KUCHING: Sarawak hari ini melancarkan perkhidmatan bas awam yang digerakkan oleh tenaga elektrik yang pertama dalam negara. Ia selaras dengan dasar kerajaan negeri yang memberi penekanan terhadap pembangunan lestari.
Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata perkhidmatan Sarawak Electric City Bus (E-Bus) telah bermula sejak Februari 2019 sebagai tempoh percubaan melibatkan sebuah bas.
"E-Bus mendapat sambutan baik dalam kalangan pelawat serta penduduk tempatan yang memuji perkhidmatan percuma, inovatif dan tenaga hijau itu.
"Bagaimanapun dengan hanya sebuah bas, perkhidmatan itu agak terhad. Sehubungan itu bagi menyediakan perkhidmatan E-Bus yang boleh diharapkan, tepat masa, dengan kawasan liputan yang lebih luas, kementerian saya telah mengesyorkan supaya empat unit E-Bus baharu disediakan bagi perkhidmatan ini," katanya semasa berucap di majlis pelancaran perkhidmatan berkenaan hari ini.
Dengan tambahan jumlah bas, beliau berkata perkhidmatan itu kini meliputi kawasan yang lebih luas. Daripada 26 perhentian bas kepada 54 perhentian, berulang alik antara kawasan bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Pusat Hidupan Liar Semenggoh, yang merupakan destinasi popular di sini.
Abdul Karim berkata semua bas itu dilengkapi dengan teknologi terkini, seperti sistem automasi pengumuman hentian bas, sistem kawalan penyiaran kandungan tepat masa, kaunter video penumpang, di samping kemudahan kerusi roda, WIFI percuma, kamera CCTV dan ruang khusus bagi menempatkan basikal yang boleh dilipat.
"Ia juga dilengkapi dengan aplikasi yang dinamakan 'Kuching Metro' yang membolehkan pengguna bas mendapat pemantauan tepat masa lokasi bas, dan jangkaan masa ketibaan bas.
"Empat unit E-Bus yang disediakan untuk perjalanan antara bangunan DUN dan Pusat Hidupan Liar Semenggoh dijangka mempunyai tempoh masa ketibaan selang dua jam setiap bas," katanya.
Berhubung ketibaan pelancong ke Sarawak, beliau berkata jumlah pelancong domestik dijangka naik sedikit demi sedikit pada separuh tahun kedua 2021, dengan 1.1 juta pelancong dijangka tiba, membawa perolehan sekitar RM2.64 bilion.
"Pada tahun 2020, ketibaan pelawat merudum 74 peratus, kepada 1,199,872 berbanding tahun 2019 yang mencatatkan jumlah 4,662,419, disebabkan pandemik COVID-19.
"Perolehan pelancongan jatuh 75 peratus kepada RM2.88 bilion berbanding tahun 2019. Pandemik ini menjejaskan industri pelancongan dengan jumlah kerugian dianggar RM8.69 bilion," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 02 2021

Abdul Karim Rahman Hamzah (tengah) menjelaskan E-Bus dilengkapi aplikasi 'Kuching Metro' bagi membolehkan pengguna mendapat pemantauan tepat mengenai lokasi bas dan jangkaan masa ketibaan. - Foto BERNAMA
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [14 Mac 2025]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad dan Afiezy Azaman
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu kerja keras bina masa depan Malaysia
MCMC sedia kerjasama dengan KKM tangani ketagihan media sosial luar biasa
SPRM sambung rakam keterangan Ismail Sabri hari ini
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu kerja keras bina masa depan Malaysia
MCMC sedia kerjasama dengan KKM tangani ketagihan media sosial luar biasa
SPRM sambung rakam keterangan Ismail Sabri hari ini

Zelenskyy kecam kenyataan ‘manipulatif’ Putin mengenai gencatan senjata
Putin sebetulnya sedang "bersedia untuk menolak" tetapi takut untuk menyatakannya kepada Presiden Trump bahawa beliau mahu meneruskan perang, dakwa Zelenskyy.

Tiga penyamun warga asing ditembak mati selepas serang polis
Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi, sepasukan polis menerima maklumat berhubung kejadian pecah rumah di kawasan berkenaan.

