Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja'afar berkata, Alief Daniel Ghazally Abdul Ghaniy pulang ke rumahnya pada Sabtu.
Beliau memberitahu, pihaknya akan merakam keterangan remaja itu
"Remaja berkenaan telah pulang semalam (Sabtu), laporan diterima pada hari sama dan keterangan lanjut akan dirakam hari ini (Ahad).
"Berdasarkan siasatan awal, polis mendapati remaja itu bermalam di rumah kawannya di blok berlainan, di kawasan perumahan yang sama.
"Difahamkan remaja tersebut takut pulang ke rumah kerana khuatir penjaganya dipanggil ke sekolah berkaitan kes gaduh," katanya dalam kenyataan di sini, pada Ahad.
Jumaat lalu, polis memohon bantuan orang ramai mengesan seorang remaja lelaki berusia 14 tahun yang dilaporkan hilang.
Shahrulnizam dilaporkan berkata Alief Daniel Ghazally kali terakhir dilihat berada di rumahnya di Jalan PJS 2C, Petaling Jaya kira-kira jam 11.50 pagi Khamis.