Seorang jurujual wanita maut setelah kenderaannya terbabas dan terbalik dalam kemalangan di Kilometer 24.8 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur berhampiran Gunung Panjang pada lewat malam Jumaat.
Dalam kejadian sekitar 11.55 malam itu, Soo Pooi Min,32, yang memandu kenderaan jenis Perodua Axia dipercayai hilang kawalan dan terbabas dalam insiden yang meragut nyawanya itu.
Ketua Polis Daerah Kampar, Supt Ng Kong Soon berkata mangsa dipercayai menuju ke Kampar dari arah Gopeng sebelum hilang kawalan secara tiba-tiba di lokasi kejadian.
"Kenderaan mangsa masuk ke dalam laluan bertentangan dan pada masa sama sebuah kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux datang dari arah Kampar.
"Hilux itu kemudian melanggar bahagian sisi kiri kenderaan mangsa dan menyebabkan terbalik serta-merta.
"Mangsa kemudian tersepit dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya kepada pemberita.
Kong Soon berkata mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Kampar untuk dibedah siasat sekitar jam 9 pagi Sabtu.
Jelas beliau, keadaan jalan sewaktu kejadian adalah lurus dan cuaca juga baik manakala kenderaan mangsa akan dibawa ke Puspakom bagi tujuan pemeriksaan lanjut.
"Tiada tangkapan dilakukan dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,"ujarnya lagi.
Nazialita Geynna Maharan
Sat Jun 17 2017
Mangsa dipercayai menuju ke Kampar dari arah Gopeng sebelum hilang kawalan secara tiba-tiba di lokasi kejadian. - Astro AWANI
Meneruskan warisan 150 tahun periuk tanah
Di sebalik keindahan periuk tanah liat yang digunakan untuk memasak ponggal atau nasi manis, ada seni dan dedikasi yang diwarisi sejak turun-temurun.
Mengangkat kebaya, memartabatkan warisan bangsa
Menjadi salah satu jenama yang diberi kepercayaan untuk mengetengahkan pakaian kebaya ke UNESCO..
Pengarah Urusan Bahari Asyek, Zahalina Ab Rahman melihat ini sebagai peluang untuk membawa lebih banyak koleksi kebaya ke perhatian masyarakat pada syawal tahun ini.
Pengarah Urusan Bahari Asyek, Zahalina Ab Rahman melihat ini sebagai peluang untuk membawa lebih banyak koleksi kebaya ke perhatian masyarakat pada syawal tahun ini.
[TERKINI] Tambah peruntukan kepada RM30 juta untuk pembangunan bola sepak
Kerajaan tambah peruntukan kepada RM30 juta khusus pembangunan sukan bola sepak.
PETRA serah enam projek siap bernilai RM186.1 juta kepada Johor
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) hari ini menyerahkan enam projek siap bernilai RM186.1 juta kepada kerajaan Johor.
PM bawa misi Malaysia ke UAE
Lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) merupakan peluang keemasan bagi Malaysia menguar-uarkan kepengerusian ASEAN kepada khalayak lebih ramai.
Konsert Pinkfish: Polis tunggu laporan toksikologi, rakam keterangan 50 individu
Polis masih menunggu laporan analisis toksikologi tujuh mangsa yang disyaki mengambil pil ecstasy semasa menghadiri konsert Pinkfish di Bandar Sunway pada 31 Disember lalu.
UAE destinasi pertama Anwar bawa misi Malaysia
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan siri lawatan ke beberapa negara dengan perjalanan pertamanya ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) hari ini.
Ia bagi menghadiri Abu Dhabi Sustainability Week atas jemputan Naib Presiden dan Perdana Menteri UAE merangkap pemerintah dubai, Sheikh Mohammed Rashid Al Maktoum.
Ia bagi menghadiri Abu Dhabi Sustainability Week atas jemputan Naib Presiden dan Perdana Menteri UAE merangkap pemerintah dubai, Sheikh Mohammed Rashid Al Maktoum.
Polis rampas 137 laras senjata tiruan, tahan 10 individu
Sepuluh individu termasuk tujuh wanita ditahan manakala 137 laras senjata tiruan dirampas dalam serbuan di lima premis menjual barang mainan di kawasan Kuching dan Samarahan, semalam.
KPT sahkan 14 pelajar Malaysia terkesan
Kementerian Pendidikan Tinggi mengesahkan 14 pelajar Malaysia terkesan insiden kebakaran di Los Angeles, Amerika Syarikat
Hanya mampu selamatkan bapa sakit kronik
Tinjauan menemui salah satu mangsa banjir iaitu pemilik bengkel yang hanya mampu menyelamatkan bapanya yang sakit kronik.
Jurujual wanita maut kereta terbabas
Dalam kejadian sekitar 11.55 malam itu, Soo Pooi Min,32, yang memandu kenderaan jenis Perodua Axia dipercayai hilang kawalan dan terbabas dalam insiden yang meragut nyawanya itu.