LUMUT: Kementerian Pertahanan mempersoalkan tindakan pihak-pihak tertentu seperti parti pembangkang yang didakwa menggunakan isu Kapal Tempur Pesisir (LCS) sebagai modal untuk serangan politik.
Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, bagaimanapun menegaskan, cubaan mereka cuba untuk menjadikan isu berkenaan sebagai ‘bahan kebencian’ rakyat terhadap kerajaan tidak menjadi.
Menurut beliau, ini adalah kerana pelbagai langkah proaktif telah diambil oleh kerajaan melalui kementerian untuk menyelamat projek LCS itu.
“Saya nak tanya kepada mereka, selama 22 bulan mereka memerintah apa yang telah dibuat berkenaan LCS ketika itu?
“Hendak menuding jari memang mudah, hendak memainkan politik dengan isu-isu itu pun senang dengan (melalui) Tiktok dan media sosial, tetapi apa yang saya telah bentangkan kepada rakyat ialah perancangan kita untuk menyelamatkan projek ini yang melibatkan pelbagai pemegang taruh.
“Kalau sekiranya mereka boleh tunjukkan kepada saya bahawa mereka boleh lakukan lebih baik daripada apa yang saya lakukan hari ini iaitu (berkenaan projek) LCS, baru boleh anda jadikan ia sebagai satu isu.
“Jika tidak, saya anggapkan apa yang anda bangkitkan sekarang ini hanya pertimbangan-pertimbangan politik sahaja,” kata Hishammuddin.
Beliau berkata demikian dalam sidang media bersempena lawatan rasminya ke KD Panglima Garang Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), di sini, pada Rabu.
Hadir sama Panglima Pasukan Khas Laut (PASKAL), Laksamana Datuk Mohd Redzuan Talib.
Pihak pembangkang sebelum ini dilihat menjadikan isu LCS sebagai salah satu perkara yang dibangkitkan dalam pelbagai siri ceramah politik, tambahan tarikh Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang semakin menghampiri.
Mengulas lanjut perkembangan projek LCS, Hishammuddin berkata, fasa mobilisasi enam bulan yang akan berakhir hujung Disember ini menunjukkan perkembangan yang positif.
Katanya, proses rundingan bersama pengeluar peralatan asli (OEM) dan vendor serta pihak bank, berjalan lancar.
Malah jelas beliau, kerajaan Perancis juga telah menyatakan komitmen menyokong sepenuhnya projek LCS diteruskan.
“Baru-baru ini saya telah arahkan supaya pasukan dari Kementerian Pertahanan , TLDM dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) melakukan rundingan secara bersemuka dengan pihak berkepentingan di Eropah.
“Alhamdulillah, lawatan kerja ke Euronaval di Perancis berjalan lancar dan membawa hasil memberangsangkan.
“Pihak Naval Group telah menyatakan persetujuan dan menyokong penuh usaha kerajaan untuk meneruskan projek LCS serta berjanji memberikan komitmen dalam usaha memastikan LCS siap sepenuhnya dalam tempoh masa yang ditetapkan kerajaan Malaysia.
“Lebih penting, Naval Group juga menyatakan persetujuan untuk meneruskan rundingan dengan pihak Boustead Naval Shipyard Sdn. Bhd. (BNSSB) berhubung harga,” tambah beliau lagi.
Amirrul Rabbani
Wed Oct 26 2022

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mempersoalkan tindakan pihak-pihak tertentu seperti parti pembangkang yang didakwa menggunakan isu Kapal Tempur Pesisir (LCS) sebagai modal untuk serangan politik. - Gambar Astro AWANI

Kutipan zakat di Kelantan meningkat 15 peratus pada 2024 - MAIK
Jumlah kutipan zakat di Kelantan tahun lepas meningkat 15 peratus kepada RM296.52 juta, berbanding RM257.09 juta pada 2023.

Pulau Pinang catat 7,852 kes penipuan dalam talian, kerugian RM312.86 juta
Jenayah penipuan membabitkan telekomunikasi mencatatkan kes tertinggi, iaitu 2,938 kes dengan kerugian berjumlah RM101.5 juta.

