KUALA LUMPUR: Seorang jurutera didenda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana menghalang tugas anggota polis dengan enggan mengemukakan dokumen pengenalan diri dan mengeluarkan kata-kata kasar berunsur provokasi, tiga hari lepas.
Majistret S. Mageswary menjatuhkan hukuman itu terhadap B. Karthikeyan, 31, yang mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut dan memerintahkannya menjalani hukuman penjara sebulan sekiranya gagal membayar denda.
Tertuduh didakwa menghalang Inspektor KV. Suresh daripada menjalankan tugas dengan enggan mengemukakan dokumen pengenalan diri dan mengeluarkan kata-kata kasar berunsur provokasi yang berbunyi, "Eh, you poliskan. U check la sendiri" semasa ditanya mengenai laporan polis yang pernah dibuat.
Kesalahan itu dilakukan di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields pada jam 5 pagi, Sabtu lepas mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen sama yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya, B. Sareeka memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh agar tidak melakukan kesalahan sama.
Peguam SK Loges yang mewakili Karthikeyan memohon hukuman denda yang rendah kerana anak guamnya menanggung keluarga dan insaf serta kesal atas perbuatan dilakukan.
" Pengalaman direman selama tiga hari juga telah memberi pengajaran kepada anak guam saya," katanya dan menambah anak guamnya tidak mempunyai rekod kesalahan lampau.
Di mahkamah sama, Karthikeyan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri untuk pemeriksaan pihak polis, di lokasi dan tarikh yang sama.
Pertuduhan dikemukakan di bawah Peraturan 25 (1) (N) Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 yang membawa hukuman maksimum tiga tahun penjara atau denda maksimum RM20,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Mageswary membenarkan Karthikeyan diikat jamin RM800 dengan seorang penjamin dan menetapkan 21 Mac ini untuk sebutan kes bagi serahan dokumen.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 20 2024
Seorang jurutera didenda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret hari ini kerana menghalang tugas anggota polis dengan enggan mengemukakan dokumen pengenalan diri dan mengeluarkan kata-kata kasar berunsur provokasi, tiga hari lepas. - Gambar hiasan
Banjir: Mangsa di Johor terus meningkat
Jumlah mangsa terus meningkat di Johor selepas Johor Bahru menjadi daerah terkini dilanda bencana alam itu.
Menggali fosil dinosaur: Kisah pengembaraan Rummy, ahli paleontologi dari Malaysia
Dia individu sebenar yang tidak kisah mengotorkan tangannya, berjemur di bawah terik mentari demi mencari makhluk yang telah dilupakan ini.
Pekerja Sri Lanka kirim lebih AS$6.57 bilion pada 2024
Rakyat Sri Lanka yang bekerja di luar negara mengirim pulang lebih AS$6.57 bilion pada 2024, meningkat 10.1 peratus berbanding 2023.
Produktiviti buruh kunci pertumbuhan ekonomi Indonesia - Menteri
Menurut Yassierli, program skilling direka untuk melengkapkan pencari kerja dan siswazah baharu.
Australia Selatan larang iklan makanan rapu di pengangkutan awam
Larangan itu, yang akan berkuat kuasa mulai 1 Julai 2025, melibatkan pengharaman imej produk tidak sihat.
Penerbangan Moscow-Dubai UTair berpatah balik kerana kemungkinan masalah teknikal
Syarikat penerbangan Rusia, UTair, pada Sabtu memaklumkan bahawa pesawatnya yang sedang dalam penerbangan dari Moscow ke Dubai telah berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Vnukovo selepas men
Sembilan pekerja ladang terhidu racun serangga di Kinabatangan
Sembilan pekerja di sebuah ladang sawit di Kinabatangan dikejarkan ke hospital selepas disyaki terhidu racun serangga pada Sabtu.
Terbuka Malaysia: Impian wakil tunggal negara di final tidak kesampaian
Pemain Malaysia terakhir yang berjaya melangkah ke final dan memenangi Terbuka Malaysia adalah Datuk Lee Chong Wei pada 2018.
Terbuka Malaysia: Aksi ulangan final Antonsen-Yu Qi
Tahun lepas, Antonsen menumpaskan jaguh China itu dalam straight set 21-14, 21-13 di pentas final.
Kembar karate Terengganu tekad cipta kejayaan pada debut Sukan SEA
Pasangan kembar berusia 19 tahun itu mendapat tawaran ke skuad kebangsaan selepas hanya dua tahun mempelajari karate.
Doktor gigi, jurutera rugi ratusan ribu jadi mangsa 'scam'
Mangsa yang terperdaya telah memasukkan wang melalui 15 transaksi ke sembilan akaun suspek yang berbeza sebelum mangsa membuat laporan polis.
MARii latih 1,253 jurutera bagi martabatkan Malaysia sebagai hab automotif ASEAN
Jumlah itu termasuk 482 jurutera yang menyempurnakan program 50 hari pada 2024, melibatkan lebih 120 syarikat pengangkutan dan mobiliti.
Jurutera Keizrul Abdullah sifatkan pembinaan Terowong Smart ‘hadiah’ terbesar buat negara
Pengerusi Wetlands International Malaysia sifatkan sumbangan idea dalam pembinaan projek Terowong SMART, sebagai 'hadiah' terbesar beliau buat negara.
Jurutera didenda RM1,500 halang tugas pegawai polis
Tertuduh didakwa enggan mengemukakan dokumen pengenalan diri dan mengeluarkan kata-kata kasar berunsur provokasi.
Fadillah dikurnia Anugerah Felo Kehormat IEM
Anugerah diberikan kepada individu terbilang yang memberi sumbangan besar dan perkhidmatan cemerlang kepada profesion kejuruteraan.
China sasar jayakan misi manusia mendarat di bulan menjelang 2030
China menyasarkan untuk menyempurnakan misi pendaratan manusia di Bulan menjelang 2030, menurut Agensi Angkasa Bermanusia China (CMSA).
Malaysia perlu lebih ramai jurutera bantu pembangunan negara mampan - MOSTI
Malaysia memerlukan lebih ramai jurutera untuk membantu negara mencapai Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke arah membina masa depan lebih mampan.
Jurutera didakwa gubah wang haram, tipu, rasuah babit RM131,600
Tertuduh mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Rozina Ayob, Hakim Azura Alwi dan Hakim Suzana Hussin.
Kerajaan pandang serius isu gaji permulaan jurutera yang rendah - Ismail Sabri
Kerajaan memandang serius isu gaji permulaan jurutera yang rendah kerana ia mampu menjejaskan minat golongan muda menceburi profesion itu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
'Arwah pernah luah hasrat pulang ke kampung jaga ayah' - Kakak
"Arwah pernah meluahkan hasrat ingin berhenti kerja dan pulang ke kampung untuk menjaga ayah yang menghidap penyakit lelah kronik".