Kabinet dijadual membincangkan cadangan pengurangan kadar levi dan tol bagi kenderaan perdagangan di Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua) esok.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pengurangan kadar tol dan levi itu bertujuan menarik lebih banyak kenderaan perdagangan menggunakan Linkedua.
Ia sekaligus mengurangkan kesesakan trafik di Tambak Johor yang dilihat semakin kritikal.
"Usaha ini dijangka dapat mengurangkan sehingga 40 peratus kenderaan perdagangan di Tambak Johor," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Khas Mengenai Isu Kesesakan di Tambak Johor dan Linkedua di sini hari ini.
Kadar levi bagi kenderaan perdagangan di Linkedua sekarang ialah RM200.
Menurut Ahmad Zahid, pergerakan individu keluar masuk melalui jalan darat Malaysia-Singapura ketika ini adalah antara 300,000 hingga 400,000 orang pada setiap hari dan meningkat kepada lebih 500,000 pada musim perayaan.
Tegasnya, penaiktarafan kemudahan di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) akan dilaksanakan bagi menyelesaikan masalah kesesakan itu.
Mengenai aspek keselamatan, Ahmad Zahid berkata aset dan peralatan keselamatan seperti alat pengimbas di Tambak Johor dan Linkedua akan turut dinaik taraf terutamanya bagi mengenal pasti suspek dalam senarai Interpol, Aseanapol dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
"Jika aset dan peralatan ini boleh dimasukkan dalam penyelesaian holistik, kita dapat menyelesaikan soal kesesakan, infrastruktur dan keselamatan antara Malaysia dan Singapura," katanya.
Ahmad Zahid berkata mesyuarat hari ini turut memutuskan untuk membuat permohonan kepada Kabinet supaya jawatankuasa itu dinaik taraf kepada badan bertindak khas bagi menyelesaikan masalah kesesakan di Tambak Johor dalam jangka panjang.
Menurut Ahmad Zahid, jawatankuasa itu turut mencadangkan kerajaan Singapura menubuhkan badan bertindak khas yang sama supaya mesyuarat berkala antara kedua-dua pihak dapat dijalankan.
Mesyuarat itu diadakan susulan keputusan yang dicapai dalam Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura antara Najib dan Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong pada Januari lepas, antara lain membangkitkan isu kesesakan di Tambak Johor.
Harits Asyraf Hasnan
Tue Feb 06 2018
Kelihatan deretan kenderaan di Tambak Johor dari Singapura menuju ke Pusat Pemeriksaan Kastam, Imigresen dan Kuaranti (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar. - Foto BERNAMA
Moscow lancar peluru berpandu hipersonik Oreshnik, Zelensky gusar
Zelenskyy "secara langsung menuduh sekutunya di barat meninggalkannya tanpa perlindungan ketika menghadapi tindakan Rusia."
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
KKDW perkenal konsep Smart Village, perkasa komuniti desa dengan teknologi moden
Projek rintis 'Smart Village' KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024.
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
Skim galakan guna motosikal elektrik MARiiCas hampir capai sasaran 2024 - MARii
Inisiatif Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) terbukti mendapat sambutan dan hampir mencapai sasaran yang ditetapkan bagi tahun ini.
18 pegawai Imigresen KLIA dibuang kerja
Seramai 18 pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang terlibat dalam isu integriti dikenakan tindakan buang kerja sejak 2021.
145 pendatang tanpa izin ditahan dalam operasi Imigresen di Ranau
Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sabah hari ini menahan sejumlah 145 pendatang tanpa izin dalam operasi di Kampung Lutut di sini.
11 warga Korea Selatan ditahan di pusat hiburan tanpa lesen
Premis ini dipercayai menawarkan perkhidmatan pelayan wanita dengan bayaran antara RM300 hingga RM500 untuk tempoh tiga jam.
Imigresen tunggu laporan penuh siasatan EAIC untuk tindakan lanjut
JIM menunggu laporan penuh EAIC berhubung siasatan terhadap tahanan etnik Rohingya yang meloloskan diri daripada DISB.
Counter setting: 47 sindiket tumpas, 25,214 pengembara dikenakan NTL - Saifuddin Nasution
JIM juga memperketatkan pemeriksaan di kaunter pintu masuk ke negara dalam usaha membanteras kegiatan menyeludup warga asing ke Malaysia.
Pemilik restoran nasi kandar warga Bangladesh mengaku beri suapan RM10,000
Tertuduh, Rezaul Shajahan Ali, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan pilihan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim.
Imigresen tumpas sindiket pengemis jalanan OKU, tahan empat lelaki China
Jabatan Imigresen (JIM) menumpaskan sindiket pengemis jalanan Orang Kurang Upaya (OKU) dengan penahanan empat warga China menerusi Op Serkap di sini pada Isnin dan semalam.
Lebih 23,000 rakyat Malaysia ke Thailand melalui pintu sempadan negara di Perlis
ICQS Padang Besar mencatatkan sejumlah 16,491 orang manakala 7,399 lagi keluar melalui ICQS Wang Kelian.
Imigresen lanjut waktu operasi pejabat pada musim cuti sekolah
Langkah diambil sebagai usaha mengatasi kesesakan pelanggan yang datang memohon atau membaharui pasport sempena musim cuti sekolah.
Penyelia restoran didenda RM40,000, mengaku rasuah pegawai Imigresen
Mengikut pertuduhan, Heng didakwa memberi suapan wang tunai RM15,000 kepada seorang pegawai kanan di Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Perak.