KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di empat negeri yang berlindung di 70 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 8 malam ini terus menunjukkan trend penurunan kepada 16,919 orang berbanding 20,036 orang di 82 PPS petang tadi.
Berdasarkan laporan terkini Pusat Kawalan Bencana Negara Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), mangsa banjir di Pahang yang berlindung di enam PPS di daerah Bera, Maran dan Temerloh berkurangan kepada 120 orang berbanding 214 orang pada sebelah petang.
Selain itu, jumlah mangsa yang ditempatkan di sebuah PPS yang dibuka ekoran kejadian tanah runtuh di Cameron Highlands masih kekal 87 orang daripada 17 keluarga.
Kelantan kekal sebagai negeri paling teruk terjejas banjir namun mencatatkan perkembangan positif dengan mangsa yang ditempatkan di 42 PPS di empat daerah berkurangan kepada 15,882 orang berbanding 17,950 orang di 46 PPS petang tadi.
Daerah yang terjejas di Negeri Cik Siti Wan Kembang ialah Jeli, Kuala Krai, Pasir Mas dan Tumpat.
Keadaan sama di Terengganu di mana jumlah mangsa yang berlindung di 20 PPS di daerah Dungun, Kuala Terengganu dan Marang terus berkurangan kepada 862 orang berbanding 1,817 orang di 24 PPS petang tadi.
Jumlah mangsa banjir yang berlindung di dua PPS di Segamat, Johor malam ini kekal 55 orang daripada 15 keluarga.
Tinjauan status Stesen Telemetri Jabatan Pengairan dan Saliran menunjukkan Sungai Kelantan di Kota Bharu, Jeli dan Gua Musang serta Sungai Golok di Tanah Merah dan Pasir Mas berada pada paras bahaya.
Turut berdepan situasi sama ialah Sungai Perak, Sungai Arau dan Sungai Dungun.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 29 2023
![Jumlah mangsa banjir terus berkurangan kepada 16,919 malam ini - NADMA Jumlah mangsa banjir terus berkurangan kepada 16,919 malam ini - NADMA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81700838780_PusatPemindahanSem.jpg)
Kelantan kekal sebagai negeri paling teruk terjejas banjir namun mencatatkan perkembangan positif dengan mangsa yang ditempatkan di 42 PPS di empat daerah berkurangan kepada 15,882 orang. - Gambar fail/Bernama
![Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/81646741163_DatukWilliamNg.jpg)
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
![Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030 Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71694910732_DatukArthurJoseph.jpg)
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
![Banjir di Sabah semakin pulih, empat PPS ditutup Banjir di Sabah semakin pulih, empat PPS ditutup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720003853_BanjirPenampang.jpg)
Banjir di Sabah semakin pulih, empat PPS ditutup
Banjir melanda Penampang, Putatan, Tuaran dan Tamparuli semakin pulih dengan semua empat pusat pemindahan sementara (PPS) yang beroperasi sejak Ahad ditutup petang ini.
![Jumlah mangsa banjir di Sabah terus meningkat Jumlah mangsa banjir di Sabah terus meningkat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51719911403_TBbanjirSabah.jpg)
Jumlah mangsa banjir di Sabah terus meningkat
Kesemua mereka ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS) melibatkan empat daerah.
![Mangsa banjir di Sabah meningkat, lebih 400 orang berada di PPS Mangsa banjir di Sabah meningkat, lebih 400 orang berada di PPS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41719808253_banjirpenampangs.jpg)
Mangsa banjir di Sabah meningkat, lebih 400 orang berada di PPS
Jumlah mangsa banjir di Sabah setakat pagi ini meningkat kepada 464 orang daripada 140 keluarga yang berada di empat PPS.
![Mangsa banjir di Sabah terus meningkat, dua lagi PPS dibuka Mangsa banjir di Sabah terus meningkat, dua lagi PPS dibuka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61719826525_TBbanjirpenampang.jpg)
Mangsa banjir di Sabah terus meningkat, dua lagi PPS dibuka
Situasi banjir di Sabah semakin buruk apabila jumlah mangsa meningkat kepada 328 orang daripada 105 keluarga yang ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS).
![Banjir: 10 sekolah di Sabah ditutup hari ini Banjir: 10 sekolah di Sabah ditutup hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41719808253_banjirpenampangs.jpg)
Banjir: 10 sekolah di Sabah ditutup hari ini
Lebih 5,000 murid dan 307 guru terjejas, melibatkan enam sekolah di Penampang, dua di Tuaran, masing-masing satu di Papar dan Sipitang.
![Mangsa banjir di Penampang meningkat, satu PPS dibuka di Putatan Mangsa banjir di Penampang meningkat, satu PPS dibuka di Putatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719795344_APM.jpg)
Mangsa banjir di Penampang meningkat, satu PPS dibuka di Putatan
Mangsa banjir di Penampang meningkat kepada 112 orang daripada 40 keluarga pagi ini berbanding 78 orang daripada 28 keluarga semalam.
![Banjir: Operasi IPD Penampang terjejas akibat dinaiki air Banjir: Operasi IPD Penampang terjejas akibat dinaiki air](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61719788564_banjir.jpg)
Banjir: Operasi IPD Penampang terjejas akibat dinaiki air
Hampir kesemua fasiliti di kawasan ini terjejas teruk akibat banjir dan menyukarkan pasukan petugas untuk keluar memberikan bantuan.
![Banjir kilat: Sebuah PPS dibuka di Alor Gajah Banjir kilat: Sebuah PPS dibuka di Alor Gajah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81709354557_PusatPenempatanSem.jpg)
Banjir kilat: Sebuah PPS dibuka di Alor Gajah
PPS di Balai Raya Bukit Balai dibuka pada 11.30 malam tadi, menempatkan mangsa dari Kampung Bukit Balai dan Kampung Bukit Tambun.
![Banjir: 37 orang dipindahkan di Membakut, Sabah Banjir: 37 orang dipindahkan di Membakut, Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71713317912_PPSjpg.jpg)
Banjir: 37 orang dipindahkan di Membakut, Sabah
Sebanyak 37 orang daripada 17 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) susulan kejadian banjir di Membakut, setakat 8 malam ini.
![Hujan lebat: Dua daerah di Perak dilanda banjir kilat Hujan lebat: Dua daerah di Perak dilanda banjir kilat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51714833569_KotaTinggiBanjir.jpg)
Hujan lebat: Dua daerah di Perak dilanda banjir kilat
Banjir kilat itu turut menyebabkan beberapa buah rumah terjejas teruk dan dinaiki air.