PUTRAJAYA: Ketagihan Internet dan kawalan ibu bapa yang kurang efektif merupakan punca peningkatan risiko keselamatan siber terhadap generasi muda, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa.
Beliau berkata ia antara dapatan utama Kajian Tanda Aras Kesedaran Keselamatan Siber 2021/2022 yang dilaksanakan oleh CyberSecurity Malaysia (CSM) dalam tempoh 16 Nov hingga 3 Dis 2021, dengan kerjasama Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan (KPM).
"Terdapat penemuan menarik dan memeranjatkan dalam kajian ini misalnya ketagihan Internet, yang saya difahamkan kadar ketagihan di Malaysia ini cukup tinggi berbanding kebanyakan negara lain.
"Ketagihan itu mungkin bersifat positif tetapi bimbang juga ketagihan itu dikaitkan dengan unsur-unsur negatif," katanya ketika berucap merasmikan sambutan Hari Keselamatan Internet 2022 - Edisi Malaysia di sini hari ini, serta melancarkan laporan eksekutif dapatan kajian itu.
Berdasarkan laporan kajian itu, tanda-tanda ketagihan Internet yang dikenal pasti adalah tidur lewat, lebih suka bermain telefon pintar berbanding bermain dengan rakan serta marah apabila tidak dibenarkan menggunakan telefon pintar.
Annuar berkata Kajian Tanda Aras Kesedaran Keselamatan Siber 2021/2022 menggunakan pensampelan yang ramai dan cukup besar untuk melihat dan mengkaji sesuatu trend mengenai penggunaan Internet dan teknologi.
Seramai 16,908 responden di seluruh negara terlibat dalam kajin itu melibatkan 13,953 murid sekolah rendah dan menengah termasuk murid pendidikan khas dan 2,955 ibu bapa.
Beliau berkata antara komponen yang perlu diberi perhatian hasil kajian berkenaan adalah kandungan Internet yang tidak sesuai dan risiko transaksi dalam talian.
"Saya berharap kita dapat merumuskan kaedah yang boleh dilakukan agar perkembangan teknologi Internet dapat menjurus ke arah kebaikan," katanya.
Annuar berkata institusi keluarga memainkan peranan penting dalam usaha mewujudkan generasi digital yang cemerlang.
"Ibu bapa tidak boleh lagi mengambil sikap memberikan telefon pintar kepada anak-anak atas konteks ingin mudahkan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dan membiarkannya tanpa kawalan.
"Mereka (ibu bapa) perlu pantau dan perlu ada mekanisme atau sekuriti supaya peranti yang diberikan terutama kepada yang terlalu muda tidak dilepaskan begitu sahaja," katanya.
Dalam sidang medianya kemudian, Annuar berkata ancaman siber adalah nyata dan mempunyai beberapa peringkat antaranya ancaman data dan rentas sempadan yang sukar untuk diatasi.
"Ancaman siber adalah nyata dan ia boleh menjejaskan kualiti hidup rakyat dan masyarakat selain daripada sekuriti daripada segi kehilangan data, keselamatan negara dan lain-lain," katanya.
Beliau berkata penekanan yang perlu dibuat ketika ini adalah membina satu sistem nilai dalam kalangan individu dan institusi keluarga agar penggunaan internet tidak disalahgunakan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 22 2022
Annuar berkata Kajian Tanda Aras Kesedaran Keselamatan Siber 2021/2022 menggunakan pensampelan yang ramai dan cukup besar untuk melihat dan mengkaji sesuatu trend mengenai penggunaan Internet dan teknologi. - Gambar fail
Muktamar Pas: "Biarlah dia cari dosa kering" - Ahmad Zahid
Beliau mengulas tindakan Pas didakwa menjadikan Muktamar Tahunan Ke-70 parti itu sebagai pentas memfitnah dan memaki hamun lawan mereka.