Tidak pernah terlintas di hati bubar pasukan atau keluar liga - KDA FC
Mohd Daud berkata, pihak pengurusan sedang giat memastikan semua syarat Perlesenan Kelab Liga Malaysia Football League dipenuhi.

STEM 70 peratus: Persatuan pelajar mahu kajian diadakan terlebih dahulu
Sebarang perubahan dalam sistem pendidikan harus bersifat inklusif, holistik dan berasaskan keperluan sebenar negara serta minat pelajar.

Alibaba naik taraf aplikasi AI Quark untuk pengalaman lebih baik buat pengguna
Ia memperkenalkan keupayaan dipertingkat, termasuk chatbot AI, penyelidikan mendalam, penaakulan lanjutan dan pelaksanaan tugas.
Armenia, Azerbaijan setuju tamatkan 40 tahun konflik
Armenia dan Azerbaijan umum mereka telah bersetuju dengan teks perjanjian damai bagi menamatkan hampir empat dekad konflik antara kedua-dua negara di rantau Caucasus Selatan.
Putin sokong gencatan senjata AS, tapi letak syarat
Presiden Rusia, Vladimir Putin, menyatakan sokongan secara prinsip terhadap cadangan gencatan senjata oleh Amerika Syarikat (AS) dalam konflik Ukraine.
Trump mahu AS kuasai Greenland, cetus ketegangan antarabangsa
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, meningkatkan usahanya untuk menguasai Greenland dengan alasan kepentingan keselamatan antarabangsa.
Syria kekalkan hukum Islam sebagai asas perundangan
Syria mengekalkan hukum Islam sebagai sumber utama undang-undang dalam deklarasi perlembagaan baharu, yang turut menjamin hak wanita dan kebebasan bersuara sepanjang tempoh peralihan lima tahun selepas kejatuhan Bashar al-Assad.

Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, selatan Semenanjung bermula Selasa
Sabah, Sarawak dan selatan Semenanjung berpotensi menghadapi fenomena hujan berterusan bermula 18 hingga 21 Mac ini.

AirBorneo: Sarawak bakal peroleh model pesawat jenis ATR 72-600 baharu
Sarawak telah membuat persiapan untuk memperoleh model pesawat ATR 72-600 yang baharu bagi operasi perkhidmatan udara luar bandar (RAS) di negeri itu.

Butiran mengenai pendidikan tinggi percuma di Sarawak diketahui Nov
Inisiatif ini bertujuan mengukuhkan tenaga kerja dalam bidang STEM, undang-undang, dan perakaunan.

Sarawak mula dilanda banjir, situasi di Sabah semakin buruk
Di Sarawak, 35 penduduk dari empat kampung di Trusan, Lawas dipindahkan ke PPS yang dibuka di Dewan Trusan hari ini.

Batik Air tawar penerbangan tambang tetap ke Sabah, Sarawak sempena Aidilfitri
Loke berkata inisiatif berkenaan menyediakan pilihan perjalanan yang adil, telus dan berpatutan semasa kemuncak waktu perayaan.

Sembilan pakej LPB Sarawak Fasa 1 siap, dibuka kepada pengguna jalan raya
Status kemajuan Projek Lebuhraya Pan Borneo (LPB) Sarawak Fasa 1 melibatkan sembilan pakej sepanjang 641 kilometer (km), telah siap sepenuhnya.

Sarawak dan Huawei meterai MOU pacu transformasi digital
MOU juga bertujuan menjalin kerjasama untuk memodenkan rangkaian penghantaran bagi menyokong teknologi 5G dan inovasi masa depan di Sarawak.

AirBorneo akan muktamad penjenamaan, adakan pertandingan cipta logo
AirBorneo, syarikat penerbangan milik negeri Sarawak sedang memuktamadkan penjenamaannya, termasuk mengadakan pertandingan mencipta logo yang akan dibuka kepada orang ramai.

Sarawak teroka penubuhan Taman Perindustrian Aeroangkasa - Abang Johari
Sarawak sedang meneroka penubuhan Taman Perindustrian Aeroangkasa bagi mengukuhkan kedudukannya sebagai hab pengeluaran komponen aeroangkasa bernilai tinggi.

Petronas terbuka kerjasama dengan Petros, tunggu perincian
Petroliam Nasional Bhd (Petronas) kekal terbuka untuk bekerjasama dengan Petroleum Sarawak Bhd (Petros).