PUTRAJAYA:Hanya 30 peratus daripada 24,000 majikan yang menyediakan penginapan buat pekerja asing mematuhi Akta Standard Minima Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446).
Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM), Asri Ab Rahman berkata, jumlah itu agak rendah malah lebih membimbangkan, hanya 665 daripada lebih 54,000 syarikat memohon Perakuan Penginapan daripada jabatan itu.
Menurutnya, meskipun jumlah permohonan masih rendah namun JTKSM mensasarkan sehingga hujung tahun depan, semua syarikat tersebut sudah memperoleh Perakuan Penginapan.
“Kebanyakan daripada mereka menggunakan alasan disebabkan kos, mereka kata itu akan meningkatkan kos perniagaan mereka.
“Pada masa sama, kita dah tubuhkan enam jawatankuasa yang turut diwakili kesatuan majikan dan wakil-wakil subsektor. Kita tubuh jawatankuasa dari sub sektor sarung tangan getah, pembuatan, pembinaan, elektrik dan elektronik, perkhidmatan dan perladangan.
“Kita panggil pihak syarikat untuk bincang bagaimana untuk menangani dari segi kepatuhan tersebut,” katanya dalam sidang media di sini pada Selasa.
Menurutnya, berdasarkan pemerhatian pihaknya, banyak majikan menyediakan tempat penginapan namun tidak mengikut spesifikasi ditetapkan dalam akta tersebut seperti keluasan bagi 800 kaki persegi hanya sesuai untuk ditempatkan enam pekerja.
BACA: Jabatan Tenaga Kerja buka 21 kertas siasatan, 19 terhadap Top Glove
BACA: Majikan perlu lebih masa untuk patuhi Akta Perumahan Pekerja - MEF
"Walaupun masih banyak majikan gagal mematuhi akta tersebut, namun masih terdapat beberapa syarikat yang menyediakan penginapan terbaik kepada pekerja mereka.
"Bagi industri sarung tangan getah, Hartalega adalah antara contoh terbaik manakala sektor perladangan, boleh tengok kepada Sime Darby.
“Kilang Intel yang terletak di Pulau Pinang juga merupakan contoh penyedia penempatan sektor elektrikal dan elektronik terbaik. Bukan kata tiada yang terbaik, ada juga yang boleh dijadikan contoh,” ujarnya.
Astro AWANI pada 25 November melaporkan Kementerian Sumber Manusia (KSM) akan menguatkuasakan Akta 446 bermula 26 November lepas.
Antara lain akta pindaan berkenaan bertujuan menambah baik standard penginapan pekerja asing dalam pelbagai sektor di negara ini.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, semua majikan perlu mematuhi penguatkuasaan akta berkenaan.
BACA: Denda RM50,000 terhadap majikan gagal patuh Akta 446 - Saravanan
BACA: Akta 446 dikuatkuasa bagi memastikan tempat penginapan pekerja lebih kondusif
Ridauddin Daud
Tue Dec 01 2020
![Hanya 30 peratus daripada 24,000 syarikat patuh Akta 446 Hanya 30 peratus daripada 24,000 syarikat patuh Akta 446](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2016-02/71455983970_KeselamatanBUDGET.jpg)
Hanya 30 peratus daripada 24,000 majikan yang menyediakan penginapan buat pekerja asing mematuhi Akta Standard Minima Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446). - Gambar hiasan/Astro AWANI
![Paus Francis disahkan menghidap pneumonia - Vatican Paus Francis disahkan menghidap pneumonia - Vatican](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81724910395_tbPopeFrancis.jpg)
Paus Francis disahkan menghidap pneumonia - Vatican
Pemimpin tertinggi Gereja Katolik Sedunia itu alami pneumonia dia kedua-dua paru-parunya dan keadaannya kekal "kompleks." kata pentadbiran Vatican.
![Mesir anjur sidang kemuncak tergempar Arab Mesir anjur sidang kemuncak tergempar Arab](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Mesir anjur sidang kemuncak tergempar Arab
Sidang kemuncak yang pada asalnya dijadualkan berlangsung pada 27 Februari ditangguhkan ke 4 Mac bagi melengkapkan persiapan logistik.
