Selangor mencatatkan penurunan kadar jenayah 7.2 peratus atau 1,420 kes sejak Jan hingga Nov tahun ini berbanding tempoh sama tahun lepas.
Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata 18,265 kes direkodkan dalam tempoh itu, berbanding tempoh sama dua tahun lepas yang mencatatkan 19,685 kes pada 2018 dan 23,834 kes (2017).
"Kejayaan ini adalah hasil usahasama antara polis dan masyarakat termasuklah komuniti perindustrian serta perniagaan, namun, kita tidak boleh berasa selesa dengan pencapaian ini tetapi harus berganding bahu mengatur strategi pencegahan yang berkesan secara berterusan," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas melancarkan program 'Neighbourhood Watch' Polis Selangor Siri 2/2019 di Wisma Natural Health Farm (NHF) di sini, hari ini, dan antara yang hadir ialah Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed dan Ketua Pegawai Eksekutif NHF Dr Rebecca Tiew.
Mengulas mengenai program berkenaan, Noor Azam berkata ia disasarkan untuk dilaksana di kawasan perindustrian sebagai engagement bersama komuniti terlibat dalam usaha membanteras kegiatan jenayah di lokasi berkenaan.
Katanya impak program pada Siri 1/2019 yang dilancarkan pada April lepas di kawasan perindustrian Seksyen 26, 27, dan 28 di sini amat memberangsangkan apabila kadar jenayah di kawasan itu menurun ke tahap mampu diurus.
Justeru kata Noor Azam, pihaknya akan memperhebatkan lagi program berkenaan di pelbagai kawasan perindustrian di seluruh negeri berkenaan pada masa depan.
"Menerusi kluster-kluster seperti ini, kita akan adakan perbincangan setiap tiga bulan sekali mengenai permasalahan yang dihadapi oleh mereka. Mana-mana masalah berkaitan jenayah, polis akan ambil tindakan. Jika ia berkaitan pihak berkuasa tempatan, kita serahkan kepada agensi terlibat.
"Kita sasar untuk selesaikan masalah secara kolektif kerana jika kes dilaporkan oleh individu, mungkin tindakan agak lambat namun jika (laporan) dibuat secara kolektif, saya yakin tindakan segera akan diambil," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 03 2019
Datuk Noor Azam Jamaludin berkata 18,265 kes direkodkan dalam tempoh itu, berbanding tempoh sama dua tahun lepas yang mencatatkan 19,685 kes pada 2018 dan 23,834 kes (2017). - Foto BERNAMA
Peralihan kerajaan: Badan Parlimen Indonesia lulus perbelanjaan lebih tinggi
Jawatankuasa Bajet Parlimen Indonesia meluluskan peningkatan perbelanjaan untuk kerajaan bakal Presiden Prabowo Subianto, yang akan mula memegang jawatan bulan depan.
Banjir Eropah Tengah: 22 maut, penduduk diarah berpindah
Seramai 22 orang terbunuh selepas banjir besar melanda bandar bersejarah Wroclaw di Poland, pada Selasa.
Pengerusi ASEAN 2025: PM mahu persediaan mantap, menyeluruh
Setiap kementerian perlu melakukan persediaan mantap dan menyeluruh memandangkan hanya berbaki beberapa bulan sebelum Malaysia mengambil alih tugas sebagai Pengerusi ASEAN 2025 daripada Laos.
Letupan Lubnan: A.S sedang kumpul maklumat - Jurucakap
Amerika Syarikat sedang mengumpul maklumat selepas sekurang-kurangnya sembilan orang terbunuh dan kira-kira 2,750 cedera apabila peranti kelui atau pager yang digunakan oleh Pejuang Hizbullah meletup secara serentak di seluruh Lubnan, pada Selasa.
Alat komunikasi meletup: Hizbullah ikrar tindak balas terhadap Israel
Kumpulan Hizbullah berjanji untuk bertindak balas terhadap Israel selepas menuduh rejim Zionis itu meletupkan alat kelui di seluruh Lubnan pada Selasa.
Kekejaman Zionis: Harris gesa tamatkan perang di Gaza
Calon Presiden Demokrat Amerika Syarikat, Kamala Harris menyeru untuk menamatkan perang Israel-Gaza, pada Selasa.
Hospital UMS bakal beroperasi pada tahun 2026
Hospital Universiti Malaysia Sabah (HUMS) yang sedang dalam proses pembinaan bakal beroperasi pada bulan Januari 2026
MAHA 2024 catat 2.3 juta pengunjung setakat hari ketujuh
FAMA yakin sasaran tiga juta pengunjung pada MAHA 2024 yang sedang berlangsung di MAEPS Serdang ini mampu dicapai dalam tempoh terdekat.
LLB beri amaran jangan hampiri pantai, R&R Bagan Ajam
Berikutan kejadian yang berlaku pada tengah hari Selasa, pihak Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (LLB) memberi amaran kepada orang ramai agar tidak menghampiri kawasan pantai di situ kerana cuaca yang sangat tidak baik dan keadaan ombak yang tinggi.
Hujan lebat: Rakyat Perlis dinasihatkan berwaspada - MB
Hujan lebat disusuli angin kencang melanda beberapa kawasan sekitar Perlis pada Selasa menyebabkan pokok tumbang, selain gangguan bekalan elektrik.
Kadar jenayah di Selangor catat penurunan 7.2 peratus
Selangor mencatatkan penurunan kadar jenayah 7.2 peratus atau 1,420 kes sejak Jan hingga Nov tahun ini berbanding tempoh sama tahun lepas.