AWANI Borneo [17/09/2024] - Kurangkan kebergantungan import | Model kepimpinan Rasulullah | Promosi identiti budaya Melayu
Tumpuan Awani Borneo 17 September 2024 bersama Pia Ernadya;
1. Inisiatif pembangunan jagung bijian bersepadu di Sabah, Sarawak bagi kurangkan kebergantungan import
2. Sarawak amal konsep Muqarabah sebagai dasar pentadbiran
3. Nuansa Seni tingkat martabat busana Melayu tradisional
1. Inisiatif pembangunan jagung bijian bersepadu di Sabah, Sarawak bagi kurangkan kebergantungan import
2. Sarawak amal konsep Muqarabah sebagai dasar pentadbiran
3. Nuansa Seni tingkat martabat busana Melayu tradisional
Program Madani Sarawak dijangka tarik 100,000 pengunjung
Penganjuran Program MADANI Rakyat (PMR) Sarawakku Sayang di Miri pada 27 hingga 29 Sept ini dijangka menarik kira-kira 100,000 pengunjung melalui pelbagai program dianjurkan.
Nuansa Seni edisi ke-5 tingkat martabat busana Melayu tradisional
Penganjur nuansa seni volume 5 Festival Gemilang Seni dan Budaya Sarawak, Dr Sharifah Suzana Wan Shukran berkata keistimewaan konsep pakaian cara melayu dibuktikan dengan wujudnya ciri reka bentuk pakaian tradisional melayu yang diterima sebagai antara identiti budaya Melayu.
Penduduk Kampung Sim-Sim perkukuh perpaduan menerusi Karnival Hari Malaysia
Karnival Kampung Sim-Sim diadakan sempena Hari Malaysia bertujuan mengukuhkan tali silaturrahim antara penduduk.
Kerajan alu-alukan inisiatif baharu stabilkan harga barang
Usaha untuk menstabilkan harga barangan dan perkhidmatan serta bersifat mampu milik akan sentiasa menjadi usaha berterusan Kerajaan, selaras dengan tonggak utama Kerajaan MADANI dalam memelihara kesejahteraan rakyat.
Polis tidak cadang haram perhimpunan RXZ - Pengarah JSPT
Polis tidak bercadang untuk mengharamkan program perhimpunan We Are RXZ, sebaliknya mahu pihak penganjur mematuhi prosedur semasa.
Inisiatif pembangunan jagung bijian bersepadu di Sabah, Sarawak
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali berkata ini bagi mengurangkan kebergantungan import sumber makanan industri ternakan yang selama ini menyumbang kepada faktor kos pengeluaran dan harga bekalan tinggi di pasaran.
Sarawak amal konsep Muqarabah sebagai dasar pentadbiran
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata pelaksanaan dasar itu akan mengambil kira aspek kehidupan seharian dan tanggungjawab umat manusia kepada alam semesta.
Pelbagai lapisan masyarakat sertai perarakan
Perarakan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sarawak di bandar Mukah disertai pelbagai lapisan masyarakat termasuk bukan Islam.
Kadar ketagihan Internet di Malaysia tinggi berbanding banyak negara lain - Annuar
Ketagihan internet dan kawalan ibu bapa yang kurang efektif merupakan punca peningkatan risiko keselamatan siber terhadap generasi muda, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa.
Penggunaan Internet dalam kalangan remaja membimbangkan - MCPF
Kajian SKMM pada tahun lepas menunjukkan golongan belia terjebak dengan permasalahan era digital yang dikenali sebagai 'digital drug'.
Adakah rakyat Malaysia ketagihan internet?
Hampir 20 peratus kanak-kanak menghabiskan masa dengan permainan atas talian sekali gus menimbulkan risiko ketagihan internet pada usia muda.
SKMM bakal wujud garis panduan tangani ketagihan internet
Terdapat isu-isu dalam kalangan golongan muda yang mengalami kemurungan apabila tidak mempunyai peranti di hadapan mata.