KUALA LUMPUR: Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad akan mengadakan Sidang Media Khas berhubung perkembangan COVID-19, jam 4 petang ini.

Sidang Media Khas itu akan diadakan di bangunan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Putrajaya.

Jangkitan COVID-19 menyaksikan peningkatan kepada 20,696 kes untuk tempoh 10 hingga 16 Disember lalu.

Menurut Dr Dzulkefly, perkembangan itu menunjukkan peningkatan sebanyak 8,000 kes berbanding minggu sebelumnya.

Pada 3 hingga 9 Disember lalu, sebanyak 12,757 kes dilaporkan di seluruh negara dengan angka kematian 11 kes.


* Astro AWANI akan membawakan secara langsung Sidang Media Khas oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly di saluran 501 dan semua platform sosial media, jam 4 petang ini.