Jumlah mangsa banjir kilat di Kedah malam ini terus meningkat kepada 2,280 orang berbanding 1,576 orang setakat pukul 4 petang tadi.
Menurut kenyataan Sekretariat Jabatan Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), jumlah itu meningkat berikutan terdapat beberapa kawasan terutama di daerah Pokok Sena, Kuala Muda, Kota Setar, Kubang Pasu, dan Pendang mula dinaiki air.
Kesemua mereka ditempatkan di 17 buah pusat pemindahan berbanding 13 pusat sebelum ini.
Bagaimanapun enam pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Kechil dan Dewan Kampung Jilid 8 di (daerah Kuala Muda), Dewan Kampung Balai, (Alor Setar) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Changloon, Surau Kampung Betong (Kubang Pasu) dan Dewan Cenderawasih di Pendang telah ditutup ekoran keadaan banjir semakin pulih.
10 pusat pemindahan turut dibuka hari ini di Dewan Kampung Lahar yang menempatkan seramai 111 orang, SMK Mahawangsa (476), Dewan Tokong Cina (462) dan Dewan Lubuk Batu (105) di daerah Kubang Pasu , Madrasah Maahad Tarbiyah (9) Dewan Kampung Permatang Limau (35), Surau Kampung Menerong (18) di Pokok Sena, Dewan Rakan Sukan Tanah Merah, Pendang (124), SK Bukit Pinang (68) dan Dewan Taman Sri Bagan (59) di Alor Setar .
Selain itu jumlah mangsa yang ditempatkan di SK Titi Gajah di Alor Setar (163), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Seberang Perak enam orang, di Surau Assyakirin Kepala Batas (71), dan SK Alor Mengkudu (70).
Pusat pemindahan lain yang masih beroperasi ialah SK Kodiang Lama yang menempatkan (49) mangsa dan Dewan Kampung Pial di Kuala Muda (113).
Sekretariat itu berkata, aliran air dari hulu ke muara sungai menyebabkan sungai dan parit tidak mampu menampung jumlah air yang banyak diburukan lagi sistem perparitan yang tersumbat dan cetek menyebabkan penduduk yang tinggal di kawasan rendah di naiki air dan mereka terpaksa berpindah.
Cuaca di Kedah keseluruhannya adalah baik yang kadang kala hujan renyai-renyai. Tiada jalan utama yang ditutup kepada kenderaan akibat banjir kilat itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 23 2017

Aliran air dari hulu ke muara sungai menyebabkan sungai dan parit tidak mampu menampung jumlah air yang banyak diburukan lagi sistem perparitan yang tersumbat dan cetek. - Gambar fail
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Situasi banjir di Negeri Sembilan, Pahang tidak berubah pagi ini
Di Negeri Sembilan, jumlah mangsa banjir di Jelebu kekal 84 orang daripada 27 keluarga yang ditempatkan di PPS Dewan D'Sury.

Mangsa banjir di Pahang meningkat, Negeri Sembilan menurun pagi ini
Di Pahang, mangsa banjir terus meningkat kepada 178 orang daripada 54 keluarga berbanding 121 orang daripada 33 keluarga malam tadi.

Banjir besar, musim sejuk melampau landa beberapa negeri AS
Kentucky menghadapi kemusnahan meluas dengan 12 kematian selepas taburan hujan dalam masa 24 jam yang menyamai taburan sebulan hujan.

PPS dibuka di Bentong tempatkan 111 mangsa banjir
Hujan lebat berterusan sejak semalam mengakibatkan kawasan Karak, Bentong dilanda banjir dengan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan mangsa yang terjejas hari ini.

Sekurang-kurangnya 9 maut dalam banjir di AS
Gabenor Kentucky Andy Beshear berkata seramai lapan orang disahkan meninggal dunia di negeri tenggara AS itu.

Angka korban akibat hujan lebat di Bolivia meningkat kepada 28 orang
Hujan lebat itu menjejaskan lapan daripada sembilan bahagian di negara berkenaan.

Banjir di Sarawak pulih, jumlah mangsa di Sabah semakin menurun
Banjir di Sarawak pulih sepenuhnya apabila dua pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Bahagian Miri ditutup manakala jumlah mangsa banjir di Sabah terus merekodkan penurunan.

Situasi banjir di Sabah, Sarawak tidak berubah pagi ini
Mangsa banjir di Kinabatangan kekal 107 orang daripada 29 keluarga sejak 8 malam tadi, manakala di Miri, 202 orang masih berlindung di dua PPS.

Agensi KUSKOP tawar moratorium untuk usahawan terjejas banjir di Sabah, Sarawak
TEKUN Nasional menyediakan moratorium hingga tiga bulan sebagai kelonggaran kewangan membayar balik pembiayaan kepada usahawan di Sabah dan Sarawak yang terkesan dengan bencana banjir.

Peperiksaan SPM 2024 berjalan lancar - KPM
Kementerian turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua calon peperiksaan SPM 2024.