![Aktivis teater Zakaria Ariffin meninggal dunia Aktivis teater Zakaria Ariffin meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739922101_tbZAKARIAARIFFINB.jpg)
Aktivis teater Zakaria Ariffin meninggal dunia
Allahyarham Zakaria yang berusia 73 tahun meninggal dunia akibat stroke di Hospital Slim River, Perak, sekitar pukul 2.30 pagi tadi.
Zelenskyy tangguh lawatan ke Arab Saudi
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy, menangguhkan lawatannya ke Arab Saudi bagi mengelakkan sebarang legitimasi terhadap mesyuarat antara pegawai Amerika Syarikat dan Rusia di Riyadh pada Selasa.
Ketika berada di Turki, Zelenskyy menjelaskan bahawa lawatannya, yang dijadualkan pada Rabu, ditangguhkan ke 10 Mac bagi mengelakkan sebarang kebetulan dengan pertemuan tersebut.
Ketika berada di Turki, Zelenskyy menjelaskan bahawa lawatannya, yang dijadualkan pada Rabu, ditangguhkan ke 10 Mac bagi mengelakkan sebarang kebetulan dengan pertemuan tersebut.
![Ribuan berhimpun bantah pentadbiran Trump pada Hari Presiden Ribuan berhimpun bantah pentadbiran Trump pada Hari Presiden](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739915838_TBTrumpProtests.jpg)
Ribuan berhimpun bantah pentadbiran Trump pada Hari Presiden
Protes besar-besaran itu dibuat ketika cuti umum Hari Presiden yang disambut pada hari Isnin ketiga dalam bulan Februari setiap tahun.
PGA tumpaskan sindiket dadah, temui 393 pil yaba di Kelantan
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara berjaya menumpaskan kegiatan pengedaran dadah dalam op taring wawasan Kelantan selepas menyerbu sebuah rumah di Pulau Belanga, Kota Bharu pada Isnin.
Wanita warga Belanda cedera ketika mendaki gunung jasar
Penolong pengarah operasi Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa dalam kenyataan pada Selasa berkata, mangsa berusia 51 tahun yang mendaki secara berkumpulan itu mengalami kecederaan pada bahagian lutut.
Mayat kedua remaja lemas di Sungai Perak ditemui
Mayat seorang lagi pelajar sekolah yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh dalam sungai perak dekat Kampung Tepus, Tanjung Belanja di parit pada Isnin ditemui pada Selasa.
![Zelenskyy tangguh lawatan ke Arab Saudi untuk elak beri ‘legitimasi’ kepada Mesyuarat AS-Rusia Zelenskyy tangguh lawatan ke Arab Saudi untuk elak beri ‘legitimasi’ kepada Mesyuarat AS-Rusia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739914081_TBVolodymyrZelenski.jpg)
Zelenskyy tangguh lawatan ke Arab Saudi untuk elak beri ‘legitimasi’ kepada Mesyuarat AS-Rusia
Ukraine enggan orang lain buat keputusan di belakang mereka, tiada keputusan boleh dibuat tanpa Ukraine mengenai bagaimana untuk menamatkan perang di Ukraine.
Israel berdegil enggan undur tentera dari selatan Lubnan
Tentera Israel masih mengekalkan pasukannya di lima pos tentera di selatan Lubnan, walaupun melepasi tarikh akhir pengunduran yang ditetapkan dalam perjanjian gencatan senjata pada Selasa.
![Hanya 50 peratus majikan patuh Akta 446 Hanya 50 peratus majikan patuh Akta 446](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/61610529855_Ruangbawahtangki.jpg)
Hanya 50 peratus majikan patuh Akta 446
Hanya 50 peratus majikan di seluruh Semenanjung mematuhi Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Pindaan) 2019 (Akta 446).
