Kerajaan disaran supaya memperhalusi pelaksanaan tempoh cuti bersalin 90 hari mulai 2021 agar ia memberi manfaat yang seimbang kepada majikan dan pekerja.
Presiden Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO) Prof Tan Sri Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin berkata kerajaan harus mempertimbangkan dasar 'menang-menang', seperti pemberian insentif kepada majikan yang memberi cuti kepada pekerja mereka.
"Dalam sektor swasta, kebanyakan adalah 'business based'... kerajaan perlu memikirkan sesuatu insentif kepada majikan, sebab majikan mungkin terpaksa tanggung kesan tertentu semasa ketiadaan pekerjanya yang bercuti... perlu ada dasar yang saling menguntungkan.
"Kerajaan juga boleh mempertimbangkan penggunaan Dana Pembangunan Sumber Manusia (HRDF) untuk menangani isu ini. Kita khuatir apabila hanya pekerja sahaja mendapat manfaat, majikan akan takut menggajikan pekerja wanita sekali gus akan wujud isu diskriminasi terhadap golongan ini,
"Cadangan (90 hari cuti bersalin) sudah molek (baik), tapi perlu diperhalusi lagi agar beri manfaat kepada pekerja, majikan, kerajaan dan ekonomi," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.
Sebelum ini, Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) dilaporkan berkata majikan berisiko menanggung peningkatan kos operasi hingga RM2.7 billion setahun sekiranya tempoh cuti bersalin 90 hari itu dikuatkuasakan pada 2021 nanti.
Memperjelaskan perkara itu kepada Bernama, Pengarah Eksekutif MEF Datuk Shamsuddin Bardan melihat majikan yang menjalankan perniagaan kecil adalah yang paling berisiko menanggung kesan itu berbanding majikan daripada syarikat besar.
"Di Malaysia ada lebih 650,000 majikan daripada perniagaan kecil yang kebanyakannya menggajikan kurang daripada 10 pekerja dan perkara (cuti bersalin) ini dikhuatiri akan menambahkan beban kewangan dan kekangan dalam menjalankan perniagan pada majikan terbabit.
"Kita tidak menentang hasrat kerajaan itu, namun kerajaan perlu meneliti pilihan lain untuk pekerja yang pada masa sama membantu majikan juga," katanya.
Jelasnya, kerajaan harus mengkaji secara mendalam cadangan itu termasuklah tidak menjadikan ia sebagai perkara yang mandatori kepada majikan sebaliknya lebih fleksibel dan terbuka.
Shamsuddin mencadangkan agar kerajaan membantu majikan menanggung kos tambahan (tambahan 30 hari bercuti) menerusi perlindungan daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial atau Skim Insurans Pekerja (EIS).
"Sebagai alternatif, kerajaan boleh menyediakan mekanisme yang sesuai untuk menanggung kos tambahan 30 hari, seperti sebagaimana majikan dan pekerja menyumbang kepada EIS.
Beliau berkata kerajaan perlu fleksibel dengan membenarkan majikan membuat keputusan sama ada untuk memberi cuti tambahan berdasarkan pertimbangan budi bicara dan keadaan organisasi atau pekerja itu boleh diberi cuti tanpa gaji.
Dalam pembentangan Belanjawan 2020 oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, kerajaan bercadang untuk memanjangkan tempoh cuti bersalin daripada 60 hari kepada 90 hari mulai 2021 di bawah strategi memodenkan pasaran buruh.
Lim berkata, kerajaan akan meneliti semula Akta Kerja 1955 meliputi empat perkara termasuk tempoh cuti bersalin, bagi memastikan akta itu kekal relevan dengan keperluan pasaran tenaga kerja semasa.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 15 2019

Kerajaan perlu fleksibel dengan membenarkan majikan membuat keputusan sama ada untuk memberi cuti tambahan berdasarkan pertimbangan budi bicara dan keadaan organisasi atau pekerja itu boleh diberi cuti tanpa gaji. - Gambar hiasan

Remaja ditahan bakar gerabak kereta api di Yogyakarta
Pihak berkuasa Indonesia menahan seorang remaja lelaki berusia 17 tahun dari Jakarta yang disyaki membakar tiga gerabak kereta api di landasan Stesen Tugu, Yogyakarta.

Pelantikan Chong Wei sebagai duta sukan Johor mampu perkasa atlet muda - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh percaya pelantikan legenda badminton negara Datuk Lee Chong Wei sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor mampu dimanfaatkan sepenuhnya.
Pemandu maut kemalangan dua kereta di Setiu
Kemalangan tragis di Kilometer 48 Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu melibatkan dua kereta Proton Wira menyebabkan seorang pemandu maut di tempat kejadian, manakala dua lagi cedera.

Muhammad Irfan capai misi, rangkul perak di Australia
Muhammad Irfan melakukan catatan 60.00 meter (m) sekali gus mencapai misi diletakkannya sebelum bertanding pada saingan itu.

Herry akui misi Seluruh England 2025 gagal
Herry yang baharu memulakan tugas secara rasmi bulan lepas, mengakui keputusan mengecewakan itu antara pencapaian buruk sepanjang kariernya.

Penjawat awam wanita disaran ambil SKSSR - Presiden Cuepacs
Katanya, walaupun penjawat awam wanita menerima gaji dan bekerja sepanjang hari, mereka juga main peranan penting sebagai suri rumah.

Paus Francis sambut ulang tahun ke-12 sebagai ketua Vatican di hospital
Paus dimasukkan ke Hospital Gemelli selama 28 hari selepas mengalami jangkitan pernafasan pada Februari sebelum disahkan menghidap radang paru-paru.

Ismail Sabri keluar dari SPRM, hampir empat jam beri keterangan
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi keterangan selama hampir empat jam di ibu pejabat SPRM, bagi membantu siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram.
AWANI Ringkas: Isu lulus kewarganegaraan kepada rakyat China
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sosial media: Albania mula haramkan TikTok
Pengguna TikTok di Albania kini menghadapi kesukaran mengakses aplikasi popular itu selepas kerajaan melaksanakan larangan selama setahun bermula Khamis.

Kerajaan disaran perhalusi pelaksanaan tempoh 90 hari cuti bersalin
Sharifah Hapsah berkata kerajaan harus mempertimbangkan dasar 'menang-menang', seperti pemberian insentif kepada majikan yang memberi cuti kepada pekerja mereka.

Cuti bersalin 90 hari, gembirakah kaum wanita?
Bunyinya menggembirakan wanita, tetapi tidak semestinya memperkasa wanita

Cuti bersalin 90 hari bebankan syarikat kecil - MEF
Shamsuddin Bardan berkata peningkatan tempoh cuti bersalin itu juga dilihat bakal meningkatkan kos operasi syarikat berkenaan.

Tindakan akan dikenakan ke atas majikan swasta yang enggan beri cuti bersalin 90 hari
Majikan swasta yang enggan memberi cuti bersalin selama 90 hari kepada pekerja wanita bermula 2021 akan dikenakan tindakan

Perjalanan bebas visa ke Maghribi untuk rakyat Malaysia bermula 27 Dis
Ini susulan Perjanjian Penghapusan Separa Keperluan Visa yang dimeterai oleh Malaysia dan Maghribi di sini pada 19 Julai lalu.