Jumlah penumpang harian Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK) telah melepasi paras 140,000 dengan angka semalam mencatatkan sejumlah 142,313 penumpang.
Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail Datuk Zohari Sulaiman berharap rakyat Malaysia terutama yang tinggal di Kuala Lumpur dan Selangor akan terus menggunakan pengangkutan awam sebagai pilihan dan tidak lagi memandu kenderaan sendiri untuk memasuki bandar.
"Jumlah penumpang harian adalah paling tinggi pada minggu hari bekerja. Dalam kes ini, kita mencatatkan 142,313 pada hujung minggu, pada hari Sabtu. Berdasarkan laporan hari ini daripada kakitangan peringkat bawahan, kita bakal mencacatkan bilangan tertinggi penumpang hari ini," kata beliau dalam satu kenyataan.
Ketika melancarkan Fasa Dua MRT Laluan Sungai Buluh-Kajang pada 17 Julai, Perdana Menterti Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan tambang percuma perjalanan antara Kajang dan Muzium Negara pada hari tersebut, sekali gus mencatatkan kira-kira 100,000 penumpang menggunakan MRT pada hari itu.
Perdana Menteri juga mengumumkan diskaun 50 peratus tambang untuk semua perjalanan MRT dan perkhidmatan rel lain Rapid KL - LRT Laluan Kelana Jaya, LRT Laluan Ampang, LRT Laluan Sri Petaling dan perkhidmatan monorel sehingga Hari Merdeka pada 31 Ogos.
"Kita mencatatkan jumlah penumpang harian sebanyak 90,409 pada 18 Julai dan meningkat kepada 96,887 penumpang pada 19 Julai . Kita mencatatkan 95,009 penumpang pada 20 Julai dan kita melepasi angka 100,000 pada Jumaat, 21 Julai dengan jumlah penumpang harian mencatatkan 110,782 dan semalam mencatatkan 142,313 penumpang," kata Zohari.
"Sememangnya, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada penumpang atas sokongan mereka. Kami benar-benar berharap mereka akan terus menggunakan rangkaian pengangkutan awam Rapid Rail merangkumi LRT Laluan Kelana Jaya, LRT Laluan Ampang, LRT Laluan Sri Petaling , perkhidmatan Monorel dan MRT Sungai Buloh-Kajang, yang dikendalikan oleh Rapid KL," kata beliau.
Fasa Satu MRT Laluan Sungai Buloh-Semantan dilancarkan pada 15 Dis tahun lepas dan beroperasi pada hari berikut dengan mencatatkan jumlah penumpang harian 15,000.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 23 2017

Penumpang MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK) telah melepasi paras 140,000 dengan angka semalam mencatatkan sejumlah 142,313 penumpang.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Laluan udara baharu hubungkan Xi'an dengan Malaysia
Perkhidmatan penerbangan harian baharu yang menghubungkan Xi'an, China dengan Kuala Lumpur dibuka secara rasmi pada Ahad.

Fokus timba ilmu, henti bergaduh perkara remeh - PM Anwar
Kata Anwar, dunia kini menumpukan pada usaha mengangkat ekonomi, kemudahan teknologi baharu bagi mendepani masa depan yang mencabar.

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Peningkatan mendadak kanser hati di Malaysia cetus kebimbangan, hati berlemak punca utama
Peningkatan mendadak kes kanser hati di Malaysia telah mencetuskan kebimbangan serius dalam kalangan pakar kesihatan, dengan penyakit hati berlemak menjadi penyebab utama.

Malaysia, Bahrain bersedia teroka bidang kerjasama baharu - PM Anwar
Malaysia dan Bahrain bersedia untuk meneroka bidang kerjasama baharu termasuk dalam sektor semikonduktor, berikutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik kedua-dua negara tahun lepas.

Pelan Hala Tuju Gas Asli: Ini 4 cabaran utama pelaksanaan
Pelaksanaan Pelan Hala Tuju Gas Asli yang berkesan memerlukan keseimbangan dan pendekatan kolaboratif bagi menangani cabaran utama dalam industri ini.

Apa peluang dagangan baharu untuk Thailand dan Malaysia?
Malaysia dan Thailand memiliki kelebihan tersendiri dalam sektor tertentu yang boleh saling melengkapi.

Malaysia kekal pendirian berkecuali, tidak babit dalam saingan kuasa besar - PM Anwar
Anwar berkata Malaysia juga menolak sebarang tekanan ekonomi dan tindakan unilateral yang boleh menjejaskan kestabilan serantau.

Diplomasi Filem ASEAN: Merentas sempadan - Dari Putrajaya ke Nusantara
BCCIC percaya kerjasama di antara negara mampu memposisikan jenama Borneo dalam peta dunia perfileman, berasaskan ciri-ciri tempatan yang unik dan istimewa.

CAAM pacu pendigitalan untuk masa depan ruang udara lebih selamat
CAAM terus memperkasakan kedudukannya sebagai pengawal selia proaktif dalam industri penerbangan awam menerusi pelaksanaan Pelan Strategik Pendigitalan (DSP) 2024-2028.