PUTRAJAYA: Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) telah memulakan siasatan berhubung kelewatan pembayaran gaji kepada kakitangan sebuah universiti swasta di ibu negara.
Menerusi kenyataan hari ini, JTKSM memaklumkan siasatan Pejabat Tenaga Kerja (PTK) Cyberjaya hasil aduan yang diterima melalui media massa dan juga e-mel mendapati aduan adalah berasas.
"Pihak pengurusan universiti mengakui mereka kini berdepan dengan krisis kewangan yang menyebabkan kelewatan bayaran gaji pada bulan April dan Mei melibatkan 93 pekerja dengan gaji RM4,800 ke atas.
"Daripada jumlah berkenaan, 86 ialah tenaga kerja tempatan dan tujuh merupakan tenaga kerja asing," menurut kenyataan itu.
JTKSM memaklumkan beberapa pekerja juga telah berhenti kerja tanpa meninggalkan maklumat lengkap menyukarkan pihak universiti menguruskan isu ini dengan cepat memandangkan pengurus pentadbiran dan kewangan baru dilantik.
Sehubungan dengan itu, pegawai penyiasat telah mengeluarkan saman hadir kepada pengurusan universiti untuk hadir ke PTK Cyberjaya bagi memberikan keterangan lebih lanjut dan mengemukakan dokumen-dokumen lengkap.
Bagi pekerja yang mengadu dan telah ditemui, mereka diminta hadir ke PTK sama untuk memfailkan kes buruh sepertimana prosedur kehendak Akta Kerja 1955 bagi membolehkan pegawai buruh mengeluarkan perintah terhadap majikan, menurut kenyataan itu.
JTKSM memaklumkan PTK Cyberjaya akan membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 19 Akta Kerja 1955 iaitu kesalahan kelewatan bayaran gaji.
"Pekerja juga dinasihatkan untuk memfailkan kes buruh di bawah Seksyen 69 Akta Kerja 1955 antaranya membabitkan tuntutan terhadap majikan berkaitan baki gaji, gaji ganti notis atau bayaran gaji kerja lebih masa," menurut kenyataan itu.
JTKSM melalui PTK Cyberjaya akan mengendalikan kes ini selaras dengan peruntukan perundangan perburuhan terpakai di bawah bidang kuasa JTKSM tanpa sebarang kompromi serta akan memastikan hak-hak pekerja dilindungi dan majikan mematuhi undang-undang berkaitan pembayaran gaji.
Sebelum ini, portal media tempatan melaporkan hampir semua kakitangan sebuah universiti swasta terkemuka mendakwa tidak dibayar gaji sejak tiga bulan lepas dan meminta campur tangan kerajaan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 07 2024
![JTKSM mulakan siasatan kelewatan pembayaran gaji babit universiti swasta JTKSM mulakan siasatan kelewatan pembayaran gaji babit universiti swasta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/61680784356_JTKSMJabatanTenag.jpg)
JTKSM memaklumkan siasatan PTK Cyberjaya hasil aduan yang diterima melalui media massa dan juga e-mel mendapati aduan adalah berasas. - Gambar fail
![Dua bekas PM cadang usul khas isu Palestin dibentang di Parlimen Dua bekas PM cadang usul khas isu Palestin dibentang di Parlimen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739458140_IsmailSabriMuhyid.jpg)
Dua bekas PM cadang usul khas isu Palestin dibentang di Parlimen
Ismail Sabri berkata dunia harus mengecam cadangan itu yang tidak berperikemanusiaan dan tidak harus dibenarkan untuk direalisasikan.
![Rakyat Malaysia dinasihat elak kunjungi perkampungan nelayan Narathiwat, kawasan panas dadah Rakyat Malaysia dinasihat elak kunjungi perkampungan nelayan Narathiwat, kawasan panas dadah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/61616938635_Narathiwat.jpg)
Rakyat Malaysia dinasihat elak kunjungi perkampungan nelayan Narathiwat, kawasan panas dadah
Polis Thailand kenal pasti beberapa perkampungan nelayan di Narathiwat yang lazimnya digunakan oleh pengedar dadah sebagai pangkalan operasi.
![Ramanan serah bantuan kewangan RM1.4 juta kepada lapan koperasi komuniti India Ramanan serah bantuan kewangan RM1.4 juta kepada lapan koperasi komuniti India](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739461869_RRamanan.jpg)
Ramanan serah bantuan kewangan RM1.4 juta kepada lapan koperasi komuniti India
Ramanan berkata pemberian bantuan itu adalah bukti komitmen kementeriannya dalam membantu membangunkan ekonomi komuniti India.
