Lapan puluh peratus daripada perniagaan di Malaysia kini mempunyai sekurang-kurangnya seorang wanita dalam pasukan pengurusan kanan mereka berbanding purata global sebanyak 75 peratus, demikian menurut Laporan Tahunan Wanita dalam Perniagaan Grant Thornton International Ltd.
Peratusan wanita dalam pengurusan kanan telah meningkat kepada 28 peratus tahun ini berbanding 24 peratus pada 2017 - angka tertinggi sejak 2011.
Di peringkat global, lebih banyak perniagaan mengambil sekurang-kurangnya seorang wanita dalam pasukan pengurusan kanan mereka.
Dalam satu kenyataan, firma khidmat audit dan penasihat itu berkata 75 peratus perniagaan mempunyai sekurang-kurangnya seorang wanita dalam pasukan pengurusan kanan tahun ini berbanding 66 peratus pada 2017.
Bagaimanapun, wanita hanya membentuk 24 peratus daripada pengurusan kanan berbanding 25 peratus sebelum ini.
"Walaupun positif mempunyai bilangan wanita pada kedudukan yang lebih kanan di lebih banyak perniagaan, agak mengecewakan bahawa jumlahnya secara menyeluruh masih kecil.
"Ini menunjukkan perniagaan menumpukan perhatian hanya untuk memenuhi syarat dengan mengorbankan kemajuan sebenar yang bermakna mereka tidak akan mendapat manfaat daripada kepelbagaian jantina yang sebenar," kata Pengarah Urusan Teknikal Korporat Grant Thornton Malaysia, Silvia Tan.
Beliau berkata perlu ada tindakan melepasi dasar dan memberi tumpuan kepada kepimpinan dan budaya peranan penting dalam mewujudkan kemajuan dalam keseimbangan jantina.
Data Grant Thornton menunjukkan bahawa dasar kesaksamaan jantina tersebar luas di Malaysia dengan 82 peratus perniagaan memberikan gaji yang sama kepada lelaki dan wanita yang melakukan kerja yang sama dan 66 peratus melaksanakan dasar tidak diskriminasi untuk pengambilan pekerja.
Langkah yang menyokong ibu bapa yang bekerja juga popular dalam kalangan perniagaan, termasuk cuti bersalin bergaji (42 peratus) dan jam fleksibel (24 peratus).
Laporan itu juga berkata syarikat-syarikat di Malaysia bermotivasi untuk memperkenalkan dasar kesaksamaan jantina terutama untuk menarik dan mengekalkan pekerja (73 peratus), meningkatkan prestasi syarikat (73 peratus), memenuhi nilai organisasi (73 peratus), memenuhi jangkaan masyarakat yang lebih luas (58 peratus) dan mengikuti visi kepimpinan kanan (51 peratus).
Di peringkat global, bilangan perniagaan dengan wanita dalam pengurusan kanan, didorong oleh ekonomi pesat membangun seperti Afrika (89 peratus perniagaan mempunyai sekurang-kurangnya seorang wanita dalam pengurusan kanan) dan Eropah Timur (87 peratus).
Menurut laporan itu, ekonomi sedang pesat membangun juga menyaksikan bilangan wanita paling tinggi dalam jawatan kanan, termasuk ASEAN (39 peratus), Amerika Latin (30 peratus) dan Afrika (30 peratus).
Laporan Wanita dalam Perniagaan diterbitkan bersempana Hari Wanita Antarabangsa 2018.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 08 2018
Wanita hanya membentuk 24 peratus daripada pengurusan kanan berbanding 25 peratus sebelum ini. - Gambar hiasan
Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, liputan sistem kumbahan - Fadillah
Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, tingkatkan liputan sistem kumbahan - Fadillah
Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel
Seorang warga Thailand mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Alor Setar atas pertuduhan menyeleweng 322 liter minyak diesel.
Lilitan reben putih tak langgar peraturan - Timbalan Speaker
Ramli berkata, perkara itu juga adalah merupakan keputusannya dan bukan dibuat oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.
Kos pampasan tanah fasa 1B proses projek LPB Sabah RM1.2 bilion - Alexander
Anggaran kos pengambilan balik tanah bagi keseluruhan Fasa 1B proses pengambilan tanah dan penilaian pampasan tanah bagi Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah (LPB Sabah) berjumlah RM1.2 bilion.
KR sedia tambah baik SOP pembinaan lebuhraya
Alaxender berkata kementerian bersedia untuk mendedahkan laporan kajian insiden jika ia melibatkan kemalangan berskala besar dan meragut nyawa.
