Menurut seorang pegawai kanan, insiden itu turut menjejaskan beberapa kediaman penduduk sekitar.
Pesuruhjaya Bantuan dan Penghantaran Pulang Pelarian Tambahan, Mohammad Shamsuddouza Nayan berkata tanah runtuh besar berlaku pada Khamis di kem pelarian di daerah Cox's Bazar, kira-kira 392 kilometer (km) tenggara Dhaka.
Menurutnya, tiga ahli keluarga Rohingya maut akibat tanah runtuh di kem Hatikumrul-14 Rohingya di daerah itu.
Daerah tersebut kini menempatkan hampir satu juta pelarian Rohingya.
Kebanyakan mereka tinggal di lereng bukit dan tanah runtuh memusnahkan sekurang-kurangnya tiga pondok di kem itu.
Di kawasan berbukit terpencil di daerah Cox's Bazar, tiga lagi mangsa dilaporkan terbunuh awal Jumaat apabila dinding rumah mereka roboh akibat tanah runtuh.
Pihak berkuasa sedang berusaha untuk memindahkan mereka yang masih tinggal di cerun berisiko.
Tanah runtuh kerap berlaku di kawasan berbukit Bangladesh semasa musim tengkujuh yang biasanya berlangsung dari Jun hingga September.
Ia susulan pokok-pokok ditebang untuk menanam tanaman dan membina rumah.