Kerajaan Selangor perlu bertanggungjawab bagi masalah bekalan air yang berlaku di negeri itu dan Kuala Lumpur, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.
Beliau berkata kerajaan Selangor tidak patut menangkis perkara itu dengan meletakkan sebahagian kesalahan di bahu Kerajaan Persekutuan.
"Jika kerajaan Selangor meluluskan Langat 2 pada 2009, ia sudah pun siap sekarang dan pengguna akan mempunyai cukup air hari ini," katanya dalam ruangan komen akhbar berbahasa Inggeris The Star pada Selasa.
Khairy, yang juga pengerusi Pemuda Barisan Nasional dan Ketua Pemuda UMNO, berkata melalui perancangan sewajarnya, Selangor akan mempunyai cukup air untuk memenuhi peningkatan permintaan dan menghadapi kemarau.
Katanya pada 2010 Kerajaan Persekutuan mengingatkan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bahawa krisis air akan berlaku pada 2014 sekiranya sumber air tidak diurus dengan baik.
Bagaimanapun, Abdul Khalid menjawab dengan berkata terdapat air yang mencukupi untuk memenuhi permintaan Selangor dan Kuala Lumpur hingga 2019.
"Kerajaan Negeri Selangor enggan membenarkan pembinaan Langat 2 dan sejak 2009, menolak kenaikan tarif air. Akibat degil, kerajaan negeri Selangor menjadi batu penghalangnya," kata beliau.
Khairy berkata demi kepentingan orang ramai, Kerajaan Persekutuan bersetuju memperuntukkan RM9.65 bilion bagi membeli syarikat air dan menyerahkan semua aset kepada Kerajaan Selangor untuk dikendalikannya melalui memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani pada 26 Feb.
"Ini dilakukan semata-mata kerana Kerajaan Persekutuan amat prihatin berhubung nasib penduduk Selangor.
"Seperti yang terjadi, lebih 1.3 juta isi rumah atau 6.3 juta orang terjejas dan 820 projek baharu ditangguhkan," katanya.
Selangor memulakan fasa pertama catuan air di Lembah Klang tahun ini berikutan penutupan Loji Rawatan Air Batu 11 Cheras dan Loji Rawatan Air Bukit Tampoi akibat kandungan ammonia yang tinggi di dalam air Sungai Langat dan langkah ini menjejaskan 71 kawasan dan 60,185 rumah sejak 27 Feb.
Fasa kedua catuan air dilaksanakan berikutan kekurangan pelepasan air mentah sebanyak 200 juta liter sehari di empangan Sungai Selangor dan langkah ini menjejaskan 260 kawasan serta 413,617 rumah.
Semalam, pengerusi Jawatankuasa Tetap Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri Selangor Dr Ahmad Yunus Hairi berkata kerajaan negeri Selangor akan membuat keputusan pada Rabu sama ada akan meneruskan catuan air yang dilaksanakan sejak Mac itu.
Catuan air di Kuala Lumpur dan Selangor menjejaskan lebih 2.2 juta pengguna.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed juga menyuarakan harapannya agar krisis air Selangor akan diselesaikan dengan cepat supaya ia tidak menjejaskan operasi kilang tempatan dan asing di negeri itu.
Bernama
Tue Apr 29 2014
Khairy Jamaluddin
Banjir di Kelantan memburuk, Terengganu beransur pulih, Johor kekal setakat 8 malam
Situasi banjir di Kelantan bertambah buruk manakala Terengganu beransur pulih dan Johor pula tiada perubahan setakat 8 malam ini.
Banjir: 13 kawasan berbukit dikenal pasti lokasi perpindahan penduduk Gua Musang
Ia merupakan usaha agensi kerajaan dan keselamatan di jajahan Gua Musang dalam melakukan kesiapsiagaan sekiranya berlaku banjir besar kali ini.
ACLE: JDT tewas tipis 0-1 kepada Shandong Taishan
Separuh masa pertama perlawanan menyaksikan insiden kad kuning mewarnai aksi JDT di atas padang.
