KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Mohd Azis Jamman menyokong tindakan Pertubuhan Undang-Undang Sabah (SLS) memfailkan semakan kehakiman terhadap Kerajaan Persekutuan mengenai isu pemberian khas 40 peratus kepada Sabah.
Menurutnya, beliau akan membawa isu tersebut untuk dibahaskan pada persidangan Dewan Rakyat.
“Saya sokong tindakan SLS sebab saya adalah ahli parlimen yang pertama membangkitkan isu ini di Parlimen apabila Kementerian Kewangan (MOF) buat pertama kalinya mendedahkan warta rahsia yang diberikan kepada saya setelah dua menteri memberikan jawapan bercanggah berkenaan hak Sabah berkaitan tuntutan 40 peratus hasil yang dikutip Kerajaan Persekutuan dari negeri.
“Di dalam sidang yang akan datang, saya akan membangkitkan sekali lagi isu ini kerana sehingga ke hari ini, MOF masih tidak memberikan maklum balas kepada pertanyaan saya di hari terakhir sesi Parlimen yang lepas," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Tambah Azis, perjuangan menuntut hak Sabah wajar dilakukan merentasi batasan politik kerana ia melibatkan soal hak dan kepentingan masa depan rakyat Sabah.
"Ini hak kita dan kita wajar pertahankannya bersama. Jangan sesekali tunduk kepada ‘political master’ di Putrajaya,” katanya.
Persatuan Undang-Undang Sabah (SLS) pada Khamis memfailkan satu semakan kehakiman ke atas isu pemberian khas peruntukan 40 peratus kepada Sabah di bawah Perlembagaan Persekutuan.
Permohonan itu difailkan firma guaman J Marimuttu and Partners yang menamakan Kerajaan Persekutuan sebagai responden.
Berikutan pengumuman pada 14 April mengenai persetujuan dicapai antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah, SLS memohon satu pengisytiharan antaranya bahawa kegagalan Kerajaan Persekutuan untuk melakukan kajian semula kedua dalam 1974 dengan kerajaan negeri merupakan satu kemungkiran dan menyalahi tanggungjawabnya di bawah Perkara 112D, Klausa (1), (3) dan (4) Perlembagaan Persekutuan.
Pada April lalu, Kerajaan Persekutuan bersetuju menaikkan pemberian khas kepada negeri Sabah menerusi pemberian khas baharu sebanyak 4.7 kali ganda daripada RM26.7 juta kepada RM125.6 juta bagi tahun 2022.
Amaun itu juga akan terus meningkat setiap tahun bagi tempoh 2023-2026 mengikut kadar kenaikan yang dipersetujui bersama.
Menerusi kenyataan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor persetujuan ini merupakan satu petanda penting memandangkan kali terakhir kajian semula berkenaan dibuat pada 1969.
Abdul Hafiz Mustadi
Sat Jun 11 2022
Menurutnya, beliau akan membawa isu tersebut untuk dibahaskan pada persidangan Dewan Rakyat.
#AWANIRingkas 6 Oktober 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 6 Oktober 2024
1️⃣ Keperluan tenaga boleh baharu
2️⃣ Menjelang Belanjawan 2025
3️⃣ Banjir di Perak dan Selangor
#awaniringkas
1️⃣ Keperluan tenaga boleh baharu
2️⃣ Menjelang Belanjawan 2025
3️⃣ Banjir di Perak dan Selangor
#awaniringkas
KPT akan pastikan capaian internet di IPTA berada di tahap tertinggi - Zambry
KPT sedang berusaha memastikan capaian Internet di semua IPTA berada pada tahap tertinggi.
AWANI Ringkas: Keperluan tenaga boleh baharu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Enam rakyat Malaysia selamat tiba dari Lubnan, jumlah keseluruhan kini 17 orang dievakuasi
Wisma Putra dalam kenyataan segera memaklumkan, seramai enam orang lagi turut dijadualkan tiba di Malaysia malam ini.
Bekas gabenor New York, anak tiri diserang empat individu
Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka serta badan dan dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.
Tentera AS lancar serangan di bandar Yaman
AS menyerang 15 sasaran Houthi di kawasan yang dikawal oleh kumpulan yang disokong Iran itu.
Korea Selatan pindahkan 97 rakyatnya dari Lubnan
Kementerian Luar Korea Selatan maklumkan, kesemua mereka tiba di Korea Selatan pada petang Sabtu.
Pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula 23 September lalu.
[LAPOR LANGSUNG] Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Laporan Al Jazeera menyebut, jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
Azis Jamman sokong tindakan SLS, akan bawa isu geran khas Sabah ke Dewan Rakyat
Datuk Azis Jamman akan membawa pemberian khas 40 peratus kepada Sabah ke Sidang Dewan Rakyat Julai depan.
Kerajaan Sabah ambil maklum semakan kehakiman SLS terhadap geran khas 40 peratus
Kerajaan Sabah mengambil maklum mengenai permohonan Persatuan Undang-Undang Sabah (SLS) bagi semakan kehakiman berhubung isu pemberian khas peruntukan 40 peratus kepada Sabah
Geran Khas Sabah kenaikan terkini lebih baik berbanding Kerajaan PH - Ongkili
Geran khas baharu untuk Sabah meningkat 4.7 kali ganda daripada RM26.7 juta kepada RM125.6 juta bagi 2022.