KOTA KINABALU: Kerajaan negeri mengumumkan seramai 3,963 pemimpin masyarakat (Ketua Adat) di Sabah akan mendapat purata 48 peratus kenaikan elaun bulanan mulai bulan depan.
Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata langkah itu akan memberi manfaat kepada 57 Ketua Daerah, 272 Ketua Anak Negeri, 648 Wakil Ketua Anak Negeri, 2,810 Ketua Kampung dan 176 Kapitan di seluruh negeri.
Katanya, dengan kenaikan elaun bulanan itu, Ketua Daerah akan menerima RM3,500 berbanding RM2,700 sebelumnya, Ketua Anak Negeri RM2,500 (RM1,700), Wakil Ketua Anak Negeri RM1,300 (RM900), Ketua Kampung dan Kapitan RM1,200 (RM700).
"Antara justifikasi kenaikan elaun itu ialah sebagai pengiktirafan kedudukan terhormat Ketua Adat dalam masyarakat. Ini termasuk peranan mereka sebagai hakim di Mahkamah Anak Negeri dan menampung perbelanjaan ketika menghadiri mesyuarat, kursus dan majlis rasmi di luar daerah.
"Kerajaan negeri mengiktiraf peranan penting Ketua Adat sebagai pemimpin di peringkat akar umbi dan kenaikan itu bertujuan meningkatkan motivasi Ketua Adat untuk memberikan perkhidmatan yang penuh integriti kepada masyarakat," katanya, menerusi kenyataan, hari ini.
Beliau berkata kenaikkan itu telah lama tertunggak dengan semakan yang terakhir dilakukan pada tahun 2013, yang mana elaun itu kekal tidak berubah manakala kos sara hidup meningkat.
Hajiji berkata ia adalah bukti komitmen kerajaan untuk memenuhi keperluan semua pihak dalam memberikan perkhidmatan yang berkualiti, selaras dengan aspirasi Hala Tuju Sabah Maju Jaya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 27 2023
Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata langkah itu akan memberi manfaat kepada 57 Ketua Daerah, 272 Ketua Anak Negeri, 648 Wakil Ketua Anak Negeri, 2,810 Ketua Kampung dan 176 Kapitan di seluruh negeri. - Gambar fail/BERNAMA
Piala ASEAN 2024: Vietnam mara ke final, tewaskan Singapura agregat 5-1
Rafaelson Fernandes muncul wira Vietnam apabila meledak jaringan berganda untuk membantu pasukan mara ke pentas akhir kejohanan berprestij itu.
Presiden Azerbaijan dakwa Rusia bertanggungjawab
Presiden Azerbaijan, Ilham Aliyev secara terbuka mendakwa Rusia telah menembak pesawat penumpang Azerbaijan Airlines J2-8243 pada 25 Disember lepas, menyebabkan ia terhempas.
Media tempatan Azerbaijan melaporkan, Aliyev membuat dakwaan tersebut sewaktu ditemuramah di Lapangan Terbang Baku
Media tempatan Azerbaijan melaporkan, Aliyev membuat dakwaan tersebut sewaktu ditemuramah di Lapangan Terbang Baku
Kelantan,Terengganu dan Sabah dilanda banjir
Situasi banjir di Kelantan dan Terengganu semakin buruk dengan peningkatan jumlah mangsa yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) selepas kedua-dua negeri itu kembali dilanda bencana tersebut pada Ahad.
Berdasarkan portal info bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), 18 pps dibuka di tiga daerah di Kelantan manakala Terengganu terpaksa membuka semula 16 PPS di dua daerah.
Berdasarkan portal info bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), 18 pps dibuka di tiga daerah di Kelantan manakala Terengganu terpaksa membuka semula 16 PPS di dua daerah.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 29 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 29 Disember 2024.
Festival Citrawarna Kampong Bharu tarik pelancong dekati nilai sejarah
Festival anjuran OMNI Holdings Sdn Bhd yang berlangsung selama tiga hari sejak Jumaat lepas itu menampilkan pelbagai aktiviti menarik.
China perkenal prototaip kereta api terpantas di dunia
Prototaip kereta api laju CR450, yang mampu beroperasi pada kelajuan 400 kilometer sejam (km/j), diperkenalkan di Beijing pada Ahad, menurut pengendali kereta api negara itu.
Kapal persiaran mega buatan China terima 600,000 pelancong
Kapal persiaran mega pertama China, Adora Magic City telah menyelesaikan 84 pelayaran dan menerima 600,000 pelancong pada tahun pertama operasi komersialnya, menurut Kastam Shanghai
Mayat 24 warga Azerbaijan dibawa pulang
Mayat 24 warga Azerbaijan yang terbunuh dalam nahas pesawat Azerbaijan Airlines (AZAL) berhampiran Aktau, Kazakhstan telah dibawa pulang ke ibu negara Baku, lapor media tempatan.
Taiwan tutup 14 sekolah pada 2024
MOE mendedahkan bahawa 14 institusi itu terdiri daripada sembilan sekolah rendah, sebuah sekolah menengah rendah dan empat institusi pengajian tinggi.
Kadar elaun bulanan 3,963 Ketua Adat di Sabah naik bulan depan
Kerajaan negeri mengumumkan seramai 3,963 pemimpin masyarakat (Ketua Adat) di Sabah akan mendapat purata 48 peratus kenaikan elaun bulanan mulai bulan depan.