Tindakan tegas ke atas peniaga jual semula tapak bazar Ramadan - MBAS
Tindakan tegas juga ke atas perbuatan membatalkan tapak jualan mereka dan membukanya untuk disewa kepada peniaga lain.
10 Berita Pilihan - (20 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Bagai berpaling tadah, Trump selar Zelenskiy 'diktator'
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menggelar Presiden Ukraine sebagai 'diktator'. Beliau ketika menyelar Volodymyr Zelenskiy turut memberi amaran supaya pemimpin Ukraine itu bertindak segera jika tidak mahu kehilangan negaranya.
200 penjenayah siber dihantar pulang ke China
200 suspek yang terlibat dalam jenayah penipuan dalam talian atau scam tiba di China dari Myawaddy, Myanmar pada Khamis. Penghantaran pulang kumpulan penjenayah siber itu dibuat menerusi beberapa siri dengan penerbangan yang ditempah khas.
Dua terkorban dalam insiden tikaman di Republik Czech
Dua individu terbunuh dalam kejadian tikaman pisau di sebuah pusat beli belah di bandar Hradec Kralove, Republik Czech pada Khamis.
Polis dalam kenyataan berkata, suspek yang berusia 16 tahun ditahan sejurus kejadian berlaku.
Polis dalam kenyataan berkata, suspek yang berusia 16 tahun ditahan sejurus kejadian berlaku.
Longgokan sampah di Gaza ancam kesihatan, alam sekitar
Perkhidmatan perbandaran, termasuk kutipan sampah, tidak lagi berfungsi, menjadikan jalan raya satu-satunya pilihan sebagai tempat pembuangan sampah.
NASA rakam video, gambar menakjubkan dari planet marikh
Dan bagi mengakhiri Buletin Awani malam ini, kita saksikan video beserta gambar panorama planet marikh yang berjaya dirakam pentadbiran aeronautik dan angkasa kebangsaan (NASA).
Imej dan video menakjubkan dirakam oleh rover nasa dikenali sebagai 'curiosity' diambil dari lokasi berbukit yang dinamakan 'mont mercou' melihat ke arah 'gale crater'
'curiosity mendarat di marikh pada 2012.
Imej dan video menakjubkan dirakam oleh rover nasa dikenali sebagai 'curiosity' diambil dari lokasi berbukit yang dinamakan 'mont mercou' melihat ke arah 'gale crater'
'curiosity mendarat di marikh pada 2012.
Empat jasad tebusan diserah kepada Israel
Hamas pada Khamis menyerahkan empat jasad tebusan warga Israel pada Khamis. Antara empat jasad itu termasuk seorang ibu dan dua anaknya. Jasad Shiri Bibas dan dua anaknya Ariel dan Kfir serta seorang warga emas Oded Lifshitz, 83 tahun diserahkan kepada kerajaan Israel sebagai sebahagian daripada perjanjian genjatan senjata. Anak kepada Bibas, Kfir adalah tebusan termuda yang mana ketika hayatnya baru berusia 9 bulan.

Kerajaan tidak pernah abai isu LCS - Ismail Sabri
Kerajaan telah mengambil tindakan sewajarnya berhubung isu perolehan aset ketenteraan seperti kapal tempur pesisir (LCS) dan tidak pernah mengabaikan perkara itu begitu sahaja.

"22 bulan apa mereka buat mengenai LCS?" - Hishammuddin soal pembangkang
Cubaan pembangkang jadikan isu LCS sebagai bahan kebencian rakyat terhadap kerajaan tidak menjadi, tegas Menteri Pertahanan.

Isu LCS: Siasat jika benar menteri Bersatu terlibat - Muhyiddin
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, menteri berkenaan sudah pun mengeluarkan kenyataan menafikan penglibatan beliau.

Kabinet secara prinsip setuju laporan audit LCS didedahkan - Wan Junaidi
Kabinet hari ini secara prinsip bersetuju supaya Laporan Pengauditan Forensik Projek Kapal Tempur Pesisir (LCS) didedahkan.