Tumpuan Jumaat – 14 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Dialog Tiga Penjuru: Tangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk baiki skor CPI
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan memberi penekanan menangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk memperbaiki skor Indeks Persepsi Rasuah (CPI). #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Segerakan RUU Pendanaan Politik, mula dengan skop lebih kecil – Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata undang-undang berkaitan pendanaan politik perlu disegerakan dengan tumpuan awal diberikan kepada pendanaan kempen pilihan raya. Jelasnya, penguatkuasaan undang-undang ini adalah ideal ketika ini memandangkan beberpa siri pilihan raya akan bermula tidak lama lagi. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Kurang transaksi fizikal, kurang risiko rasuah
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki sepakat bahawa mengurangkan transaksi fizikal di kaunter perkhidmatan awam akan mengurangkan risiko rasuah. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Indeks Persepsi Rasuah: SPRM akan lebih terbuka, MPC akan ambil tindakan
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata pihaknya akan memastikan agensinya lebih terbuka dan telus dalam melaporkan sebarang siasatan yang dijalankan. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan seterusnya mencadangkan agar Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) yang merupakan sebahagian sumber survei CPI agar mengambil tindakan sewajarnya. #DialogTigaPenjuru
Korea Selatan larang 'power bank' di ruang penyimpanan atas
Penumpang yang melakukan perjalanan dengan syarikat penerbangan Korea Selatan tidak lagi dibenarkan menyimpan bateri mudah alih (power bank) dan rokok elektronik di dalam ruang penyimpanan atas mulai bulan depan.
![JTKSM mulakan siasatan kelewatan pembayaran gaji babit universiti swasta JTKSM mulakan siasatan kelewatan pembayaran gaji babit universiti swasta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/61680784356_JTKSMJabatanTenag.jpg)
JTKSM mulakan siasatan kelewatan pembayaran gaji babit universiti swasta
Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) telah memulakan siasatan berhubung kelewatan pembayaran gaji kepada kakitangan sebuah universiti swasta di ibu negara.
![Hanya 50 peratus majikan patuh Akta 446 Hanya 50 peratus majikan patuh Akta 446](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/61610529855_Ruangbawahtangki.jpg)
Hanya 50 peratus majikan patuh Akta 446
Hanya 50 peratus majikan di seluruh Semenanjung mematuhi Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Pindaan) 2019 (Akta 446).
![Ruang penginapan pekerja asing sempit, panas dan tidak teratur diserbu JTKSM Ruang penginapan pekerja asing sempit, panas dan tidak teratur diserbu JTKSM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61696332325_OpsMatela.jpg)
Ruang penginapan pekerja asing sempit, panas dan tidak teratur diserbu JTKSM
Pemerhatian mendapati keadaan pendawaian elektrik di setiap kontena berkenaan juga tidak teratur dan membahayakan keselamatan pekerja selain keadaan kontena yang gelap.
![Permohonan pekerja asing tiga subsektor dibuka 10 Okt - Sivakumar Permohonan pekerja asing tiga subsektor dibuka 10 Okt - Sivakumar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/51696240446_Sivakumar.jpg)
Permohonan pekerja asing tiga subsektor dibuka 10 Okt - Sivakumar
Permohonan pekerja asing baharu dan sedia ada bagi subsektor tukang gunting rambut, pekerja tekstil dan tukang emas akan dibuka mulai 10 Oktober depan.
![26 warga Bangladesh diselamatkan, majikan gagal beri pekerjaan 26 warga Bangladesh diselamatkan, majikan gagal beri pekerjaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/61680784356_JTKSMJabatanTenag.jpg)
26 warga Bangladesh diselamatkan, majikan gagal beri pekerjaan
Kesemua mereka yang diselamatkan telah berada di negara ini selama hampir dua bulan selepas dibawa masuk pada 15 Feb lepas.
![Kemasukan pekerja asing ke negara ini perlu dapat kelulusan JTKSM mulai 1 Sept - Saravanan Kemasukan pekerja asing ke negara ini perlu dapat kelulusan JTKSM mulai 1 Sept - Saravanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/71651154035_TBSARAVANAN.jpg)
Kemasukan pekerja asing ke negara ini perlu dapat kelulusan JTKSM mulai 1 Sept - Saravanan
Kemasukan pekerja asing profesional atau bukan profesional ke negara ini perlu mendapat kelulusan Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) mulai 1 September depan.
![Potong faedah pekerja satu penderaan - Syed Saddiq Potong faedah pekerja satu penderaan - Syed Saddiq](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/61654356108_SyedSaddiq.jpg)
Potong faedah pekerja satu penderaan - Syed Saddiq
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, majikan terbabit sepatutnya berunding dengan pekerja sebelum melakukan tindakan sedemikian.
![Majikan diwajib dapatkan perakuan penginapan pekerja dari JTKSM Majikan diwajib dapatkan perakuan penginapan pekerja dari JTKSM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/51604317216_IsmailSabri.jpg)
Majikan diwajib dapatkan perakuan penginapan pekerja dari JTKSM
Majikan diwajibkan memperoleh perakuan penginapan pekerja daripada Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) sebagai prasyarat sebelum membawa masuk pekerja asing di negara ini.
![Hanya 30 peratus daripada 24,000 syarikat patuh Akta 446 Hanya 30 peratus daripada 24,000 syarikat patuh Akta 446](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2016-02/71455983970_KeselamatanBUDGET.jpg)
Hanya 30 peratus daripada 24,000 syarikat patuh Akta 446
Hanya 30 peratus daripada 24,000 majikan yang menyediakan penginapan buat pekerja asing mematuhi Akta Standard Minima Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446).
![Jabatan Tenaga Kerja buka 21 kertas siasatan, 19 terhadap Top Glove Jabatan Tenaga Kerja buka 21 kertas siasatan, 19 terhadap Top Glove](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/41606124519_950x600.jpg)
Jabatan Tenaga Kerja buka 21 kertas siasatan, 19 terhadap Top Glove
Syarikat itu didapati tidak mematuhi Akta Standard Minima Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446).