID-19 di sekolah.
Menurutnya kaedah penggiliran juga dapat membantu guru membuat pengawalan terhadap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dalam kalangan murid, memandangkan jumlah mereka dikurangkan 50 peratus.
Sementara itu, Radzi berkata kementerian berkenaan turut menyediakan manual pengoperasian pembelajaran dan pengajaran (PdP) secara penggiliran untuk panduan guru besar, guru, pelajar, ibu bapa dan penjaga, bagi memastikan ia dilaksanakan dengan baik apabila sekolah dibuka mulai 3 Okt ini.
Kepada soalan tambahan Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (BN-Baling) mengenai kemasukan pelajar khususnya dari kawasan luar bandar ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Radzi berkata ia dinilai berdasarkan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK), susulan pemansuhan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).
Katanya, PKSK tidak hanya memfokuskan kepada aspek akademik semata-mata, tetapi juga mengambil kira potensi dan kebolehan murid untuk kemasukan ke SBP.
Pada sesi soal jawab pula, Timbalan Menteri Pendidikan II Datuk Mohamad Alamin menjelaskan KPM sedang merangka dasar komprehensif bagi memperkukuhkan pengambilan murid ke SBP, dengan memberikan keutamaan kepada mereka yang berpotensi dalam kalangan keluarga yang kurang berkemampuan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 23 2021

Sesi persekolahan secara bersemuka dengan kaedah penggiliran murid secara mingguan, dapat mengurangkan kapasiti di dalam kelas. - Gambar hiasan/Bernama

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Kusta: 368 penduduk jalani ujian saringan
Kerajaan memberi jaminan bahawa rawatan bagi pesakit kusta adalah berkesan dan tidak perlu dilakukan sebarang langkah kuarantin.

Agong selamat tiba di tanah air selepas menjalani rawatan di luar negara
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 7 pagi tadi.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

Sesi persekolahan di 11 negeri hari ini berjalan lancar
Semalam, sesi sama telah dimulakan awal di Kedah, Terengganu dan Kelantan melibatkan 632,268 pelajar daripada Kumpulan A.

Hari pertama sekolah, reaksi ibu bapa hantar anak masuk kelas curi tumpuan
Seawal pukul 6.45 pagi, kehadiran maskot BSN mencuri perhatian ramai apabila muncul menceriakan suasana hari pertama persekolahan.

Lima orang ditembak dalam insiden di sekolah Sweden - Polis
Polis menggesa orang ramai menjauhkan diri dari sekolah berkenaan yang terletak di bandar Orebro, kira-kira 160 km ke barat Stockholm.

Polis giat kempen kesedaran dadah di sekolah di Pulau Pinang
Hamzah berkata walaupun statistik menunjukkan peningkatan, ia masih terkawal dan pihaknya mengambil langkah segera bagi membendungnya.

Bangkok tutup lebih 350 sekolah susulan pencemaran udara teruk
Pihak berkuasa Thailand pada Jumaat menutup lebih 350 sekolah di ibu negara Bangkok akibat pencemaran udara.

BAP bagi murid Tahun 1 hingga Tingkatan 4 bermula Isnin
Agihan kepada murid Tingkatan 6 baharu pula akan dilaksanakan bermula 1 Julai 2025.

Penggunaan telefon bimbit di sekolah di Brazil akan dilarang
Penggunaan telefon bimbit akan dilarang di sekolah rendah dan menengah di Brazil jika undang-undang yang diluluskan oleh Kongres baru-baru ini mendapat persetujuan Presiden Luiz Inacio Lula da Silva.

Pelajar Tahun 6 maut disyaki terkena renjatan elektrik di sekolah
Siasatan masih dijalankan dan polis masih menunggu laporan bedah siasat yang dijalankan ke atas mayat mangsa bagi mengenal pasti punca kejadian.

Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damascus dibuka semula kepada pelajar pada Ahad seminggu selepas kejatuhan Kerajaan di bawah pimpinan Presiden Bashar al-Assad.

Pascabanjir: Keadaan sekolah perlu selamat, kondusif - Fadhlina
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata aspek keselamatan sangat diutamakan bagi memastikan sesi pembelajaran dapat berlangsung dengan baik.