Bas elektrik bakal beroperasi di ibu kota pada pertengahan 2017.
Menariknya, ia adalah hasil kepakaran dan kemahiran sepasukan 30 jurutera muda lulusan universiti tempatan yang mencipta bas elektrik buatan negara pertama itu.
Idea menghasilkan teknologi hijau itu berikutan ia kini mempunyai permintaan yang tinggi di pasaran dan kos penyelenggaraannya adalah minimum berbanding penggunaan bas konvensional.
Ketua Pegawai Operasi Sync R&D Sdn Bhd Nurulhanom Laham berkata kejayaan 30 jurutera muda itu amat membanggakan kerana mereka masih baharu dalam membangunkan teknologi seperti itu selain kejuruteraannya hanya dimiliki negara China.
"Sebenarnya banyak permintaan daripada pengusaha bas namun bekalan agak terhad selain kurang kemudahan penggunaan kenderaan elektrik seperti stesen pengecas," katanya kepada Bernama, baru-baru ini.
Projek itu yang bermula sejak 2011 telah dipatenkan sebagai Elektrik Bas Inovasi Malaysia (EBIM).
Nurulhanom berkata bas elektrik itu mampu menjimatkan kos operasi pengusaha bas di negara ini sehingga 60 peratus iaitu penjimatan lebih RM300 juta setahun berbanding penggunaan tenaga diesel.
Jelasnya, bas elektrik itu dibuat mengikut spesifikasi dan piawaian yang ditetapkan Jabatan Pengangkutan Jalan dan United Nations Economic Commission for Europe yang membolehkan ia beroperasi dengan selamat di atas jalan raya.
"Ia kini sudah di peringkat akhir iaitu ujian dan pengsijilan bagi menjamin setiap komponen kenderaan itu berada di tahap terbaik dan selamat serta memenuhi standard sebelum ia boleh dipasarkan," katanya.
Teknologi baterinya mampu menggerakkan bas sejauh 200 kilometer selaras dengan purata perjalanan operasi bas di ibu kota untuk sehari, katanya.
Jelasnya proses reka cipta menelan belanja kira-kira RM30 juta itu bakal siap sepenuhnya Ogos ini dan dijangka dapat digunakan di atas jalan raya pada pertengahan 2017.
Sementara itu, seorang daripada jurutera muda terlibat Mohd Elyas Ariff Shaibudin, 28, berkata walaupun tidak mempunyai pengalaman dalam rekaan bas elektrik, itu bukan penghalang untuk beliau memanfaatkan kemahiran dipelajarinya di universiti.
Mengakui tidak mudah menghasilkan inovasi itu tanpa bimbingan pakar, graduan kejuruteraan mekanikal Universiti Malaya itu berkata peluang itu sebaliknya telah mendorong jurutera muda sepertinya berfikiran lebih kritis dan kreatif.
Bagi Nizamuddin Daud, 28, pula antara cabaran yang perlu dihadapi bagi menjayakan inovasi itu adalah kekurangan sumber rujukan memandangkan kejuruteraan bas elektrik adalah ciptaan baharu yang belum meluas.
"Banyak kali proses percubaan menemui jalan buntu dan gagal tetapi kami berjaya atasinya dengan kerja berpasukan," katanya.
Bernama
Mon Jul 04 2016
![Jurutera muda cipta bas elektrik buatan Malaysia yang pertama Jurutera muda cipta bas elektrik buatan Malaysia yang pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-07/41467616678_baselektrik.jpg)
Bas elektrik mesra alam rekaan sepasukan 30 jurutera muda lulusan universiti tempatan pertama negara diperkenalkan Sync R&D Sdn Bhd dijangka siap sepenuhnya pada Ogos tahun ini dan mula beroperasi pertengahan 2017. - Foto BERNAMA
Adik kepada Zayn Rayyan masih dalam jagaan sementara JKM
Adik kepada kanak-kanak autistik Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin masih dalam jagaan sementara Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor.
Genap 10 tahun lalu, dunia masih menunggu keadilan untuk MH17
Tarikh 17 Julai, 2024, menandakan genap 10 tahun sejak tragedi melibatkan pesawat Malaysia Airlines MH17, yang telah mengorbankan 298 nyawa, dengan 42 daripadanya adalah rakyat Malaysia.
KPDN Kelantan rampas 744 kg gula pasir kasar
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan merampas sebanyak 744 kilogram (kg) gula pasir kasar di dalam dua buah kereta ketika cuba diseludup ke Thailand, semalam.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 17 Julai 2024.
Tumpuan Khamis – 18 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
![Operasi penerbangan Thai AirAsia X berpindah ke Lapangan Terbang Don Mueang mulai 1 Okt 2024 Operasi penerbangan Thai AirAsia X berpindah ke Lapangan Terbang Don Mueang mulai 1 Okt 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721232628_TBAIRASIA.jpg)
Operasi penerbangan Thai AirAsia X berpindah ke Lapangan Terbang Don Mueang mulai 1 Okt 2024
Pengoperasian semula syarikat penerbangan itu ke Lapangan Terbang Don Mueang disifatkan sebagai 'homecoming' (sirih pulang ke gagang).
