PUTRAJAYA: Jumlah jawatan meningkat sebanyak 2.4 peratus kepada 8.83 juta pada suku tahun kedua 2023 daripada 8.62 juta pada suku tahun kedua 2022, demikian menurut laporan Statistik Guna Tenaga Suku Tahun Kedua 2023 yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) pada Isnin.
Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata berikutan itu, trend peningkatan dalam bilangan jawatan diisi dapat dilihat meningkat sebanyak 2.5 peratus merekodkan 8.64 juta jawatan pada suku tahun kedua 2023 berbanding 8.42 juta jawatan pada suku tahun kedua 2022.
Beliau berkata walau bagaimanapun, bilangan kekosongan jawatan mengalami pertumbuhan negatif dan menurun sebanyak 0.9 peratus merekodkan 189,600 kekosongan berbanding 191,300 kekosongan pada suku tahun kedua 2022.
"Dalam tempoh ini, kadar jawatan diisi dan kekosongan jawatan masing-masing merekodkan 97.9 peratus dan 2.1 peratus, mencerminkan pasaran buruh yang seimbang dan berdaya saing," katanya.
Menurut Mohd Uzir, melihat kepada senario jawatan diisi pada suku tahun kedua 2023, sektor perlombongan dan pengkuarian menjadi penyumbang utama dengan kadar pertumbuhan tertinggi sebanyak 3.6 peratus, diikuti pembuatan dengan 3.1 peratus dan pertanian 3 peratus.
Dari segi pecahan jawatan mengikut sektor ekonomi, sektor perkhidmatan merupakan penyumbang terbesar bagi jawatan diisi dengan 4.55 juta jawatan atau 52.7 peratus daripada jumlah jawatan diisi manakala sektor pembuatan dengan 2.32 juta jawatan diisi (26.9 peratus) dan sektor pembinaan dengan 1.24 juta jawatan diisi (14.3 peratus).
Mohd Uzir berkata bilangan kekosongan jawatan dalam sektor ekonomi pada suku tahun kedua 2023 menurun sebanyak 1,700 kepada 189,600 daripada 191,300 pada suku tahun kedua 2022.
"Lebih daripada separuh kekosongan jawatan adalah dalam sektor pembuatan dengan 108,000 kekosongan, manakala sektor pertanian berada di kedudukan kedua dengan 30,700 kekosongan," katanya.
Mengenai pewujudan jawatan pada suku tahun kedua 2023, Mohd Uzir berkata terdapat sejumlah 31,900 jawatan baharu bagi memenuhi permintaan yang meningkat berikutan pemulihan ekonomi dengan 16,500 jawatan adalah daripada sektor perkhidmatan.
"Keseluruhan permintaan buruh dalam sektor ekonomi pada suku tahun kedua 2023 terus menunjukkan trend positif walaupun menghadapi risko kemelesetan global, yang menjurus kepada pertambahan peluang pekerjaan dan mengukuhkan pasaran buruh di Malaysia," katanya.
Jawatan merujuk kepada jumlah buruh yang merangkumi jawatan diisi dan kekosongan manakala jawatan diisi merujuk kepada pekerja bergaji sepenuh masa dan sambilan tidak termasuk pemilik perseorangan dan rakan niaga.
Kekosongan merujuk kepada jawatan yang wujud dan tersedia untuk diisi tetapi belum diisi manakala pewujudan jawatan adalah jawatan yang diwujudkan dalam sesebuah organisasi dengan jawatan tersebut belum pernah tersedia sebelum ini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 14 2023
Mohd Uzir berkata bilangan kekosongan jawatan dalam sektor ekonomi pada suku tahun kedua 2023 menurun sebanyak 1,700 kepada 189,600 daripada 191,300 pada suku tahun kedua 2022. - Foto fail/Astro AWANI
Masters China: Pang Ron-Su Yin mara final, bakal bertemu pilihan pertama
Bregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin, kini tiba di pentas final Masters China susulan kemenangan yang dilakar dalam aksi separuh akhir.
Malaysia-Korea Selatan: Korea Selatan minat kerjasama pembangunan lebuh raya di Malaysia
Korea Selatan menyatakan minat untuk menjalin kerjasama dengan Malaysia dalam sektor pembinaan infrastruktur terutamanya pembangunan dan pengurusan lebuh raya pintar yang mengintegrasikan teknologi tinggi dan canggih di negara ini.
Pecah rekod Erling Haaland, Harry Kane muncul penjaring 50 gol terpantas Bundesliga
Kane membuka jaringan pada minit ke-53 menerusi sepakan penalti sebelum dua gol pantas dalam masa kecederaan.
