KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di Pahang dan Terengganu mencatatkan trend menurun manakala jumlah mangsa meningkat sedikit di Kelantan dan Perak setakat jam 8 malam ini.
Di PAHANG, jumlah mangsa banjir berkurangan malam ini iaitu 435 mangsa berbanding 449 orang pada petang tadi, lapor Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Pahang (JPBN).
Jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Semantan di Temerloh adalah 258 orang berbanding 339 petang tadi manakala jumlah mangsa di dua PPS di Bera tidak berubah iaitu 35 orang.
Bagaimanapun, daerah Pekan mencatatkan peningkatan daripada 68 orang kepada 142 orang malam ini dan mereka ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Sinar Mutiara di Sungai Miang.
Sungai Triang di Bera masih berada di paras bahaya manakala lima sungai berada di paras amaran iaitu Sungai Jempol dan Sungai Pahang di Lubuk Paku kedua-duanya di Maran; Sungai Pahang di Paloh Hinai, Pekan; Sungai Belat, Kuantan dan Sungai Keratong, Rompin.
Di TERENGGANU, jumlah mangsa banjir terus berkurangan kepada 80 orang daripada 24 keluarga berbanding 103 orang daripada 28 keluarga petang tadi.
Sekretariat JPBN Terengganu, dalam kenyataan, memaklumkan setakat jam 9 malam ini sebanyak tiga PPS di tiga daerah masih beroperasi iaitu di Kuala Terengganu melibatkan 66 mangsa; Besut (12 ) dan Setiu (dua) manakala PPS terakhir di Kemaman (Balai Raya Padang Kemunting) dan Dungun (SK Tok Kah) telah ditutup petang tadi.
Di KELANTAN, seramai 2,018 orang mangsa banjir daripada 635 keluarga di jajahan Pasir Mas ditempatkan di tujuh PPS malam ini, meningkat sedikit berbanding 1,997 mangsa daripada 626 keluarga petang tadi.
Sekretariat JPBN Kelantan memaklumkan seramai 712 mangsa berlindung di SK Tok Deh, SK Kedai Tanjong (47), SK Gual Periok (544), Masjid Mukim Padang Licin (73), PPS Putat Tujoh (157), SK Kubang Kual (251) dan SK Sri Kiambang (234).
Selain itu, di PERAK, seramai 154 mangsa daripada 40 keluarga masih ditempatkan di empat PPS sehingga jam 8 malam ini, sekali gus mencatatkan peningkatan berbanding 143 orang petang tadi.
Sekretariat JPBN negeri memaklumkan empat PPS tersebut adalah SMK Abd Rahman Talib (SMART) daerah Hilir Perak; Sekolah Agama Rakyat Padang Serai, Daerah Manjung; Dewan SK Slim River, Daerah Mualim dan Dewan Orang Ramai Kampung Tersusun Teluk Memali.
Di JOHOR, mangsa banjir kekal 51 orang setakat jam 8 malam ini berbanding petang tadi dengan Segamat menjadi satu-satunya daerah yang terjejas ekoran bencana itu.
Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD), sebanyak 15 keluarga masih ditempatkan di dua PPS di daerah berkenaan melibatkan Balai Raya Kampung Batu Badak dan Balai Raya Kampung Kuala Paya.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) setakat jam 6.55 petang tadi, amaran hujan lebat dan ribut petir dikeluarkan bagi daerah Johor Bahru, Mersing, Kulai dan Kota Tinggi, sehingga jam 10 malam ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 13 2022

Menurut MetMalaysia setakat jam 6.55 petang tadi, amaran hujan lebat dan ribut petir dikeluarkan bagi daerah Johor Bahru, Mersing, Kulai dan Kota Tinggi, sehingga jam 10 malam ini - Foto fail/BERNAMA
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Lebih 1,000 pegawai, anggota polis terjejas banjir di Kelantan - Ayob Khan
Lebih 1,000 pegawai dan anggota polis daripada 469 keluarga di Kelantan terjejas akibat banjir, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.

Banjir Kelantan: Usahawan tempatan, pempengaruh media sosial termasuk Khairul Aming turun padang
Khairul Aming memaklumkan sebaik tiba di Kelantan semalam, dalam tempoh dua jam beliau berjaya kumpul bantuan untuk 2,000 mangsa banjir di Pasir Mas.

Banjir memburuk, kini sembilan negeri terjejas, mangsa meningkat lebih 85,000
Situasi banjir di negara ini semakin memburuk dengan tiga lagi negeri dilaporkan mula terjejas iaitu Negeri Sembilan, Melaka dan Johor, menjadikan keseluruhan sembilan negeri terkesan.

Mangsa banjir di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis meningkat
Dua negeri di Pantai Timur, Terengganu dan Kelantan mencatatkan peningkatan mendadak mangsa banjir pada petang ini, berbanding yang direkodkan pada pagi tadi.

Banjir Kelantan: 'Jika perlu apa-apa, terus maklumkan kami' - Zahid pesan kepada Nasuruddin
Ahmad Zahid menghubungi Mohd Nasuruddin untuk bertanya mengenai perkembangan keadaan banjir di Kelantan.

Balai Bomba Rantau Panjang tetap beroperasi walaupun dilanda banjir
Operasi di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rantau Panjang di sini berjalan seperti biasa walaupun premis itu dinaiki banjir sedalam 0.6 meter sejak awal pagi Khamis.

Banjir: Lima pos statik PGA di sempadan Malaysia-Thailand, Sungai Golok ditutup
Lima daripada 13 pos statik Pasukan Gerakan Am (PGA) dalam penugasan Op Taring Wawasan di sempadan Malaysia-Thailand, Sungai Golok telah ditutup akibat terjejas banjir.

TNB tutup 14 lagi pencawang elektrik di Kelantan
Sebanyak 14 lagi pencawang elektrik dihentikan bekalannya bermula 1 pagi tadi ekoran keadaan banjir yang semakin membimbangkan di sekitar Kota Bharu, Pasir Mas, Bachok dan Kuala Krai.

Paras air Sungai Kelantan semakin naik, berisiko melimpah ke pusat bandar Kota Bharu
Paras air Sungai Kelantan di Tambatan D'Raja di sini semakin meningkat susulan hujan lebat berterusan sejak beberapa hari lepas.

Banjir kilat: Penduduk mahu tindakan segera
Penduduk Kampung Permatang Sungkai, Pasir Puteh menggesa pihak berwajib mengambil tindakan segera bagi menangani masalah banjir kilat yang kerap melanda kampung itu bermula awal tahun ini.