Penetapan kadar gaji minimum baharu sektor swasta dijangka akan dimuktamadkan dalam mesyuarat kabinet pada minggu ini atau minggu depan.
Menteri Sumber Manusia M. Kulasegaran berkata kerajaan akan menetapkan kadar seragam bagi gaji permulaan sektor swasta di Semenanjung, Sabah dan Sarawak serta kertas cadangan tersebut telah dikemukakan kepada jemaah menteri.
Katanya Jawatankuasa Teknikal Perundangan Gaji Negara telah menjalankan kajian dan rundingan dengan kesatuan pekerja, majikan, badan-badan bukan kerajaan dan sebagainya.
Beliau ditemui selepas menghadiri majlis pelepasan kontinjen negara ke Asean Skills Competition (ASC) di Bangkok, Thailand 2018 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini hari ini.
Sementara itu, katanya kontinjen Malaysia yang terdiri daripada 48 penuntut Institusi Latihan Kemahiran Awam dan Swasta serta Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta menyasar untuk membawa pulang lebih pingat emas dalam menerusi 24 bidang kemahiran yang disertai dalam kejohanan yang bermula pada 26 Ogos hingga 4 Sept depan tersebut.
"Bidang dandanan rambut, masakan, welding (kimpalan) dan industri automasi adalah antara kekuatan pasukan Malaysia yang diharapkan boleh membawa pulang pingat emas pada kejohanan kali ini," katanya.
ASC adalah pertandingan kemahiran berprestij dwitahunan dan disertai belia berkemahiran dari semua negara anggota Asean yang berusia 22 tahun ke bawah kecuali bidang mekatronik yang melibatkan penyertaan beliau berusia 25 tahun ke bawah.
Pencapaian terbaik kontinjen Malaysia adalah pada ASC 2016 di Kuala Lumpur ketika dinobatkan sebagai johan keseluruhan dengan memungut 22 pingat emas.
Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Kemahiran yang juga Chief de Mission Nidzam Kamarulzaman berkata kontinjen Malaysia komited dalam mengatur strategi bagi memastikan pencapaian yang lebih cemerlang pada kejohanan kali ini.
"Kita menyasar membawa pulang lebih 10 pingat emas kerana negara tuan rumah (Thailand) akan memberi tentangan hebat kepada pasukan Mlaaysia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 28 2018
Kulasegaran (dua, kanan) beramah mesra bersama kontinjen negara pada majlis Pelepasan Kontinjen Negara ke ASC Bangkok 2018 di KLIA hari ini. Turut kelihatan, Nidzam (kanan). --fotoBERNAMA
'Pearly-Thinaah legenda' - Nicol David titip kata semangat
Bekas pemain wanita nombor satu dunia itu menambah, beliau memahami betapa sakitnya rasa kekalahan tetapi regu wanita yang menghuni ranking ke-13 dunia itu menunjukkan semangat kesukanan yang sangat tinggi.
Pemain Badminton Sepanyol tarik diri kerana cedera terima 'standing ovation'
Permain perseorangan Sepanyol, Carolina Marin berlutut dan meraung selepas terpaksa menarik diri pada set kedua melawan wakil China, He Bing Jiao selepas mengalami kecederaan di lutut kanannya.
Olimpik Paris 2024: Misi emas Lee Zii Jia terhenti, tewas kepada Vitidsarn Kunlavut
Lee Zii Jia, tewas kepada lawan dari Thailand, Vitidsarn Kunlavut, dalam aksi straight set 21-14, 21-15 Sukan Olimpik Paris 2024 di Porte de La Chapelle Arena, sebentar tadi.
Mandi ais banyak manfaat kepada atlet, namun ada risikonya!
DALAM dunia sukan yang kompetitif, setiap atlet mencari cara untuk meningkatkan prestasi dan mempercepatkan pemulihan. Salah satu praktik yang semakin popular adalah mandi ais.
Mangsa banjir di Muallim meningkat kepada 86, jejas 16 keluarga
Seramai 81 orang daripada 15 keluarga berada di PPS SMK Khir Johari, Tanjong Malim, manakala lima lagi daripada satu keluarga di Dewan Kampung Pauh Behrang Stesen.
AGC teliti cadangan pembatalan kontrak sewaan Black Hawk
Pejabat Peguam Negara (AGC) telah memberikan maklum balas kepada Kementerian Pertahanan berkaitan cadangan pembatalan kontrak sewaan helikopter Black Hawk untuk Tentera Darat Malaysia (TDM).
Amaran ribut petir di beberapa negeri hingga 6 petang ini - MetMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir diikuti hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri hingga 6 petang ini.
Remaja hilang sejak Jumaat bermalam di rumah rakan, takut dimarahi penjaga - Polis
Seorang pelajar tingkatan dua yang hilang dari rumahnya di Petaling Jaya sejak Jumaat lalu dipercayai tinggal di rumah rakannya.
RM16 bilion ialah peruntukan keseluruhan untuk Sabah - Anwar
Anwar Ibrahim hari ini menjelaskan bahawa RM16 bilion diumumkannya untuk Sabah pada Pesta Kaamatan 31 Mei lepas, ialah peruntukan keseluruhan untuk negeri itu bagi tahun ini.
3 terbunuh dalam serangan sasar khemah penduduk di tengah Semenanjung Gaza
Pasukan pendudukan Israel melakukan pembunuhan beramai-ramai di Hospital Syuhada Al-Aqsa dengan mengebom beberapa khemah yang menempatkan orang yang dipindahkan.
Kabinet dijangka muktamad kadar gaji dalam masa terdekat
Kerajaan akan menetapkan kadar seragam bagi gaji permulaan sektor swasta di Semenanjung, Sabah dan Sarawak serta kertas cadangan tersebut telah dikemukakan kepada jemaah menteri.