Enam individu ditahan disyaki terlibat kes curi Ferrari di pusat cuci kereta
Susulan penangkapan itu, polis turut merampas empat buah kereta iaitu Ferrari, Naza Suria dan dua kereta jenis BMW.
Papan tanda: Hormati peraturan sedia ada - Abdul Karim
Semua pihak diminta untuk menghormati peraturan serta undang-undang sedia ada mengenai penggunaan bahasa tertentu pada papan tanda.
JBPM dilantik ILB bantu pacu sektor kebombaan negara
JBPM dilantik sebagai Badan Peneraju Industri (ILB) bagi industri kebombaan oleh JPK berkuat kuasa Julai lepas hingga Disember 2027.
10 Berita Pilihan - (26 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kemboja kini destinasi pelaburan yang kompetitif di ASEAN, kata PM Hun Manet
Kemboja menikmati keamanan dan kestabilan politik yang merupakan faktor penting, manakala kerajaan negara itu mengamalkan dasar ekonomi yang paling terbuka dan bebas di Asia.
Populasi panda raksasa peliharaan di dunia cecah 757 ekor
China telah menubuhkan 67 rizab alam semulajadi panda raksasa dan Taman Negara Panda Raksasa, merangkumi kawasan seluas 2.58 juta hektar.
China sasar penembusan pengguna 5G lebih 85 peratus menjelang akhir 2027
Setakat akhir September tahun ini, jumlah stesen pangkalan 5G di China mencapai kira-kira 4.09 juta.
Tiada catuan air di Johor - MB
Tiada catuan air akan dilaksanakan di Johor, meskipun berlaku penyusutan bekalan air di tiga empangan utama susulan cuaca panas ketika ini.
Cuaca panas, kemarau beri kesan serius sektor pertanian Sabah - Jeffrey
Cuaca panas dan kemarau akibat fenomena El-Nino yang melanda negara ini, telah memberi kesan yang serius terhadap sektor pertanian Sabah.
Bekalan air di empangan Sabah cukup tiga bulan sekiranya kemarau berpanjangan
Timbalan Ketua Menteri III Sabah Datuk Shahelmey Yahya menjelaskan bekalan air sedia ada di empangan negeri mencukupi sehingga tempoh tiga bulan sekiranya berlaku musim kemarau berpanjangan.
Amaran banjir di New Delhi: Sekolah ditutup, air minuman mungkin dicatu
Bandar dihuni 20 juta penduduk itu juga mungkin berdepan kekurangan air minuman berikutan penutupan beberapa loji rawatan.
Paras air Empangan Bukit Merah susut: JPS Perak laksana catuan air
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri melaksanakan catuan air berikutan penyusutan paras air di Empangan Bukit Merah.
El Nino: Catuan air mungkin dilakukan bergantung situasi
Ketika ini catuan belum dijalankan dan bekalan air bersih di Sandakan masih diagihkan seperti biasa.
Kerja penambahbaikan LRA SSP3 siap, pemulihan bekalan air bermula hari ini
Air Selangor menasihati pelanggan yang terjejas untuk menggunakan air secara berhemat sepanjang tempoh gangguan.
Catuan air di Melaka berakhir 1 April ini
Derita ditanggung hampir sejuta rakyat Melaka susulan catuan bekalan air berjadual yang dilaksanakan sejak penghujung Januari lalu bakal berakhir 1 April ini.
Kerajaan lulus peruntukan RM200 juta bina Empangan Jernih - KM Melaka
Kerajaan Persekutuan telah meluluskan peruntukan kira-kira RM200 juta iaitu tambahan RM36 juta untuk pembinaan Empangan Jernih bagi menyelesaikan isu bekalan air di negeri ini.
Sektor pelancongan Melaka dikhuatiri berdepan 'bad review' jika catuan air berterusan
Lebih membimbangkan,sekiranya pelancong dari luar negara memberikan ulasan yang kurang memuaskan kepada tahap perkhidmatan mereka.