PUTRAJAYA: Kabinet hari ini secara prinsip bersetuju supaya Laporan Pengauditan Forensik Projek Kapal Tempur Pesisir (LCS) didedahkan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Bagaimanapun, katanya ia akan dibuat selepas perbincangan antara Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan pihak berkepentingan lain diadakan bagi membincangkan mekanisme pendedahan kerana terdapat isu sensitif yang tidak boleh didedahkan secara umum.
Wan Junaidi pada sidang media selepas Sambutan Bulan Kemerdekaan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang di sini hari ini berkata beliau berpendirian perkara sensitif yang melibatkan soal sekuriti tidak wajar didedahkan.
"Secara prinsip, Jemaah Menteri masih menekankan bahawa pendedahan itu bakal dibuat. Saya berpendirian benda sensitif, soal sekuriti patutnya tidak boleh didedahkan," katanya amalan tersebut dipraktikkan di Amerika Syarikat dan England iaitu isu sensitif tidak akan didedahkan kepada umum bagi tujuan keselamatan.
Sebelum ini, Jemaah Menteri telah mencadangkan supaya Laporan Pengauditan Forensik Projek LCS yang dijalankan pada 2019 dinyahklasifikasikan, namun proses itu perlu mendapat nasihat dan pandangan Peguam Negara dan Ketua Audit Negara terlebih dahulu.
Wan Junaidi juga tidak menolak kemungkinan bahawa kerajaan akan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat isu LCS.
"Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) tadi (semasa mesyuarat Kabinet) ada sebut satu lagi (mengenai RCI LCS). Jadi maknanya belum tertutup lagi soalan itu (RCI LCS), walaupun dianggap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah buat yang terbaik," katanya.
Hishammuddin ketika menggulung perbahasan usul berkaitan isu LCS di Dewan Negara semalam berkata beliau memberikan jaminan akan membawa sendiri usul RCI LCS untuk mendapat persetujuan Jemaah Menteri hari ini.
Hishammuddin berkata demikian bagi menjawab cadangan beberapa Ahli Dewan Negara yang menggesa kerajaan menubuhkan RCI untuk menyiasat isu LCS bagi meneliti segala aspek agar tidak ada pihak yang bersalah terlepas daripada dakwaan.
Wan Junaidi berkata SPRM masih perlu mengemas kini kertas siasatan berkaitan kes LCS sebelum dikembalikan ke Jabatan Peguam Negara untuk diputuskan bagi membolehkan individu lain pula mungkin bakal didakwa.
"Bagaimanapun tadi ada bincang dalam Kabinet dan keputusan Kabinet adalah terbuka. Siasatan SPRM diteruskan dan Kabinet menegaskan sekali lagi bahawa kami tidak akan melindungi sesiapa pun dalam isu LCS," katanya.
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) sebelum ini mendedahkan sembilan prosiding berhubung isu LCS bermula 18 Nov 2020 dan mendapati tiada satu kapal LCS telah disiapkan walaupun kontrak projek itu yang diberikan secara rundingan terus bernilai RM6.083 bilion itu memperuntukkan lima kapal seharusnya disiapkan dan diserah setakat Ogos 2022.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 17 2022

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar ketika sidang media pada Program Sambutan Bulan Kebangsaan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri hari ini. - Foto BERNAMA
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.
Bekas pegawai 1MDB syor siasatan diteruskan
Seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan siasatan lanjut diteruskan mengenai ketulenan empat surat derma US$681 juta kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.
10 Berita Pilihan - (21 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 22 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kerajaan kutip RM46 juta menerusi nombor pendaftaran istimewa
Kerajaan berjaya mengutip kira-kira RM46 juta menerusi jualan nombor pendaftaran istimewa (NPI) pada tahun lalu.
Kerajaan setuju kaji pemberian geran perkapitan berdasarkan bilangan penduduk
Kerajaan bersetuju untuk mengkaji semula pemberian geran perkapita kepada kerajaan negeri berdasarkan bilangan penduduk di setiap negeri

Kerajaan tidak pernah abai isu LCS - Ismail Sabri
Kerajaan telah mengambil tindakan sewajarnya berhubung isu perolehan aset ketenteraan seperti kapal tempur pesisir (LCS) dan tidak pernah mengabaikan perkara itu begitu sahaja.

"22 bulan apa mereka buat mengenai LCS?" - Hishammuddin soal pembangkang
Cubaan pembangkang jadikan isu LCS sebagai bahan kebencian rakyat terhadap kerajaan tidak menjadi, tegas Menteri Pertahanan.

Isu LCS: Siasat jika benar menteri Bersatu terlibat - Muhyiddin
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, menteri berkenaan sudah pun mengeluarkan kenyataan menafikan penglibatan beliau.

Kabinet secara prinsip setuju laporan audit LCS didedahkan - Wan Junaidi
Kabinet hari ini secara prinsip bersetuju supaya Laporan Pengauditan Forensik Projek Kapal Tempur Pesisir (LCS) didedahkan.