KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menambah baik kaedah bantuan Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) selain mempertimbangkan untuk memperluas bantuannya pada masa akan datang, kata Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying.
Lim berkata ini kerana berdasarkan maklum balas daripada pihak berkepentingan dan penerima, SARA telah banyak memberi manfaat dan faedah kepada mereka memandangkan ia adalah bantuan bersasar kepada golongan miskin dan miskin tegar bagi mendapatkan barangan yang telah diperuntukkan.
"Ini (SARA) berbeza daripada subsidi pukal kerana SARA dapat mengelakkan ketirisan dan diberikan kepada penerima dikenali dan layak sahaja," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Sim Tze Tzin (PH-Bayan Baru) yang ingin tahu langkah kerajaan dalam memastikan supaya semua golongan sasar yang layak menerima SARA tidak tercicir daripada bantuan itu.
Menurut Lim sekiranya rakyat merasakan pendapatan mereka di bawah paras garis kemiskinan (PGK) nasional, maka mereka digalakkan untuk mendaftar dalam sistem e-Kasih di bawah seliaan Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) bagi memastikan tidak tercicir daripada inisiatif bantuan oleh kerajaan.
"Dalam masa sama, permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) juga dibuka sepanjang tahun bagi memberi peluang kepada penerima berkelayakan untuk dipertimbang semula memandangkan kelayakan SARA adalah terhad kepada penerima lulus STR yang berstatus miskin atau miskin tegar," katanya.
Mengenai kaedah penyaluran kaedah bantuan SARA bagi Semenanjung, beliau berkata sejumlah RM100 sebulan disalurkan kepada isi rumah dan warga emas tiada pasangan yang menerima RM1,200 secara keseluruhannya, manakala RM50 sebulan bagi golongan bujang dengan kadar bantuan RM600.
"Ia disalurkan secara automatik melalui akaun yang dibuka menggunakan MyKad penerima dengan membolehkan penerima SARA membeli barangan runcit asas di bawah kategori produk yang diluluskan oleh pasar raya dan kedai runcit terpilih seluruh negara menggunakan MyKad.
"Bagi Sabah, Sarawak dan Labuan, bantuan SARA akan disalurkan dua kali setahun iaitu RM600 untuk isi rumah dan warga emas tiada pasangan dan RM300 untuk golongan bujang pada 19 Feb lepas dan 12 Ogos ini melalui pengkreditan ke akaun bank atau secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh negara," katanya.
Beliau berkata sejumlah RM210 juta telah disalurkan kepada 700,000 penerima SARA seluruh negara, setakat semalam.
"Kerajaan kekal komited dan sentiasa memantau situasi semasa termasuk sekiranya pelaksanaan subsidi bersasar dilancarkan dalam memastikan bantuan tunai kerajaan terus disalurkan kepada golongan rentan dalam mendepani cabaran kos sara hidup," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 27 2024
![Kaedah bantuan program SARA dipertimbang ditambah baik Kaedah bantuan program SARA dipertimbang ditambah baik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51711526056_TBlimhuiyingjp.jpg)
Lim berkata, sejumlah RM210 juta telah disalurkan kepada 700,000 penerima SARA seluruh negara, setakat semalam.
![Kelantan buka kilang padi di Pasir Mas, sokong pengusaha tempatan Kelantan buka kilang padi di Pasir Mas, sokong pengusaha tempatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41735575911_beras.jpg)
Kelantan buka kilang padi di Pasir Mas, sokong pengusaha tempatan
Kilang itu akan dibuka di Meranti, Pasir Mas bagi menyokong pengusaha padi tempatan dan memastikan hasil padi dapat dikilangkan sendiri.
![China cadang inisiatif kerjasama baharu dengan ASEAN China cadang inisiatif kerjasama baharu dengan ASEAN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723413726_ASEANChina.jpg)
China cadang inisiatif kerjasama baharu dengan ASEAN
Cadangan itu dibentangkan pada Rundingan Pegawai Kanan ASEAN-China ke-31 di Bandar Ningbo, China pada Khamis.
![KPM perluas peranan ELTC tingkat penguasaan bahasa inggeris guru, murid KPM perluas peranan ELTC tingkat penguasaan bahasa inggeris guru, murid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738824041_FadhlinaSidek.jpg)
KPM perluas peranan ELTC tingkat penguasaan bahasa inggeris guru, murid
Penstrukturan semula ELTC secara radikal dijangka memberikan impak kepada peningkatan dan penguasaan guru-guru.
![Dua bekas PM cadang usul khas isu Palestin dibentang di Parlimen Dua bekas PM cadang usul khas isu Palestin dibentang di Parlimen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739458140_IsmailSabriMuhyid.jpg)
Dua bekas PM cadang usul khas isu Palestin dibentang di Parlimen
Ismail Sabri berkata dunia harus mengecam cadangan itu yang tidak berperikemanusiaan dan tidak harus dibenarkan untuk direalisasikan.
![Rakyat Malaysia dinasihat elak kunjungi perkampungan nelayan Narathiwat, kawasan panas dadah Rakyat Malaysia dinasihat elak kunjungi perkampungan nelayan Narathiwat, kawasan panas dadah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/61616938635_Narathiwat.jpg)
Rakyat Malaysia dinasihat elak kunjungi perkampungan nelayan Narathiwat, kawasan panas dadah
Polis Thailand kenal pasti beberapa perkampungan nelayan di Narathiwat yang lazimnya digunakan oleh pengedar dadah sebagai pangkalan operasi.
![Ramanan serah bantuan kewangan RM1.4 juta kepada lapan koperasi komuniti India Ramanan serah bantuan kewangan RM1.4 juta kepada lapan koperasi komuniti India](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739461869_RRamanan.jpg)
Ramanan serah bantuan kewangan RM1.4 juta kepada lapan koperasi komuniti India
Ramanan berkata pemberian bantuan itu adalah bukti komitmen kementeriannya dalam membantu membangunkan ekonomi komuniti India.
