GENEVA: Pengurangan waktu bekerja dan pengaturan masa kerja yang lebih fleksibel seperti semasa krisis COVID-19 dapat memberi manfaat kepada ekonomi, perniagaan dan pekerja, seperti peningkatan produktiviti dan keseimbangan kehidupan yang lebih baik, menurut laporan terkini Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) pada Jumaat.
Laporan bertajuk Working Time and Work-Life Balance Around the World yang pertama seumpamanya itu, menyediakan semakan menyeluruh mengenai kedua-dua aspek utama masa bekerja -- waktu bekerja dan pengaturan masa bekerja - dan kesannya terhadap keseimbangan kerja serta kehidupan pekerja, lapor Xinhua.
Sebahagian besar tenaga kerja global kini bekerja sama ada untuk tempoh masa lebih panjang atau pendek jika dibandingkan dengan minggu bekerja lapan jam biasa atau 40 jam seminggu.
Lebih satu pertiga daripada semua pekerja kerap bekerja lebih 48 jam seminggu manakala satu perlima tenaga kerja global bekerja pada masa yang singkat iaitu kurang 35 jam seminggu.
Langkah-langkah krisis COVID-19 menghasilkan bukti baharu yang kukuh bahawa memberikan pekerja lebih fleksibiliti membantu menghasilkan elemen lebih positif untuk petugas dan perniagaan, contohnya peningkatan produktiviti, menurut laporan itu.
Skim kerja jangka pendek yang inklusif dengan elaun tinggi mungkin bukan sahaja dapat mengekalkan pekerjaan tetapi juga kuasa beli dan mewujudkan kemungkinan mengurangkan kesan krisis ekonomi.
Laporan itu mendapati bahawa tindak balas dasar awam diperlukan untuk menggalakkan pengurangan jam bekerja di banyak negara bagi menggalakkan keseimbangan kerja dan kehidupan yang lebih sihat serta produktiviti lebih baik.
"Terdapat banyak bukti bahawa dasar keseimbangan kerja dan kehidupan memberikan manfaat yang besar kepada perusahaan, menyokong hujah bahawa dasar itu mewujudkan 'situasi sama menang' untuk majikan dan pekerja," menurut laporan itu. - BERNAMA
Bernama
Sat Jan 07 2023

Laporan ILO menyebut, pengurangan waktu bekerja dan pengaturan masa kerja yang lebih fleksibel seperti semasa krisis COVID-19 dapat memberi manfaat kepada ekonomi, perniagaan dan pekerja. - Gambar hiasan
Sumbangan PMX: lelaki perlu implan tempurung kepala terima sumbangan PM
Seorang lelaki yang tular menjual daging salai bagi mengumpul dana untuk membiayai kos pembedahan memasang implan tempurung kepala, mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyalurkan sumbangan RM15,000 kepadanya.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [20 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Amirul Aiman
-Cadangan pembinaan sekolah 17 tingkat perlu diteliti aspek keselamatan
-Syarikat penerbangan perlu bayar balik pelanggan jika lewat lebih 5 jam
-Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam
-Cadangan pembinaan sekolah 17 tingkat perlu diteliti aspek keselamatan
-Syarikat penerbangan perlu bayar balik pelanggan jika lewat lebih 5 jam
-Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam

Diaspora perlu main peranan bersama, jaga imej negara di mata dunia - PM Anwar
Selain usaha pejabat kedutaan, penampilan dan pembawakan diri rakyat Malaysia di luar negara penting bagi mengekalkan nama baik sedia ada negara.

Johor komited bangunkan industri nanas
Kerajaan negeri akan terus memperkasa kegemilangan Johor sebagai pengeluar utama nanas di peringkat nasional dan antarabangsa.
![[KOLUMNIS] Dasar ekonomi dan perniagaan Trump berpotensi merugikan rakyat Amerika [KOLUMNIS] Dasar ekonomi dan perniagaan Trump berpotensi merugikan rakyat Amerika](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738841420_DonaldTrump.jpg)
[KOLUMNIS] Dasar ekonomi dan perniagaan Trump berpotensi merugikan rakyat Amerika
Masalah kos sara hidup rakyat Amerika pasti meningkat dan ia mungkin diperburuk lagi oleh tarif tinggi yang dikenakan ke atas produk import.

Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala langkah bantu rakyat Gaza
Kedua-dua negara menekankan keperluan untuk langkah-langkah yang diselaraskan oleh negara-negara Islam untuk menyokong rakyat Gaza.

Perak FC hajat sekat JDT di SSI minggu depan
Bagaimanapun, Yusri berkata, ia bukan tugas mudah lebih-lebih lagi JDT baru sahaja mengecap kejayaan mara ke pusingan 16 ACLE.
Wajib dapatkan permit langkah tepat jamin keselamatan ruang udara negara
Tindakan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) yang mewajibkan semua pengendali dron di negara ini untuk mendapatkan permit sebelum menerbangkan dron mereka merupakan tindakan tepat dalam memastikan keselamatan ruang udara negara terjamin.
MAVCOM: Syarikat penerbangan perlu bayar balik pelanggan jika lewat lebih 5 jam
Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) sekali lagi menegaskan bahawa penumpang syarikat penerbangan mempunyai pilihan untuk mendapatkan kembali bayaran tiket mereka sekiranya penerbangan mereka terlewat lebih lima jam.
Pendigitalan kesihatan: KKM cadang perluas EMR ke 16 hospital, 300 klinik kesihatan tahun ini
Kementerian Kesihatan (KKM) sedang memperluaskan sistem Rekod Perubatan Elektronik (EMR) ke 16 hospital dan 300 klinik kesihatan tahun ini.

Lelaki didenda di mahkamah gagal patuhi waktu kerja dibenarkan
Seorang lelaki didenda RM1,800 oleh Mahkamah Majistret pada Jumaat selepas mengaku bersalah atas pertuduhan gagal mematuhi waktu kerja yang dibenarkan terhadap seorang remaja lelaki berusia 14 tahun.

Waktu bekerja fleksibel dapat beri manfaat kepada produktiviti dan kehidupan - ILO
Fleksibiliti membantu menghasilkan elemen lebih positif untuk petugas dan perniagaan.

Cadangan kerja 45 jam seminggu tidak jejas produktiviti - MTUC
Cadangan pelaksanaan waktu kerja 45 jam seminggu berbanding 48 jam tidak menjejaskan produktiviti.

Majikan digesa laksanakan segera garis panduan solat waktu kerja
Datuk Mohamed Shafie BP Mammal dalam satu kenyataan berkata pihak pengurusan dan majikan tidak seharuskan memperlekeh pelaksanaan garis panduan itu yang merupakan satu perkara penting.

Letih bekerja? Ini 5 negara punyai waktu kerja paling singkat di dunia
Norway, yang terkenal dengan undang-undang buruh yang paling longgar di dunia, rakyatnya hanya bekerja 33 jam seminggu.

Bajet 2018: Pelaksanaan waktu kerja fleksibel mudahkan tugas wanita
Harapan untuk pengumuman Bajet 2018 nanti adalah Pelaksanaan Pengaturan Kerja Fleksibel (FWA) untuk golongan wanita bekerjaya yang seterusnya mempu meningkatkan produktiviti negara.

Kerajaan belum bercadang laksana sistem kerja enam jam - Shahidan
Kerajaan belum bercadang melaksanakan sistem waktu kerja enam jam sehari untuk penjawat awam kerana mengambil kira tahap produktiviti negara yang perlu dipertingkatkan ke arah mencapai status negara m

Waktu kerja penjawat awam kekal seperti sekarang - KSN
Waktu kerja bagi penjawat awam kekal seperti sekarang, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa berhubung cadangan waktu bekerja selama enam jam sehari bagi perkhidmatan awam.

Pengurangan jam bekerja tidak menjamin produktiviti - Pakar
Seseorang pekerja harus bijak dalam mengurus masanya bagi memastikan mereka dapat mencapai keseimbangan antara diri, keluarga dan juga kerjanya.