![Gagal patuhi Akta 446, ramai majikan masih sediakan asrama 'meloyakan' Gagal patuhi Akta 446, ramai majikan masih sediakan asrama 'meloyakan'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/61661152207_PekerjaAsing.jpg)
Gagal patuhi Akta 446, ramai majikan masih sediakan asrama 'meloyakan'
Terdapat kes pekerja warga asing dari Nepal, Myanmar dan Bangladesh terpaksa berhimpit di ruang yang kecil.
![Akta 446: Belum sesuai naikkan denda syarikat pembinaan langgar SOP - Saravanan Akta 446: Belum sesuai naikkan denda syarikat pembinaan langgar SOP - Saravanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/41624529351_pembangunanconstru.jpg)
Akta 446: Belum sesuai naikkan denda syarikat pembinaan langgar SOP - Saravanan
Setakat ini di bawah Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446), syarikat yang melanggar SOP dikenakan kompaun berjumlah RM50,000.
![KSM cadang naik denda RM500,000 kepada majikan abai pekerja KSM cadang naik denda RM500,000 kepada majikan abai pekerja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/81632478988_TBRUBBERGLOVEQUATER.jpg)
KSM cadang naik denda RM500,000 kepada majikan abai pekerja
Kementerian Sumber Manusia bercadang menaikkan denda maksimum daripada RM50,000 kepada RM500,000 terhadap majikan yang mengabaikan keselamatan dan kesihatan pekerja.
![Ingkar SOP: 16 pemilik kilang di Kedah dikompaun RM10,000 setiap satu Ingkar SOP: 16 pemilik kilang di Kedah dikompaun RM10,000 setiap satu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/71625293063_TBMakanKilang.jpg)
Ingkar SOP: 16 pemilik kilang di Kedah dikompaun RM10,000 setiap satu
Operasi pada Jumaat membabitkan pemeriksaan ke atas 299 kilang dan 60 pekerja warga asing.
![745 kertas siasatan dibuka terhadap majikan langgar Akta 446 745 kertas siasatan dibuka terhadap majikan langgar Akta 446](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/81623455066_AwangHashim.jpg)
745 kertas siasatan dibuka terhadap majikan langgar Akta 446
Daripada jumlah itu sebahagiannya telah didenda dan dikenakan kompaun berjumlah lebih RM3.4 juta.
![MBAM mohon tempoh penangguhan setahun patuhi pindaan Akta 446 MBAM mohon tempoh penangguhan setahun patuhi pindaan Akta 446](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/41617983068_TBMBAMMOHONTEMPOH.jpg)
MBAM mohon tempoh penangguhan setahun patuhi pindaan Akta 446
Penangguhan itu akan memberi peluang kepada industri untuk lebih bersedia dari segi masa dan kewangan untuk mematuhi syarat pindaan terkini.
![Top Glove mengaku tidak bersalah gagal sedia penginapan pekerja ikut standard Top Glove mengaku tidak bersalah gagal sedia penginapan pekerja ikut standard](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/81615872914_MahkamahSesyenIpoh.jpg)
Top Glove mengaku tidak bersalah gagal sedia penginapan pekerja ikut standard
Syarikat itu yang diwakili seorang pengarah membuat pengakuan tersebut selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nurashima Khalid.
![Pematuhan Akta 446 penting untuk lindungi hak asasi pekerja - Fadillah Pematuhan Akta 446 penting untuk lindungi hak asasi pekerja - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/81605684203_FadillahYusof.jpg)
Pematuhan Akta 446 penting untuk lindungi hak asasi pekerja - Fadillah
Pematuhan terhadap akta berkenaan juga amat penting dalam usaha kerajaan membendung penularan wabak COVID-19.
![Penguatkuasaan, pelaksanaan Akta 446 tidak akan ditangguh - Awang Hashim Penguatkuasaan, pelaksanaan Akta 446 tidak akan ditangguh - Awang Hashim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/41614331865_AWANGHASHIM.jpg)
Penguatkuasaan, pelaksanaan Akta 446 tidak akan ditangguh - Awang Hashim
Kerajaan menerusi Kementerian Sumber Manusia mengambil keputusan untuk tidak menangguhkan penguatkuasaan pindaan terbaharu Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446).