Reman suspek kes keropok beracun disambung dua hari
Tempoh reman terhadap seorang pemilik kebun disambung selama dua hari, bagi membantu siasatan kematian dua kanak-kanak yang meninggal dunia akibat makan keropok beracun.
KPM alukan pesara guru ajar Bahasa Inggeris
Jelas Fadhlina Sidek pesara-pesara guru telah banyak membantu usaha KPM dalam meningkatkan PdP bahasa Inggeris termasuk melalui Program Highly Immersive Programme Mentor (HIP Mentor).
Tidak perlu lagi kemas kini status COVID-19 dalam MySejahtera - KKM
Jika positif COVID-19 melalui ujian kendiri, pesakit boleh mengunjungi klinik dan hospital berdekatan bagi mendapatkan pengesahan.
Mayat hampir reput dijumpai di rumah usang
Mayat hampir reput ditemui di sebuah rumah usang di Kesang Laut, berdekatan pusat timbang Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada Ahad.
Wanita dakwa dituduh Rafizi fail saman
Seorang wanita memfailkan saman terhadap Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli bagi menuntut permohonan maaf secara terbuka berhubung dakwaan bahawa wanita berkenaan ialah isteri kepada bekas menteri yang dikaitkan dengan isu kapal tempur pesisir (LCS).
Bagaimanapun, Rafizi bergantung kepada pembelaan justifikasi berkata bersedia membuktikan kenyataan di mahkamah termasuk perlindungan bersyarat dan ulasan yang saksama terhadap saman fitnah yang difailkan oleh Zainab Mohd Salleh.
Bagaimanapun, Rafizi bergantung kepada pembelaan justifikasi berkata bersedia membuktikan kenyataan di mahkamah termasuk perlindungan bersyarat dan ulasan yang saksama terhadap saman fitnah yang difailkan oleh Zainab Mohd Salleh.
Waktu bekerja fleksibel dapat beri manfaat kepada produktiviti dan kehidupan - ILO
Fleksibiliti membantu menghasilkan elemen lebih positif untuk petugas dan perniagaan.
Majoriti kakitangan sumber manusia lebih suka sistem kerja hibrid
Sektor swasta di Malaysia harus menjadi peneraju dalam melaksanakan perubahan hala tuju budaya kerja hari ini.
Operasi penguatkuasaan perlu ada empati
Dalam kerangka peraturan WBB yang lebih longgar, pihak berkuasa harus juga menerapkan sikap dan pendekatan yang fleksibel dalam menangani ketidakpatuhan.
Perintah Kawalan Pergerakan M'sia: Singapura harapkan sedikit kefleksibelan
Meskipun Singapura sedang menimbang untuk melakukan langkah sekatan keluar masuk di republik itu, Wong berkata ia tidak boleh dikesampingkan meskipun bukan pertimbangan ketika ini.
Kerajaan disaran perhalusi pelaksanaan tempoh 90 hari cuti bersalin
Sharifah Hapsah berkata kerajaan harus mempertimbangkan dasar 'menang-menang', seperti pemberian insentif kepada majikan yang memberi cuti kepada pekerja mereka.
PTPTN sedia bantu struktur semula pinjaman peminjam hilang pekerjaan
Antara bantuan yang boleh dilakukan ialah penstrukturan semula jadual pembayaran, bagaimanapun peminjam perlu bersemuka dengan PTPTN.
Waktu kerja fleksibel untuk wanita perlu dilaksanakan - TPM Wan Azizah
Beliau berkata ia bagi mengoptimumkan peranan dan sumbangan wanita dalam sektor pekerjaan di samping terus komited menyeimbangkan tanggungjawab mereka sebagai seorang isteri dan ibu.
30 peratus kurikulum di universiti perlu fleksibel - Idris Jusoh
Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh berkata ini adalah penting bagi memastikan graduan yang dilahirkan berkualiti dan selari dengan perkembangan Revolusi Industri 4.0.
Jumlah pembabitan wanita di peringkat pengurusan kanan di Malaysia meningkat - Grant Thornton
Peratusan wanita dalam pengurusan kanan telah meningkat kepada 28 peratus tahun ini berbanding 24 peratus pada 2017 - angka tertinggi sejak 2011.
Peluang pekerjaan dijangka lebih banyak pada 2018 - Jobstreet.com
Peluang pekerjaan dijangka lebih kukuh daripada 2017, dengan 30 peratus majikan Malaysia menunjukkan peningkatan dalam pengambilan pekerja baharu, kenaikan 12 peratus berbanding tahun.