Tumpuan Jumaat – 14 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Dialog Tiga Penjuru: Tangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk baiki skor CPI
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan memberi penekanan menangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk memperbaiki skor Indeks Persepsi Rasuah (CPI). #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Segerakan RUU Pendanaan Politik, mula dengan skop lebih kecil – Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata undang-undang berkaitan pendanaan politik perlu disegerakan dengan tumpuan awal diberikan kepada pendanaan kempen pilihan raya. Jelasnya, penguatkuasaan undang-undang ini adalah ideal ketika ini memandangkan beberpa siri pilihan raya akan bermula tidak lama lagi. #DialogTigaPenjuru
![Jangan nafi hak, bantuan kepada golongan isteri ditinggal suami tanpa cerai - KANITA Jangan nafi hak, bantuan kepada golongan isteri ditinggal suami tanpa cerai - KANITA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/81615384622_LogoKPWKM.jpg)
Jangan nafi hak, bantuan kepada golongan isteri ditinggal suami tanpa cerai - KANITA
Insiden ibu tunggal yang ditinggalkan oleh suami tanpa diceraikan dan dinafikan daripada menerima bantuan Kerajaan adalah membimbangkan.
![Nahas helikopter Lumut: Kerajaan beri bantuan RM10,000 kepada keluarga mangsa Nahas helikopter Lumut: Kerajaan beri bantuan RM10,000 kepada keluarga mangsa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71713958405_TBKhaled.jpg)
Nahas helikopter Lumut: Kerajaan beri bantuan RM10,000 kepada keluarga mangsa
Kerajaan menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam nahas helikopter di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, pada Selasa.
![Nahas helikopter Lumut: PM akan umum bantuan untuk waris mangsa - TPM Nahas helikopter Lumut: PM akan umum bantuan untuk waris mangsa - TPM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61713867051_TPMLumutBernama.jpg)
Nahas helikopter Lumut: PM akan umum bantuan untuk waris mangsa - TPM
Kerajaan akan mengumumkan bantuan khas kepada waris 10 anggota dan pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terkorban dalam nahas dua helikopter di Pangkalan TLDM Lumut.
![Kaedah bantuan program SARA dipertimbang ditambah baik Kaedah bantuan program SARA dipertimbang ditambah baik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51711526056_TBlimhuiyingjp.jpg)
Kaedah bantuan program SARA dipertimbang ditambah baik
Kerajaan akan menambah baik kaedah bantuan Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) selain mempertimbangkan untuk memperluas bantuannya pada masa akan datang, kata Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying.
![KEB 2024 perlihat agenda perkasakan ekonomi bumiputera tanpa pinggirkan kaum lain KEB 2024 perlihat agenda perkasakan ekonomi bumiputera tanpa pinggirkan kaum lain](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81710389072_TBDATUKSERIANWAR.jpg)
KEB 2024 perlihat agenda perkasakan ekonomi bumiputera tanpa pinggirkan kaum lain
Memberi jaminan bahawa kepentingan kaum lain turut diberi perhatian, Ahmad Zahid berkata mereka juga diberi pelbagai bantuan kerajaan.
![Isu kadar gaji polis, penggunaan teknologi solar antara tumpuan Dewan Rakyat Isu kadar gaji polis, penggunaan teknologi solar antara tumpuan Dewan Rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81705289234_MalaysiaParliament.jpg)
Isu kadar gaji polis, penggunaan teknologi solar antara tumpuan Dewan Rakyat
Sidang Dewan Rakyat membincangkan isu kadar gaji polis, status bantuan kerajaan Sabah dan penggunaan teknologi solar.
![Skim Perubatan Madani diperluas seluruh negara, manfaat 80,000 isi rumah Skim Perubatan Madani diperluas seluruh negara, manfaat 80,000 isi rumah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71695110477_TBzaliha.jpg)
Skim Perubatan Madani diperluas seluruh negara, manfaat 80,000 isi rumah
Inisiatif perkhidmatan kesihatan percuma yang ditawarkan kerajaan melalui Skim Perubatan Madani kini diperluaskan ke seluruh negara bermula 15 Sept lepas, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
![Johor sedia bantu anak sulung mangsa kemalangan maut 6 beranak Johor sedia bantu anak sulung mangsa kemalangan maut 6 beranak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81693717771_TBmangsakemalangan.jpg)
Johor sedia bantu anak sulung mangsa kemalangan maut 6 beranak
Kerajaan Johor bersedia membantu remaja lelaki yang kehilangan ibu bapa dan empat adik beradiknya akibat kemalangan di Kilometer 5, Jalan Segamat-Kuantan, Jumaat lepas.
![Teguran PM tiada lambang parti ketika salur bantuan kerajaan, tepat - Loke Teguran PM tiada lambang parti ketika salur bantuan kerajaan, tepat - Loke](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/51692349527_AnthonyLoke.jpg)
Teguran PM tiada lambang parti ketika salur bantuan kerajaan, tepat - Loke
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, berkata ini kerana sumbangan bantuan tersebut adalah daripada peruntukan kerajaan.
![KPK seru pekebun kecil Orang Asli Selangor sertai KPSM KPK seru pekebun kecil Orang Asli Selangor sertai KPSM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/71691316389_TBFadillahYusof.jpg)
KPK seru pekebun kecil Orang Asli Selangor sertai KPSM
KPK menyeru agar semua pekebun kecil Orang Asli di Selangor untuk menyertai KPSM kerana ia menawarkan pelbagai faedah bagi meningkatkan produktiviti dalam penanaman kelapa sawit.