SHAH ALAM: Jumlah kemasukan harian pesakit COVID-19 untuk menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang berkurangan lebih 50 peratus sejak seminggu lepas.
Pengarah HTAR Dr Zulkarnain Mohd Rawi berkata sebelum ini pihaknya menerima kira-kira 400 kes harian bagi pesakit COVID-19 untuk menerima rawatan, namun jumlahnya menurun kepada sekitar 170 pesakit sejak kebelakangan ini.
"Pesakit COVID-19 yang kini menerima rawatan di hospital berkurangan daripada lebih 1,000 pesakit dengan kemuncaknya pada Julai lepas. Setakat pukul 1 tengah hari tadi, pesakit sedia ada tidak sampai 900 orang. 'Gelombang' kemasukan pesakit di HTAR ini berlaku pada awal Julai sehingga pertengahan bulan lepas.
"Alhamdulillah kini jumlah (kemasukan pesakit) turun sejak minggu lepas. Susulan keadaan ini secara tidak langsung berlaku penurunan kepada pesakit kategori tiga ke atas untuk dimasukkan ke dalam wad," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Beliau mengulas laporan media berhubung keadaan semasa di HTAR berikutan berlaku trend penurunan kemasukan pesakit COVID-19 sejak sebulan lepas dan paling ketara di Hospital Kuala Lumpur sejak seminggu lepas.
Dr Zulkarnain menjelaskan penurunan kes kemasukan pesakit itu membuktikan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) mula membuahkan hasil dan keadaan di hospital berkenaan juga dalam situasi terkawal.
Katanya sehingga pukul 1 tengah hari semalam, pengisian katil bagi unit rawatan rapi (ICU) pesakit COVID-19 adalah sekitar 92 peratus.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 17 2021

Dr Zulkarnain menjelaskan penurunan kes kemasukan pesakit itu membuktikan PICK mula membuahkan hasil. - Gambar fail

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

HTAR siasat dakwaan dawai ditinggalkan dalam saluran darah pesakit
HTAR memberi jaminan bahawa setiap aduan akan disiasat secara telus dengan mengikut prosedur yang telah ditetapkan tanpa mengabaikan hak-hak pelanggan.

Polis sahkan penemuan rangka manusia disimen dalam kolah
Polis mengesahkan penemuan satu rangka manusia dalam keadaan disimen di dalam sebuah kolah di sebuah rumah di Kampung Pandamaran di sini, semalam.

Pesawat terhempas di Elmina: Waris tiba di HTAR untuk pengecaman mayat
Waris-waris mangsa berhimpun di pekarangan Jabatan Forensik, Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.

Pesawat terhempas di Elmina: Kenderaan bawa mayat mangsa tiba di HTAR
Waris hanya menunggu di laluan masuk kerana mereka tidak dibenarkan masuk ke pekarangan Jabatan Forensik ketika proses menurunkan jenazah.

Pesawat terhempas Elmina: 10 mayat, 5 bungkusan cebisan dibawa keluar
Sebanyak 10 mayat yang terlibat dengan nahas pesawat terhempas berhampiran kawasan kediaman Elmina telah dibawa keluar dari lokasi kejadian.

KKM tunggu laporan siasatan polis kes kematian kanak-kanak 10 tahun di HTAR
KKM masih menunggu laporan siasatan polis berhubung kes kematian kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun didakwa akibat kecuaian di sebuah hospital kerajaan di Klang, Selangor baru-baru ini.

HTAR siasat kematian kanak-kanak 10 tahun
Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang akan menjalankan siasatan berhubung kematian seorang kanak-kanak berusia 10 tahun ketika mendapatkan rawatan.

Hospital Klang: Menteri Kesihatan buat lawatan mengejut, mahu tangani isu pesakit tunggu lama
Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa, berkata KKM akan memperkukuh segala inisiatif yang telah dilaksanakan HTAR Klang sebelum ini bagi keselesaan pesakit.

Vaksin cacar monyet hanya akan diusulkan jika ada keperluan- Pakar penyakit berjangkit
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hanya akan mengusulkan cadangan mendapatkan vaksin cacar monyet jika terdapat keperluan pada masa akan datang.

KKM sedia maklumkan hasil siasatan kematian pesakit COVID-19 di HTAR
Kementerian Kesihatan (KKM) akan menghubungi waris pesakit wanita yang meninggal dunia akibat COVID-19 di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang tahun lepas bagi memaklumkan hasil siasatan susul