SHAH ALAM : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan memperkukuh segala inisiatif yang telah dilaksanakan Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang sebelum ini bagi keselesaan pesakit.
Menterinya, Dr Zaliha Mustafa berkata, beliau mengambil maklum perkara tersebut susulan satu sesi lawatan mengejut dilakukannya pada Rabu.
“Antara inisiatif HTAR adalah menyediakan wad bagi pesakit stabil yang dijangka pulang selepas dua atau tiga hari, menggunakan teknologi digital bagi menguruskan penggunaan katil serta berkomunikasi antara kakitangan hospital dan kakitangan di klinik kesihatan,” ciap beliau di Twitter pada Khamis.
Dr Zaliha pada masa yang sama menambah, pihaknya turut memberi perhatian terhadap isu menunggu yang lama di jabatan kecemasan hospital tersebut.
“Rata-rata pesakit yang ditemui memberitahu perlu ada penambahbaikan waktu menunggu.
“Ketika sesi lawatan mengejut itu juga, saya turut mendengar cadangan daripada petugas-petugas kesihatan Jabatan Kesihatan HTAR bagi menambah baik perkhidmatan kesihatan dan menzahirkan keprihatinannya terhadap isu yang dibangkitkan.
“Segala maklum balas yang diterima telah dibawa ke mesyuarat bersama pasukan di KKM bagi menambah baik masa menunggu di jabatan kecemasan,” ujarnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Dec 29 2022

Dr Zaliha berkata, pihaknya memberi perhatian terhadap isu menunggu yang lama di jabatan kecemasan hospital tersebut. - Gambar/ FB Dr Zaliha Mustafa

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Dr Dzulkefly komited selesai isu gaji, kebaikan jururawat
"Saya sangat sedar, insaf dan amat empati terhadap pelbagai masalah profesion ini termasuk gaji, saraan, kerjaya, kebajikan."

Menteri Kesihatan alami gejala renal colic
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dirujuk kepada jabatan kecemasan pada Rabu kerana disyaki mengalami gejala renal colic.

Tempoh menunggu rawatan kanser paling lewat sebulan, bergantung kesihatan pesakit
Tempoh menunggu bagi rawatan kanser di fasiliti Kementerian Kesihatan (KKM) sekurang-kurangnya mengambil masa paling lewat sebulan.

ASIAN MEDTEC 2024 perkukuh reputasi Malaysia dalam teknologi, peranti perubatan
ASIAN MEDTEC 2024 bakal memperkukuh reputasi Malaysia sebagai destinasi pilihan pengeluaran dan aktiviti rantaian bekalan peranti perubatan.

Sidang Media Khas COVID-19 jam 4 petang ini
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad akan mengadakan Sidang Media Khas berhubung perkembangan COVID-19, jam 4 petang ini.

Rombakan Kabinet: Dr Dzulkefly tekad teruskan agenda reformasi kesihatan
Menurut Dr Dzulkefly, antara program tersebut termasuk transformasi digital kesihatan dan kewangan kesihatan.

Kurang sebulan MyMinda dilancarkan, lebih 17,000 saringan mental direkodkan
Sejak perkhidmatan modul MyMinda diperkenalkan pada 21 Okt menerusi aplikasi MySejahtera, sebanyak 17,300 saringan mental direkodkan.

PRN: Calon digalakkan jalani ujian saringan kesihatan
Faktor kesihatan merupakan salah satu kriteria penting supaya mengelakkan Pilihan Raya Kecil diadakan pada masa-masa akan datang.

COVID-19 bukan lagi 'kecemasan antarabangsa' - KKM
Perkara itu susulan daripada hasil mesyuarat Jawatankuasa Darurat Peraturan-peraturan Kesihatan Antarabangsa pada 4 Mei lalu di Geneva.

'Banyak keputusan sukar diambil ketika bersama Ismail Sabri' - KJ
Khairy berkata, berkhidmat di bawah Ismail Sabri dan memegang portfolio sebagai Menteri Kesihatan pada ketika itu merupakan satu episod yang tersendiri.