Jumlah sebenar pendatang asing tanpa izin (PATI) di Sabah tidak diketahui kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Azis Jamman.
Katanya, tindakan PATI itu yang memasuki negeri ini melalui 'laluan-laluan tikus' dan tidak direkodkan menyebabkan data sebenar jumlah mereka di negeri ini sukar diperolehi.
Menurut Azis, sejajar dengan situasi berkenaan, operasi yang dijalankan oleh Jabatan Imigresen Malaysia dalam membanteras dan memburu PATI di negeri ini wajar diperkasakan bagi mengelakkan jumlah mereka terus bertambah.
"Bila bercakap soal PATI ini kita pun tahu mereka ini masuk ke Sabah secara tidak sah dan tidak direkodkan, sebab itu kita tidak mengetahui jumlah sebenar PATI yang berada di Sabah.
"Sebab itu kita lakukan operasi untuk menangkap mereka, jika mereka masuk ke negeri ini melalui cara yang tidak sah, kita akan buru dan tangkap mereka serta mengusir mereka balik ke negara asal," katanya. selepas operasi Penguatkuasaan Jabatan Imigresen Negeri Sabah, malam tadi.
Dalam operasi yang dijalankan di Rumah Setinggan Kampung Gentisan, Sepanggar dan Kampung Baru Tanjung Aru itu seramai 640 orang telah diperiksa dan seramai 58 orang telah ditahan kerana tidak memiliki dokumen.
Sementara itu, menurut Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali, sejak awal tahun sehingga kini, pihak Imigresen telah melaksanakan hampir 10,000 operasi di seluruh negara dan hampir 30,000 orang PATI telah ditangkap.
Tambah Mustafar, seramai 880 orang majikan juga telah ditangkap sepanjang operasi berkenaan kerana mengambil pekerja asing secara tidak sah sebagai pekerja.
"Dalam operasi yang kita lakukan sejak awal tahun ini, operasi yang kita telah jalankan adalah hampir 10,000 dan dalam operasi berkenaan hampir 30,000 orang PATI telah ditangkap," katanya.
Ruzaini Zulkepli
Mon Sep 03 2018
Wanita berkemban ini antara yang diperiksa dalam operasi operasi Penguatkuasaan Jabatan Imigresen Negeri Sabah, malam tadi.
Tumpuan Rabu – 27 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Banjir di Kelantan memburuk, Terengganu beransur pulih, Johor kekal setakat 8 malam
Situasi banjir di Kelantan bertambah buruk manakala Terengganu beransur pulih dan Johor pula tiada perubahan setakat 8 malam ini.
Banjir: 13 kawasan berbukit dikenal pasti lokasi perpindahan penduduk Gua Musang
Ia merupakan usaha agensi kerajaan dan keselamatan di jajahan Gua Musang dalam melakukan kesiapsiagaan sekiranya berlaku banjir besar kali ini.
ACLE: JDT tewas tipis 0-1 kepada Shandong Taishan
Separuh masa pertama perlawanan menyaksikan insiden kad kuning mewarnai aksi JDT di atas padang.
Enam individu ditahan disyaki terlibat kes curi Ferrari di pusat cuci kereta
Susulan penangkapan itu, polis turut merampas empat buah kereta iaitu Ferrari, Naza Suria dan dua kereta jenis BMW.
Papan tanda: Hormati peraturan sedia ada - Abdul Karim
Semua pihak diminta untuk menghormati peraturan serta undang-undang sedia ada mengenai penggunaan bahasa tertentu pada papan tanda.
JBPM dilantik ILB bantu pacu sektor kebombaan negara
JBPM dilantik sebagai Badan Peneraju Industri (ILB) bagi industri kebombaan oleh JPK berkuat kuasa Julai lepas hingga Disember 2027.
10 Berita Pilihan - (26 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kemboja kini destinasi pelaburan yang kompetitif di ASEAN, kata PM Hun Manet
Kemboja menikmati keamanan dan kestabilan politik yang merupakan faktor penting, manakala kerajaan negara itu mengamalkan dasar ekonomi yang paling terbuka dan bebas di Asia.
Populasi panda raksasa peliharaan di dunia cecah 757 ekor
China telah menubuhkan 67 rizab alam semulajadi panda raksasa dan Taman Negara Panda Raksasa, merangkumi kawasan seluas 2.58 juta hektar.
Armizan tiada masalah debat dengan Azis Jamman
Katanya, debat berkaitan isu JKK MA63 harus menerusi platfom secara bersemuka bagi memastikan ia berlangsung dengan adil.
Pembentukan Kabinet: Semua pihak perlu hormati keputusan PM - Warisan
Semua pihak perlu menghormati barisan Kabinet Kerajaan Malaysia yang dibentuk oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Azis Jamman sokong tindakan SLS, akan bawa isu geran khas Sabah ke Dewan Rakyat
Datuk Azis Jamman akan membawa pemberian khas 40 peratus kepada Sabah ke Sidang Dewan Rakyat Julai depan.
Azis Jamman dipanggil polis, Ahli Parlimen pembangkang bangkit peraturan mesyuarat
Ahli-ahli Parlimen pembangkang tidak faham kenapa hak dan keistimewaan Ahli Parlimen semasa berucap di Parlimen diremehkan.
Azis Jamman 'amuk', dedah helah perbelanjaan di Sabah
Azis Jamman menyenaraikan peruntukan yang tidak digunakan sewajarnya termasuk melibatkan projek bekalan air bersih, elektrik dan jalan raya.
'Kerjasama Warisan-PBS hanya andaian penyokong'
Azis berkata isu itu timbul selepas temu ramah menerusi satu forum melibatkan Datuk Darell Leiking dan Datuk Seri Bung Moktar Radin sebagai panel.
'Kita Unite' mahu promosikan kesatuan dalam blok pembangkang - Azis Jamman
Gerakan 'Kita Unite' yang disertai 11 ahli parlimen pembangkang adalah untuk mempromosikan kesatuan (unity) dalam kalangan pemimpin blok itu.
Sabah Memilih: Shafie ada resipi terbaik agih kerusi dalam kalangan muka baharu
Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal akan mengumumkan jumlah pengagihan kerusi di antara rakan sekutu dalam tempoh terdekat ini.
Pemimpin Wirawati Warisan Sepanggar keluar parti, dakwa 9 cawangan ditutup
Ketua Wirawati Warisan Sepanggar Raisa Abd Ghaffur juga mendakwa keputusan itu menyebabkan sembilan daripada 81 cawangan di cabang berkenaan ditutup.
Pindaan SOSMA bukan dalam sidang Parlimen kali ini - Azis Jamman
Pindaan kepada Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) tidak akan dibentangkan dalam persidangan Dewan Rakyat kali ini