KUALA LUMPUR: Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman hari ini memeterai kerjasama dengan syarikat pembangun aplikasi telefon bimbit Whoscall bagi mengekang kes penipuan dalam talian.
Pengarah JSJK Datuk Seri Kamarudin Md Din berkata aplikasi identifikasi panggilan yang dibangunkan oleh syarikat My Gogo and Look Sdn Bhd itu akan memberi maklumat kepada pengguna berhubung panggilan tidak diketahui.
Beliau berkata melalui kerjasama itu, nombor telefon yang tersenarai dalam pangkalan data Sistem Semakmule milik JSJK akan ditandakan sebagai scammer oleh Whoscall.
"Ini membolehkan pengguna yang memuat turun aplikasi ini di telefon bimbit mereka membuat keputusan sama ada mahu menjawab panggilan yang diterima atau sebaliknya," menurut beliau dalam kenyataan hari ini.
Kamarudin berkata JSJK turut melancarkan lagu antipenipuan bertajuk 'Be Smart Stay Alert' ciptaan pemuzik dan komposer Lenny Ooi Teck Wai.
"Video muzik lagu ini dimuat naik ke laman Facebook JSJK dan diharap pengguna media sosial dapat berkongsi serta menyebarkan muzik video ini bagi memastikan mesej di sebalik lagu ini dapat disampaikan kepada seramai mungkin individu," katanya.
Kamarudin berkata pihaknya juga sedang bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan supaya lagu itu dapat dinyanyikan oleh pelajar di sekolah dalam menyampaikan mesej pencegahan jenayah komersial sejak di bangku sekolah lagi.
Beliau juga berkata kes jenayah penipuan dalam talian mencatatkan penurunan pada tahun lepas iaitu 20,041 berbanding 20,701 pada 2021.
Katanya bagaimanapun, jumlah tangkapan dan kerugian meningkat iaitu 13,371 tangkapan yang melibatkan kerugian sebanyak RM684,574,056.73 pada tahun lepas berbanding 9,991 dengan kerugian RM560,813,575.94 pada 2021.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 04 2023

Pengarah JSJK Datuk Seri Kamarudin Md Din berkata aplikasi identifikasi panggilan yang dibangunkan oleh syarikat My Gogo and Look Sdn Bhd itu akan memberi maklumat kepada pengguna berhubung panggilan tidak diketahui. - Gambar fail

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Polis ingatkan bakal haji berwaspada tawaran visa mujamalah dan furada
Orang ramai terutama bakal jemaah haji diingatkan supaya sentiasa berhati-hati dengan tawaran pakej visa mujamalah atau furada.

Pegawai bank, eksekutif jualan rugi RM2.33 juta terperdaya skim pelaburan tidak wujud
Seorang pegawai bank lelaki dan seorang eksekutif jualan wanita kerugian lebih RM2.33 juta selepas terpredaya dengan skim pelaburan tidak wujud.

Sindiket 'phone scam' makin berani, tipu pesara RM70,000 dengan taktik bersemuka
Polis turut menegaskan pindahan panggilan antara agensi khususnya dalam kes 'phone scam' bukanlah cara kerja agensi kerajaan.

RM2.8 juta lesap, warga emas terperdaya pelaburan tidak wujud
Seorang lelaki warga emas kerugian lebih RM2.8 juta akibat terperdaya dengan skim pelaburan tidak wujud di laman media sosial.

Polis tahan tiga warga Sierra Leone dalang sindiket wang palsu
Cubaan tiga warga Sierra Leone menjual wang palsu dolar Amerika Syarikat (USD) kepada pembeli tempatan gagal, selepas diberkas polis dalam serbuan di ibu negara.

Pesara guru rugi RM1.7 juta terperdaya 'phone scam'
Seorang pesara guru kerugian RM1.7 juta selepas diperdaya pemanggil yang menyamar sebagai Pegawai Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia pada Ogos lepas.

Penipuan SMS 'syarikat telco' dikesan kembali aktif
Taktik penipuan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) yang kononnya dihantar daripada syarikat telekomunikasi terkenal dikesan kembali aktif sejak awal tahun ini.

Orang ramai perlu waspada taktik penipuan tawar barangan elektronik murah
Penipuan dilakukan menerusi pautan 'mobile website' palsu yang diwujudkan sindiket bagi menipu mangsa.

Polis tumpas skim pelaburan palsu 'Amundi', tahan 16 individu
Polis menumpaskan skim penipuan pelaburan palsu 'Amundi' yang didakwa menawarkan pulangan keuntungan tinggi dalam tempoh 48 jam dengan menahan 16 individu.

Polis tumpas sindiket penipuan panggilan telefon pihak menyamar pegawai insurans
Polis menumpaskan satu sindiket penipuan berkaitan panggilan telefon daripada pihak yang menyamar sebagai pegawai insuran.