Tingkat integriti: Kamera badan penguat kuasa JPJ diperlukan
Penggunaan kamera badan bagi anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sangat diperlukan bagi meningkatkan integriti dalam kalangan anggota bertugas dan orang awam.
Syarikat telco utama tawar pakej Internet, peranti menarik sempena program 2TM
Pelbagai pakej Internet dan peranti menarik ditawarkan oleh syarikat telekomunikasi utama pada Program Dua Tahun Kerajaan Madani (2TM).
Tular video pekerja asing beli minyak masak subsidi
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor menyerbu dua premis di Sungai Buloh susulan video tular pembelian minyak masak subsidi 1kg oleh pekerja restoran nasi kandar.
Serbuan melibatkan sebuah pasaraya runcit dan restoran nasi kandar dijalankan oleh tujuh anggota penguat kuasa dalam dua pasukan berasingan.
Serbuan melibatkan sebuah pasaraya runcit dan restoran nasi kandar dijalankan oleh tujuh anggota penguat kuasa dalam dua pasukan berasingan.
Polis tidak pernah henti siasat kes simbah asid Faisal Halim - KPN
Tan Sri Razarudin Husain menegaskan polis tidak pernah menghentikan siasatan kes simbah asid membabitkan pemain Selangor FC, Faisal Halim.
China Masters: Impian final Tang Jie-Ee Wei berkecai
PERJALANAN gandingan beregu campuran nombor satu negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei di China Masters tersekat di separuh akhir pada Sabtu.
"Saya kadang-kadang bingung pejuang bangkit pertahan korup..." - PM
"Saya kadang-kadang bingung bagaimana mungkin seorang pejuang bangsa dan agama boleh bangkit pertahan korup guna hujan Melayu dan Islam..,"kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
#AWANInews
#AWANInews
Conor McGregor disabit bersalah, lakukan serangan seksual terhadap wanita
Juri menyampaikan keputusan itu selepas enam jam perbincangan semalam, mendapati McGregor bersalah menyerang wanita berusia 35 tahun itu.
Pengukuhan ekonomi Suku-3 letak Malaysia di landasan pertumbuhan 4.8-5.3 peratus pada 2024
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata prestasi kukuh ekonomi Malaysia pada Suku Ketiga (S3) 2024 mencerminkan keyakinan perniagaan dan juga pengguna terhadap ekonomi Malaysia.
UTM tidak berdepan masalah kebolehpasaran graduan
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) tidak berdepan masalah kebolehpasaran graduan selepas terus mencatatkan kadar kebolehpasaran 100 peratus.
Permintaan tenaga buruh catat bilangan tertinggi pada suku ketiga 2024 - DOSM
Permintaan tenaga buruh pada suku ketiga tahun ini mencatatkan bilangan tertinggi sejak kali terakhir direkodkan pada 2018, iaitu dengan penawaran sebanyak 9.01 juta jawatan.
Ketirisan subsidi harus ditangani menerusi data tepat DOSM - PM Anwar
Kebocoran atau ketirisan subsidi yang disalurkan kerajaan kepada rakyat, harus ditangani menerusi bantuan maklumat dan data tepat yang diusahakan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Kesalahan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak meningkat 21.1 peratus pada 2023
Kesalahan amang seksual secara fizikal terhadap kanak-kanak pada 2023 mencatatkan peningkatan 21.1 peratus.
DOSM rai 75 tahun perkhidmatan statistik bersama rakyat
Sambutan ulang tahun ini melambangkan pencapaian penting sepanjang tiga suku abad DOSM berkhidmat kepada negara, menyajikan statistik yang mendalam mengenai ekonomi, sosial, dan budaya masyarakat.
Harga eksport Malaysia susut 0.6 peratus kepada 149.3 mata pada September - Jabatan Perangkaan
Harga eksport Malaysia pada September 2024susut 0.6 peratus kepada 149.3 mata daripada 150.3 mata pada bulan sebelumnya manakala harga import jatuh 1.9 peratus kepada 127.1 mata.
Kelahiran hidup meningkat 7.7 peratus pada 2023 - Perangkaan
Kelahiran hidup meningkat 7.7 peratus kepada 455,761 pada 2023 berbanding 423,124 kelahiran pada 2022.
Malaysia perlu rebut peluang dalam pasaran peranti perubatan global - Chang
Inovator dan pengeluar di Malaysia perlu merebut peluang daripada potensi besar industri peranti perubatan global, yang dijangka mencapai hampir US$800 bilion menjelang 2030, kata Menteri Sains, Tekno
Agenda SMJ nampak hasil positif lonjak ekonomi, tarik pelabur - Hajiji
Agenda pembangunan Sabah melalui Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) kini berada di landasan yang betul, menampakkan hasil positif dalam menarik pelabur dan melonjakkan ekonomi negeri.