Kerajaan akan memantau dan memastikan Malaysia Airlines (MAS) membayar pampasan kepada anggota keluarga penumpang dan anak kapal pesawat MH370.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata perkara itu turut dipersetujui oleh kerajaan China bagi memastikan segala kebajikan, masalah dan permintaan anggota keluarga terbabit, susulan pengisytiharan kerajaan bahawa pesawat MH370 sebagai nahas dan kesemua penumpang dan anak kapal dianggap telah terkorban.
"Kita akan memastikan MAS bertangungjawab untuk berhubung dengan waris terdekat mangsa dan berbincang dalam apa sudut bagi memudahkan apa-apa permintaan anggota keluarga penumpang dan anak kapal MH370," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Pemantapan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Cina di Wisma MCA di sini, hari ini.
Liow berkata beliau serta Jawatankuasa Waris MH370 akan memantau perkembangan kebajikan anggota keluarga berkenaan.
"Jawatankuasa itu juga turut mewujudkan laman web bagi memudahkan anggota mendapatkan maklumat terkini dan mengemukakan sebarang pertanyaan berhubung perkembangan misi pencarian MH370," katanya.
Liow menegaskan bahawa kerajaan mempunyai pelan komprehensif bekerjasama dengan China dan Australia bagi meneruskan misi pencarian pesawat malang itu di Lautan Hindi tanpa suatu jangka masa dan kos yang ditetapkan.
Katanya, setakat ini, empat kapal termasuk Fugro Supporter kini selesai menjalani pencarian sejauh 16,000 kilometer (km) persegi daripada 60,000 km ruang yang ditetapkan di Lautan Hindi.
Ditanya mengenai pengisytiharan oleh Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) berhubung insiden pesawat itu adalah satu kemalangan, Liow berkata pengumuman semalam adalah berdasarkan konvensyen yang ditetapkan oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).
"Pengumuman itu bukan bermakna operasi ditamatkan. Apabila pesawat itu tidak sampai ke destinasinya, setelah misi pencarian ditamatkan perlu memberitahu orang ramai tentang keputusan ini.
"Pengumuman itu tidak berkaitan dengan penghentian operasi kerana ia ada beberapa definisi jika pesawat tidak sampai ke destinasinya," katanya.
Pesawat Boeing 777 itu yang membawa 12 anak kapal dan 227 penumpang, hilang daripada radar ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing, kira-kira sejam selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12.41 pagi pada 8 Mac, 2014. Ia dijadualkan mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.
Sementara itu, kira-kira 350 guru dan pensyarah dari institusi pendidikan guru (IPG) dari Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Melaka menyertai seminar dua hari bermula hari ini.
Terdahulu, ketika berucap dalam bahasa Mandarin pada majlis itu, Liow yang juga presiden MCA berkata masyarakat Cina di negara seharusnya bangga kerana diberi peluang menguasai bahasa ibunda yang menyebabkan mereka dapat bertutur lebih daripada dua bahasa.
"Sekolah-sekolah Cina di negara ini bukan hanya terdiri daripada murid-murid berbangsa Cina, malah ibu bapa kaum bukan Cina turut menghantar anak mereka ke sekolah Jenis Kebangsaan Cina untuk mempelajari bahasa ketiga," katanya.
Bernama
Fri Jan 30 2015
Kerajaan akan memantau dan memastikan Malaysia Airlines (MAS) membayar pampasan kepada anggota keluarga penumpang dan anak kapal pesawat MH370. -Gambar fail
AWANI Ringkas: Jangan main gollf ketika bertugas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sabah FC cari pengganti sementara Kim Swee secepat mungkin
Ini bagi memastikan kesinambungan prestasi skuad Sang Badak dalam menghadapi baki saingan Liga Super dan Piala Malaysia musim 2024/2025.
Dua beranak didakwa tipu urusan pelaburan perniagaan durian di Singapura
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.
KTMB sedia dua tren ETS tambahan sempena Krismas, cuti sekolah Disember ini
KTMB akan menyediakan dua perkhidmatan tren eletrik ETS tambahan bagi laluan KL Sentral-Padang Besar sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah Disember ini.
