NEW DELHI: India mengarahkan penutupan sekolah dan beribu-ribu penduduk yang tinggal berhampiran tebing Sungai Yamuna berpindah ke tempat lebih selamat di tengah-tengah amaran banjir di ibu negara India, New Delhi.
Bandar dihuni 20 juta penduduk itu juga mungkin berdepan kekurangan air minuman berikutan penutupan beberapa loji rawatan selepas bacaan paras air tertinggi dicatatkan di Sungai Yamuna.
Beberapa kawasan berhampiran sungai itu dinaiki air pada Khamis.
Pentadbiran negeri New Delhi mengarahkan penutupan pejabat kerajaan yang tidak penting, sekolah dan kolej sehingga Ahad.
Pihak berkuasa juga melarang kemasukan kenderaan berat ke New Delhi kecuali yang membawa barangan keperluan seperti makanan dan bahan api.
"Telah diputuskan untuk menutup semua sekolah, kolej dan universiti sehingga Ahad. Semua pejabat kerajaan kecuali yang menyediakan perkhidmatan penting akan (membenarkan kakitangan) bekerja dari rumah.
"Sektor swasta turut dinasihatkan untuk bekerja dari rumah sebanyak mungkin," kata Ketua Menteri Delhi Arvind Kejriwal kepada media.
Tiga loji rawatan air yang terletak di Wazirabad, Chandrawal dan Okhla, yang menghasilkan 25 peratus air minuman di bandar itu ditutup.
"Kami mungkin perlu membuat catuan air, orang ramai mungkin menghadapi kekurangan air untuk sehari dua," kata Kejriwal.
Kira-kira 20,000 penduduk ditempatkan di pusat perlindungan sementara selepas dipindahkan dari kawasan berhampiran Sungai Yamuna.
Paras air sungai naik secara mendadak minggu ini berikutan pelepasan sejumlah besar air dari benteng Hathnikund oleh negeri jiran Haryana.
Hujan lebat menyebabkan banjir dan tanah runtuh di seluruh negeri di utara India, termasuk di Himachal Pradesh, Punjab, Uttarakhand dan Uttar Pradesh.
Perjalanan rentas negeri terjejas akibat beberapa jambatan runtuh, tanah runtuh dan kerosakan pada lebuh raya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 13 2023

Pentadbiran negeri New Delhi mengarahkan penutupan pejabat kerajaan yang tidak penting, sekolah dan kolej sehingga Ahad. - AP

Sarawak capai kejayaan dalam elektrifikasi luar bandar dengan peluasan grid RES di Daro
Julaihi berkata projek itu akan membekalkan tenaga elektrik kepada 186 isi rumah di lapan kampung.

2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Peluru 66mm (B-63) yang dipercayai peninggalan perang itu meletup pada Sabtu di Kampung Kranhong, Komun Ta Siem, Daerah Svay Leu.

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Sekolah rendah di Delhi ditutup susulan pencemaran udara semakin kritikal
Ibu negara India pada Khamis mengumumkan penutupan sekolah rendah apabila tahap pencemaran udara mencapai paras berbahaya dengan bermulanya musim sejuk.

Kualiti udara India memburuk akibat asap bunga api
Kualiti udara bertambah buruk di beberapa Kawasan di India termasuk ibu negara, New Delhi pada Sabtu berikutan penggunaan bunga api semasa perayaan Diwali di negara itu.

Satu maut, bumbung runtuh di lapangan terbang Delhi
Menurut NDTV, mangsa berada dalam empat kenderaan yang dihempap oleh balok yang runtuh.

Siklon Remal: Wisma Putra pantau impak di India, Bangladesh
Wisma Putra dalam satu kenyataan mengingatkan rakyat Malaysia yang berada di kawasan yang terjejas untuk sentiasa berwaspada.

Tujuh bayi baru lahir maut dalam kebakaran di Delhi
Tujuh bayi baru lahir maut dan lima lagi cedera apabila sebuah pusat penjagaan bayi di kawasan Vivek Vihar, timur Delhi terbakar.

Skuad berbasikal para sambar dua emas dan dua perak di India
Skuad para negara mempamerkan persembahan cemerlang untuk menghadiahkan dua pingat emas serta dua pingat perak pada Kejohanan Berbasikal Trek Para Asia 2024.

Jumlah korban kilang terbakar di New Delhi meningkat kepada 11 orang
Menurut bomba, identiti mangsa yang rentung, semuanya pekerja kilang, masih belum dapat dipastikan.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Speaker Kanada tidak akan hadir Sidang Kemuncak Speaker Parlimen G20 di New Delhi
Hubungan Ottawa dan New Delhi agak dingin selepas PM Justin Trudeau menuduh India terlibat dalam pembunuhan aktivis pemisah Sikh.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.