![Mahkamah Rayuan kekal keputusan lucut hak aset milik bekas Exco Johor dan lapan lagi Mahkamah Rayuan kekal keputusan lucut hak aset milik bekas Exco Johor dan lapan lagi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/71659856762_AbdulLatifBandi.jpg)
Mahkamah Rayuan kekal keputusan lucut hak aset milik bekas Exco Johor dan lapan lagi
Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan pendakwaan melucut hak aset bernilai lebih RM3.2 juta milik bekas exco Johor Datuk Abdul Latif Bandi dan lapan lagi.
10 Berita Pilihan - (17 Julai 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Mekanisme penyasaran subsidi RON95 guna data PADU sepenuhnya - Kementerian Ekonomi Mekanisme penyasaran subsidi RON95 guna data PADU sepenuhnya - Kementerian Ekonomi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51708753549_PADU.jpg)
Mekanisme penyasaran subsidi RON95 guna data PADU sepenuhnya - Kementerian Ekonomi
Menurut kementerian itu, sistem PADU adalah repositori data individu serta isi rumah warganegara dan pemastautin tetap yang berada di Malaysia.
![Rapid Bus, Volvo meterai MoU operasi percubaan bas elektrik Rapid Bus, Volvo meterai MoU operasi percubaan bas elektrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51716305276_TBRAPID.jpg)
Rapid Bus, Volvo meterai MoU operasi percubaan bas elektrik
Rapid Bus Sdn Bhd dan Volvo Buses Malaysia menandatangani MoU pelaksanaan operasi percubaan bas elektrik baharu Volvo BZL-GML Eco Range.
![Komitmen global GVT ke arah kelestarian alam Komitmen global GVT ke arah kelestarian alam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51705139100_GVTYutong.jpg)
Komitmen global GVT ke arah kelestarian alam
Bagi memperkasa sektor tenaga hijau negara, syarikat pengedar kenderaan EV tempatan, Gurun Vehicle Technologies Sdn Bhd (GVT) mengorak langkah menguasai pasaran bas elektrik.
![Operasi percubaan bas elektrik Taiping bermula 1 Mei Operasi percubaan bas elektrik Taiping bermula 1 Mei](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/61681725690_basEVMPT.jpg)
Operasi percubaan bas elektrik Taiping bermula 1 Mei
Bas elektrik (EV) Majlis Perbandaran Taiping (MPT) akan beroperasi bagi tempoh percubaan selama tiga bulan bermula 1 Mei hingga 31 Julai ini.
![Sabah lancar projek perintis bas elektrik, percuma kepada orang awam Sabah lancar projek perintis bas elektrik, percuma kepada orang awam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/81656059078_TBBUS.jpg)
Sabah lancar projek perintis bas elektrik, percuma kepada orang awam
e-BusKK dengan kapasiti sehingga 54 penumpang akan mempunyai akses yang lebih mudah untuk warga tua dan OKU atas kerusi roda.
![Penggunaan bas elektrik sokong usaha capai status neutral karbon seawal 2050 Penggunaan bas elektrik sokong usaha capai status neutral karbon seawal 2050](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/51642141629_SksbusMalaysia.jpg)
Penggunaan bas elektrik sokong usaha capai status neutral karbon seawal 2050
DBKL telah membuat tempahan 60 buah bas elektrik penuh daripada pengeluar bas, SKSBus, yang akan diperolehi secara berperingkat.
![Sabah lancar projek rintis bas elektrik hujung tahun ini Sabah lancar projek rintis bas elektrik hujung tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/71634073930_BasElektrik.jpg)
Sabah lancar projek rintis bas elektrik hujung tahun ini
Ia akan menjadi alternatif yang berdaya maju dan memastikan pengangkutan awam negeri berada di landasan yang betul.
![Projek rintis bas elektrik di Kota Kinabalu dijangka mula pertengahan tahun ini Projek rintis bas elektrik di Kota Kinabalu dijangka mula pertengahan tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/51618089705_BasElektrik.jpg)
Projek rintis bas elektrik di Kota Kinabalu dijangka mula pertengahan tahun ini
Di bawah projek itu, WHS yang juga cabang pelaburan Kerajaan Negeri Sabah, dijangka menerima 100 hingga 200 unit bas elektrik tersebut.
![Sarawak lancar perkhidmatan bas elektrik percuma Sarawak lancar perkhidmatan bas elektrik percuma](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/51614669217_baspercuma.jpg)
Sarawak lancar perkhidmatan bas elektrik percuma
Perkhidmatan Sarawak Electric City Bus (E-Bus) telah bermula sejak Februari 2019 lagi, sebagai tempoh percubaan, dengan hanya melibatkan sebuah bas.
![Medan Quantum labur RM20 juta bagi projek pembuatan bas elektrik Medan Quantum labur RM20 juta bagi projek pembuatan bas elektrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-09/71569062181_medanquantummqcar.jpg)
Medan Quantum labur RM20 juta bagi projek pembuatan bas elektrik
Pelaburan itu akan digunakan untuk menghasilkan prototaip, membeli robot (robotic arms) , komputer dan mesin berteknologi tinggi
![Bas hidrogen di Kuching bukan mimpi, tapi realiti Bas hidrogen di Kuching bukan mimpi, tapi realiti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-03/61553412926_ABGJO.jpg)
Bas hidrogen di Kuching bukan mimpi, tapi realiti
Penggunaan bas elektrik dan hidrogen di Sarawak bukan sekadar mimpi kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.