Pocket Rocketman bakal kembali berkayuh di ACC 2025?
Datuk Mohd Azizulhasni Awang mungkin bakal 'berkayuh' secara rasmi di Velodrom Nasional, Nilai seawal Februari tahun hadapan pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2025.
MyDigital ID: Memperluas integrasi perkhidmatan, memastikan akses lebih cepat dan mudah
MyDigital ID akan terus memperluaskan integrasi dengan lebih banyak penyedia perkhidmatan dari pelbagai sektor, terutamanya dalam sektor kewangan dan e-wallet.
Nurul Izzah dijemput penganjur ke luar negara atas kapasiti Pengarah Seri
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, selain Nurul Izzah, Pengerusi ISIS Datuk Prof Dr Mohd Faiz Abdullah turut dijemput oleh penganjur.
Masters China: Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin hanya perlukan 31 minit untuk mara ke separuh akhir!
Pemain beregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin, terus mencipta kejutan apabila melangkah separuh akhir Masters China di Shenzen.
Kabinet tidak bincang cadangan hari bekerja 4 hari setengah seminggu di Johor
Jelas Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, kemungkinan serba sedikit akan diteliti menerusi Annual Leaders' Retreat yang akan diadakan pada 8 dan 9 Disember depan.
NRES jawab isu dibangkitkan Rimbawatch berkaitan COP29
NRES mengambil maklum perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Rimbawatch dan entiti-entiti lain dan akan terus memperbaiki segala proses yang relevan menjelang COP30 di Belem, Brazil kelak.
Hilang kata-kata terima berita nahas MH17 - Azharuddin
Ketika itu, Azharuddin ligat berfikir, apa harus diperkatakan kerana semua sudah tahu orang kesayangan mereka telah tiada.
Polis terima laporan dakwa terlihat pesawat terjunam ke dalam laut di Tanjung Bungah
Polis Pulau Pinang mengesahkan menerima laporan daripada orang awam yang mendakwa ternampak sebuah pesawat ringan terhempas sebelum terjunam ke dalam laut di Tanjung Bungah.
MAB berjaya ketepikan saman berhubung MH370
Berikutan keputusan itu, MAB kini tidak lagi merupakan defendan dalam saman yang difailkan pada 3 Mac 2016 oleh para waris 32 penumpang.
Tun M percaya kerosakan disengajakan, DCA tidak boleh pastikan dakwaan sabotaj
DCA masih tidak boleh memastikan punca masalah pesawat yang sepatutnya dinaiki Tun Dr Mahathir Mohamad untuk ke Langkawi pada Jumaat disabotaj atau sebaliknya.
Kapal cari MH370 'hilang' dari radar? Tunggu kenyataan Ocean Infinity - Azharuddin
Tiada apa yang baharu daripada pertemuan Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman dengan pengendali Seabed Constructor di Perth, Australia.
Dakwaan penemuan baharu MH370 bakal terjawab esok?
Azharuddin berada di Perth untuk berjumpa pengendali operasi Ocean Infinity (OI) serta dua anggota Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM).
Tiada kelulusan DCA bagi aktiviti SeaPlane@Putrajaya - KP
AOC yang dikeluarkan oleh ketua pengarah DCA merupakan syarat bagi mana-mana operasi pesawat melibatkan pengangkutan penumpang bagi sewaan atau ganjaran.
Bukan semua dron perlu kelulusan DCA
Jabatan Penerbangan Awam (DCA) memperjelaskan bahawa bukan semua dron atau kenderaan udara tanpa pemandu (UAV) perlu mendapatkan kelulusan jabatan itu sebelum ia diterbangkan.
Pesawat ringan terhempas tidak dapat kebenaran terbang - Polis
Pesawat ringan yang terhempas di Sungai Mati di sempadan Melaka dan Johor tidak mendapat kebenaran untuk terbang daripada DCA.
Pesawat terhempas di Sungai Rambai tiada kebenaran terbang - Polis
Pesawat ringan GT500 yang terhempas ke dalam sungai di Sungai Rambai, Melaka pagi semalam tidak mendapat kebenaran terbang dari Jabatan Penerbangan Awam (DCA).