PUTRAJAYA: Kadar Kitar Semula Kebangsaan meningkat kepada 31.52 peratus tahun ini berbanding 30.7 peratus pada tahun lepas dengan jumlah barangan kitar semula mencecah 4.3 juta tan, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.
"Peningkatan ini memberi indikasi positif yang tahap kesedaran terhadap kitar semula di negara ini semakin meningkat," katanya ketika berucap merasmikan Hari Kitar Semula Kebangsaan (HKSK) 2021 di sini, hari ini.
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sebelum ini menetapkan sasaran Kadar Kitar Semula Kebangsaan sebanyak 40 peratus pada 2025 sebagai usaha mengurangkan jumlah sampah di tapak pelupusan awam.
Reezal Merican berkata KPKT kini sedang merangka dasar pengurusan sisa pepejal ke arah ekonomi kitaran yang menekankan amalan Penggunaan dan Pengeluaran Mampan (SCP).
"Pengurusan sisa pepejal yang lebih cekap dan selaras dengan hirarki pengurusan sisa dapat mengurangkan isu kos pengurusan sisa pepejal yang semakin meningkat," katanya.
Beliau berkata inisiatif Komuniti Sifar Sisa (ZeComm) di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR), berjaya mengumpul sisa kitar semula sebanyak 122,592 kilogram (kg) dan sisa makanan berjumlah 25,696kg sejak 2019 hingga kini, dan ia akan diperluaskan bagi menarik lebih banyak penyertaan daripada komuniti.
Menurutnya inisiatif itu dirangka bagi membantu penduduk PPR menjalankan rawatan sisa makanan serta menjual barangan kitar semula melalui kaedah mendapatkan dan penebusan mata ganjaran.
Reezal Merican berkata 654 prasekolah serta 2,129 sekolah rendah dan sekolah menengah telah melaksanakan modul-modul berkaitan kitar semula.
Untuk itu, katanya KPKT akan melebarkan sinergi kerjasama dengan Kementerian Pengajian Tinggi bagi melibatkan mahasiswa dalam pelbagai aktiviti kitar semula seperti program kesukarelawan dan program Green Campus.
"Kitar semula ini bukan one-man show. Untuk itu, saya telah meminta agar pendekatan membina jaringan bersama rakan strategik diperhebatkan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 17 2021

Pengurusan sisa pepejal yang lebih cekap dan selaras dengan hirarki pengurusan sisa dapat mengurangkan isu kos pengurusan sisa pepejal yang semakin meningkat, kata Reezal Merican. - Gambar hiasan/BERNAMA
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

Selangor perluas inisiatif kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan
Selangor pergiat usaha pemuliharaan alam sekitar dengan memperluaskan program kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan di negeri itu.

Pulau Pinang tumpu kepada pengurusan sisa dan proses kitar semula - Chow
Chow Kon Yeow berkata pengurusan sisa buangan telah menjadi masalah ketara di Malaysia selama beberapa dekad.

Rancangan Jepun kitar semula tanah radioaktif selamat - IAEA
Rancangan Jepun untuk mengitar semula dan melupuskan tanah radioaktif dari loji janakuasa nuklear Fukushima-1 (NPP) mematuhi piawaian keselamatan, menurut Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA).

Botswana alami ledakan kitar semula, pengumpulan sisa buangan jadi perniagaan menguntungkan
Hilang pekerjaan pada 2021 membuatkan Stella Mokone, seorang ibu tunggal kepada tiga anak di Francistown, bandar kedua terbesar di Botswana beralih kepada mengutip dan menjual sampah untuk menyara keh

KPKT lancar perancangan ekonomi kitaran, majukan pengurusan sisa pepejal
Nga berkata pelan tindakan itu akan mempercepatkan peralihan kepada ekonomi kitaran sisa pepejal menerusi lima paksi utama.

Petron, Klean kerjasama sediakan mesin kitar semula berasaskan AI pertama di Malaysia
Pelanggan boleh mengitar semula bekas makanan plastik, botol PET dan tin aluminium serta mengumpul mata ganjaran melalui aplikasi.

KOSIS dapat sambutan, kadar penerimaan barangan kitar semula meningkat
Sebanyak 15,429 transaksi barangan kitar semula diterima setakat Ogos lepas, berbanding 9,769 transaksi pada tempoh sama 2022.

Qatar kitar semula barangan promosi Piala Dunia FIFA
Sejumlah 173 tan barangan promosi Piala Dunia FIFA Qatar 2022 dikitar semula oleh sebuah syarikat Arab Saudi, menurut Jawatankuasa Tertinggi bagi Penghantaran dan Legasi (SC) Qatar pada Ahad.

Raja Permaisuri Agong titah PPPM teroka peluang perniagaan bahan kitar semula
Raja Permaisuri Agong bertitah agar Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) meneroka peluang perniagaan baharu termasuklah daripada bahan kitar semula.

Bilas, kitar semula bekas pembungkus makanan dari bazar Ramadan- SWM Environment
SWM Environment menyeru orang ramai untuk membilas dan mengitar semula bekas plastik yang menjadi bahan pembungkus makanan dan minuman di bazar Ramadan.