SHAH ALAM: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa menyiasat dakwaan pembabitan seorang menteri daripada parti itu yang dikaitkan dengan skandal kapal tempur pesisir (LCS) sekiranya berasas.
Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, menteri berkenaan sudah pun mengeluarkan kenyataan menafikan penglibatan beliau.
Beliau berkata, sebagai sebuah parti yang menjunjung prinsip integriti dan ketelusan, Bersatu akan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menyiasat.
“Saya memandang serius penemuan laporan audit forensik yang telah diterbitkan, antara lain menimbulkan dakwaan penglibatan seorang menteri daripada Bersatu dalam skandal tersebut.
"Sebagai sebuah parti yang menjunjung prinsip integriti dan ketelusan, Bersatu menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dakwaan ini sekiranya berasas,” kata beliau menerusi hantaran di laman Facebook pada Jumaat.
Dalam pada itu, Muhyiddin turut mengulangi pendiriannya menuntut Kabinet menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat skandal itu dengan lebih menyeluruh.
BACA: Isu LCS: Rafizi perlu buktikan Zainab isteri saya - Abd Latiff
Sebelum ini media melaporkan, Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rafizi Ramli mendedahkan, wanita yang terlibat dengan skandal LCS merupakan isteri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Datuk Dr Abd Latiff Ahmad.
Rafizi mendakwa syarikat palsu yang menjadi syarikat pembekal alat ganti kepada projek pembinaan LCS adalah milik keluarga Abd Latiff.
Artikel asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Aug 26 2022

Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, menteri berkenaan sudah pun mengeluarkan kenyataan menafikan penglibatan beliau. - Gambar fail/BERNAMA
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.
Bekas pegawai 1MDB syor siasatan diteruskan
Seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan siasatan lanjut diteruskan mengenai ketulenan empat surat derma US$681 juta kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.
10 Berita Pilihan - (21 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 22 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kerajaan kutip RM46 juta menerusi nombor pendaftaran istimewa
Kerajaan berjaya mengutip kira-kira RM46 juta menerusi jualan nombor pendaftaran istimewa (NPI) pada tahun lalu.
Kerajaan setuju kaji pemberian geran perkapitan berdasarkan bilangan penduduk
Kerajaan bersetuju untuk mengkaji semula pemberian geran perkapita kepada kerajaan negeri berdasarkan bilangan penduduk di setiap negeri

Kerajaan tidak pernah abai isu LCS - Ismail Sabri
Kerajaan telah mengambil tindakan sewajarnya berhubung isu perolehan aset ketenteraan seperti kapal tempur pesisir (LCS) dan tidak pernah mengabaikan perkara itu begitu sahaja.

"22 bulan apa mereka buat mengenai LCS?" - Hishammuddin soal pembangkang
Cubaan pembangkang jadikan isu LCS sebagai bahan kebencian rakyat terhadap kerajaan tidak menjadi, tegas Menteri Pertahanan.

Isu LCS: Siasat jika benar menteri Bersatu terlibat - Muhyiddin
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, menteri berkenaan sudah pun mengeluarkan kenyataan menafikan penglibatan beliau.

Kabinet secara prinsip setuju laporan audit LCS didedahkan - Wan Junaidi
Kabinet hari ini secara prinsip bersetuju supaya Laporan Pengauditan Forensik Projek Kapal Tempur Pesisir (LCS) didedahkan.