Pasir Mas dan Tumpat yang terjejas teruk dilanda banjir sejak minggu lalu menyaksikan penurunan mendadak menjadikan jumlah mangsa banjir di negeri ini berubah kepada 2,411 orang setakat jam 11 malam Isnin.
Daripada jumlah itu, 864 keluarga ditempatkan di 14 pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga daerah termasuk Pasir Puteh.
Berdasarkan portal eBanjir Kelantan, bilangan mangsa banjir di negeri ini menurun secara mendadak jika dibandingkan seramai 4,173 orang ditempatkan di 18 PPS pada jam 6 petang pada Isnin.
Tumpat menunjukkan perubahan yang paling ketara apabila kini merekodkan seramai 970 mangsa daripada 308 keluarga membabitkan lima PPS berbanding 2,514 orang pada petang Isnin.
Pasir Mas pula yang mencatat mangsa banjir paling tinggi terus menunjukkan trend menurun kepada 1,417 mangsa membabitkan 551 keluarga ditempatkan di lapan PPS, berbanding 1,635 orang petang Isnin.
Pasir Puteh yang mempunyai satu lagi PPS di SK Wakaf Raja, Bukit Awang masih tidak berubah dengan menempatkan 24 orang daripada lima keluarga, sejak kelmarin.
Jumlah mangsa banjir dan pusat pemindahan dijangka terus berkurangan dari semasa ke semasa memandangkan cuaca makin baik.
Sementara itu, keadaan Sungai Golok di Rantau Panjang dilihat semakin surut namun masih di paras bahaya iaitu 9.6 milimeter (mm) berbanding 9.73 mm petang Isnin.
Bagaimanapun, sukatan Sungai Galas di Dabong kembali mencecah paras berjaga-jaga dengan 32.39 mm sejak jam 9 malam tadi berbanding paras berjaga-jaga ditetapkan 32 mm.
Sementara itu, di PAHANG, situasi berbeza di mana semua pusat pemindahan semenatra ditutup mulai jam 8.15 pagi tadi.
Astro Awani
Tue Dec 05 2017
Pasir Mas dan Tumpat yang terjejas teruk dilanda banjir sejak minggu lalu menyaksikan penurunan mendadak menjadikan jumlah mangsa banjir di negeri ini berubah kepada 2,411 orang setakat jam 11 malam Isnin. -Gambar hiasan
AWANI Tonight: Tupperware Brands set to file for bankruptcy
Tupperware Brands is preparing to file for bankruptcy after a year-long effort to revive the business, as it faces mounting debt and a sharp decline in demand for its once iconic plastic containers.
AWANI Tonight: Should M'sia implement stricter controls for children on social media?
Dr Benjamin Loh from Taylor's University shares his insights about the necessity for setting a minimum age limit for children to use social media in Malaysia.
Banjir di Kedah semakin memburuk, bilangan mangsa cecah 1,018 orang
Situasi banjir di Kedah makin memburuk selepas bilangan mangsa mencecah 1,018 orang daripada 268 keluarga yang ditempatkan di 11 pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri ini.
PM mahu persediaan mantap dilakukan menjelang kepengerusian ASEAN 2025
Perdana Menteri berkata Malaysia perlu menjadi peneraju hebat dengan menyusun pelbagai program yang benar-benar memberi kesan mendalam kepada komuniti ASEAN secara keseluruhannya.
PM Anwar ulangi komitmen Malaysia jayakan Agenda 2030 untuk pembangunan mampan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengulangi komitmen Malaysia dalam menjayakan Agenda 2030 untuk pembangunan mampan seperti yang dimeterai bersama 192 negara lain pada 2015.
Bunuh: Dua buruh kasar terlepas hukuman mati, diganti penjara 30 tahun
Panel hakim menolak rayuan A.Rames dan Tew Siew Kem untuk mengetepikan sabitan terhadap mereka dan menggantikan hukuman mati dengan penjara.
HUMS dijangka siap Dis 2025, beroperasi pada Jan 2026 - Zambry
HUSM dibina dengan kapasiti 400 katil, 25 bilik pembedahan, 40 katil rawatan intensif atau rapi serta 145 buah klinik pakar.
Tiga wanita ditahan dalam Op Global sambung reman hingga 22 Sept
Tiga wanita yang ditahan menerusi Op Global di Nilai dan Seremban kerana disyaki terbabit dalam kes eksploitasi kanak-kanak di negeri ini, disambung reman hingga 22 Sept.
Arul Kanda tidak tahu tentang kewujudan 'pelaburan' 1MDB - Tony Pua
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu Arul Kanda Kandasamy tidak pasti tentang nilai 'pelaburan' 1MDB atau sama ada ia benar-benar wujud.
Seorang ahli GISB akan dituduh di Mahkamah Majistret Putrajaya esok
Individu terbabit akan didakwa di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
Banjir: Cuti pegawai, anggota bomba Kedah dibeku
Cuti hampir 800 pegawai serta anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah dibekukan berkuat kuasa hari ini susulan situasi banjir di negeri ini.
Banjir: Fadhlina minta ibu bapa pantau pergerakan anak
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek mengingatkan ibu bapa supaya memantau keselamatan anak-anak susulan banjir di beberapa kawasan termasuk Nibong Tebal.
Wisma Putra nasihatkan rakyat Malaysia di Poland, Republik Czech waspada susulan banjir
Rakyat Malaysia berkunjung ke kawasan terjejas banjir di Poland dan Republik Czech dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan mematuhi arahan keselamatan.
Banjir: PPS diaktifkan di Kubang Pasu tempatkan 53 mangsa
PPS di Sekolah Kebangsaan Malau itu menempatkan 53 mangsa daripada 15 keluarga dari tiga kampung terjejas.
Perubahan corak, magnitud musim tengkujuh tingkat cabaran pengurusan banjir
PETRA beri tumpuan kepada perlaksanaan projek infrastruktur dan langkah mitigasi untuk mengeluarkan air dari kawasan banjir dengan segera.
Hampir 300 banduan larikan diri dari penjara Nigeria selepas banjir
Selasa lepas, hujan lebat menyebabkan empangan pecah, membanjiri sebahagian besar bandar.
Perkhidmatan kereta api Poland-Czech digantung kerana banjir
Perjalanan kereta api yang datang dari Republik Czech ke Poland telah dibatalkan sehingga diberitahu kelak.
Banjir: Ketua Junta Myanmar tagih bantuan asing
Taufan Yagi yang melanda Myanmar, Vietnam, Laos dan Thailand mengorbankan hampir 300 orang menyebabkan banjir dan tanah runtuh.
APM gerakkan 11,000 anggota hadapi Monsun Timur Laut
APM bersiap sedia dengan kekuatan 11,000 anggota di seluruh negara bagi menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka bermula bulan depan.
Enam terkorban dalam banjir di Bangladesh
Tanah runtuh besar berlaku pada Khamis di kem pelarian di daerah Cox's Bazar, kira-kira 392 kilometer (km) tenggara Dhaka.