TELUPID: Jemaah Kabinet Sabah secara dasarnya meluluskan cadangan untuk mengehadkan tempoh jawatan Ketua Menteri Sabah kepada dua penggal, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.
Katanya cadangan berkenaan akan dibawa ke persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah akan datang sekiranya rakyat dan semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) termasuk kerajaan serta pembangkang bersetuju untuk meminda Perlembagaan Negeri berkaitan perkara tersebut.
"Ini kerana mengehadkan tempoh jawatan ketua menteri melibatkan soal perundangan, justeru Perlembagaan Negeri perlu dipinda melalui Persidangan DUN Sabah.
"Cadangan ini merupakan satu lagi inisiatif yang dibawa kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Barisan Nasional," katanya berucap pada Program Jelajah GRS Parlimen Beluran di Dataran Telupid di sini hari ini.
Turut hadir presiden dan pemimpin parti komponen GRS antaranya Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, Presiden United Sabah National Organisation (USNO) Tan Sri Pandikar Amin Mulia, dan Naib Presiden Bersatu Datuk Seri Dr Ronald Kiandee yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan.
Mengenai program berkenaan Hajiji berkata Program Jelajah GRS Parlimen Beluran merupakan siri jelajah keempat, selepas Keningau, Kudat dan Lahad Datu.
"Sudah sampai masanya pemimpin dari parti-parti tempatan Sabah bersatu hati dalam satu wadah iaitu GRS bersama-sama berjuang menuntut dan menjaga kepentingan Sabah. Kita tidak akan berkompromi dalam memperjuangkan dan menuntut hak Sabah seperti dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63)," tegasnya.
Sementara itu, Ronald berkata program berkenaan mendapat sambutan yang amat positif dan menggalakkan daripada masyarakat di Parlimen Beluran yang dilaksanakan kepimpinan negeri sebagai persiapan menghadapi pilihan umum akan datang.
"GRS adalah gabungan berasaskan Sabah dan sudah tentu perjuangan besar adalah untuk memastikan negeri ini dibangunkan setaraf dengan negeri di Semenanjung dengan mengambil kira hak dan keistimewaan Sabah dalam negara ini.
"Kita ada perjanjian semasa membentuk Malaysia dan apa yang GRS mahu adalah kerajaan Persekutuan melihat perkara tersebut. Kabinet (Persekutuan) ada membentuk jawatankuasa berkenaan perkara ini dan banyak perkara yang telah dilaksanakan, namun banyak lagi perkara yang perlu kerajaan Persekutuan lihat dan ini adalah agenda utama perjuangan GRS," katanya.
Mengenai cadangan mengehadkan tempoh jawatan Ketua Menteri Sabah kepada dua penggal, Ronald berkata ia merupakan cadangan yang baik dan sudah tentu akan disambut baik oleh rakyat sebagai usaha memastikan ketelusan jawatan berkenaan.
"Terserah kepada ADUN untuk menentukan...jika melihat dalam konteks yang luas ini merupakan cadangan yang baik," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 24 2022
Hajiji berkata, mengehadkan tempoh jawatan ketua menteri melibatkan soal perundangan, justeru Perlembagaan Negeri perlu dipinda melalui Persidangan DUN Sabah. - Gambar fail
Banjir: Tanah Merah terjejas, 10 PPS dibuka
Wakil Astro AWANI Kelantan, Muhafandi Muhamad membawakan perkembangan terkini situasi banjir di Kelantan khususnya di Tanah Merah
Dinding kolam tadahan pecah, kawasan perumahan Saujana Alam banjir
Beberapa video yang tular di media sosial menunjukkan jalan di kawasan perumahan itu ditenggelami air.
Adam Adli gesa Dr Akmal tarik semula kenyataan
Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhammad Akmal Saleh digesa untuk menarik balik kenyataannya yang mempertikaikan pengampunan diraja Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pengampunan Diraja: Adam Adli gesa Dr Akmal tarik semula kenyataan
Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhammad Akmal Saleh digesa untuk menarik balik kenyataannya yang mempertikaikan pengampunan diraja Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
AWANI Borneo [29/12/2024] - Tragedi Jeju Air 7C2216 | Suspek tiada lesen memandu | Harga semurah RM1 sebiji
AWANI Borneo Ahad, 29 Disember 2024 bersama Assim Hassan
Wisma Putra sahkan tiada rakyat malaysia terlibat nahas pesawat di Seoul.
Pemandu mabuk, tiada lesen langgar pintu kaca bank di Tawau.
'Raja buah' mula banjiri Kuching, harga semurah RM1 sebiji
Wisma Putra sahkan tiada rakyat malaysia terlibat nahas pesawat di Seoul.
Pemandu mabuk, tiada lesen langgar pintu kaca bank di Tawau.
'Raja buah' mula banjiri Kuching, harga semurah RM1 sebiji
PM Anwar ucap takziah kepada keluarga mangsa nahas Jeju Air
Beliau secara peribadi berasa amat sedih dengan insiden tragis yang berlaku di Lapangan Terbang Muan, Korea Selatan itu.
Variasi 'raja buah' banjiri kuching, harga mampu beli
Musim durian di Sarawak kali ini cukup meriah kerana bekalannya cukup banyak dan harganya pula murah malah ada yang dijual RM1 sebiji.
Menghormati perlembagaan, hormati TYT
Dr Romzi Ationg, Penganalisis politik Universiti Malaysia Sabah (UMS)
Gear pendaratan gagal berfungsi, pesawat Air Canada terbabas, terbakar
Penerbangan itu berlepas dari St John membawa 80 penumpang. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Amanah Sabah gesa hormat TYT sebagai simbol negeri
Tindakan penyiaran karikatur yang menghina Yang di-Pertua Negeri Tun Musa Aman bukan sahaja mencerminkan kurangnya rasa hormat terhadap simbol negeri tetapi juga berpotensi menggugat keharmonian dan perpaduan rakyat Sabah.
Kabinet Sabah setuju hadkan jawatan Ketua Menteri kepada dua penggal
Mengehadkan tempoh jawatan ketua menteri melibatkan soal perundangan, justeru Perlembagaan Negeri perlu dipinda melalui Persidangan DUN Sabah.