KUALA LUMPUR: Polis menumpaskan skim penipuan pelaburan palsu 'Amundi' yang didakwa menawarkan pulangan keuntungan tinggi dalam tempoh 48 jam dengan menahan 16 individu.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata sindiket itu dikesan giat mempromosikan aktiviti tersebut di media sosial dengan menggunakan nama 'Pelaburan Amundi (Asset Management) Sdn Bhd'.
"Hasil siasatan mendapati tawaran pelaburan ini menjanjikan pulangan keuntungan yang sangat tinggi hanya dalam tempoh 48 jam dengan menawarkan beberapa pakej istimewa seperti 'Basic', 'Premium', 'Crown' dan 'Superconquer'.
"Modus operandi sindiket ini menggunakan pakej istimewa di mana 'Basic' dengan modal RM600 membawa keuntungan RM8,500, diikuti 'Premium' bermodalkan RM900 menjamin pulangan sehingga RM15,500," katanya dalam sidang media JSJK di sini, hari ini.
Ramli berkata dua pakej lain ditawarkan ialah 'Crown' dengan modal pelaburan sebanyak RM1,800 berserta keuntungan dijamin sebanyak RM35,500 manakala 'Superconquer' dengan modal pelaburan RM4,000 dan keuntungan mencecah RM85,500.
Beliau berkata setakat ini 15 kertas siasatan telah dibuka terhadap skim penipuan itu melibatkan nilai kerugian berjumlah lebih RM166,000.
"Dalam usaha untuk menumpaskan kegiatan sindiket ini, seramai 16 individu terdiri daripada 14 lelaki dan dua wanita telah ditahan dalam dua operasi di Johor dan Sarawak pada 6 dan 7 Mac lepas dan polis turut merampas 20 buah telefon bimbit, sebuah komputer riba, tiga keping kad mesin ATM dan sebuah beg silang," katanya.
Beliau berkata kesemua suspek ialah warga tempatan berusia antara 21 hingga 70 tahun yang disyaki berperanan sebagai pekerja syarikat dan pemilik keldai akaun digunakan untuk menipu mangsa.
Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 14 2024

Pengarah JSJK Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata sindiket itu dikesan giat mempromosikan aktiviti tersebut di media sosial dengan menggunakan nama 'Pelaburan Amundi (Asset Management) Sdn Bhd'. - Gambar fail/BERNAMA

Sekurang-kurangnya 137 terbunuh di Gaza dalam serangan Israel sejak gencatan senjata
Israel dituduh menggunakan sekatan dan kebuluran sebagai taktik pembunuhan perlahan, menyebabkan malapetaka kemanusiaan di Gaza.

Projek LCS: Bekas Pengarah Urusan BNS lepas tanpa bebas tuduhan pecah amanah RM21 juta
Mahkamah Sesyen melepas tanpa membebaskan bekas Pengarah Urusan BNS, Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor, daripada tiga pertuduhan pecah amanah berhubung projek pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).
Kuwait kutuk Israel sekat elektrik ke Gaza
Kuwait mengutuk tindakan Israel menyekat bekalan tenaga elektrik ke Semenanjung Gaza dan sifatkan ia sebagai hukuman kolektif terhadap rakyat Palestin.
Singapore Airlines larang guna, cas power bank mulai 1 April
Singapore Airlines akan mula menguatkuasakan polisi larangan menggunakan dan mengecas bank kuasa dalam pesawat bermula 1 April.

Penganggur, ibu tunggal mengaku siar video pertubuhan Geng 36, Geng 04
R Elaango didenda RM3,500 atau penjara dua bulan, manakala Tan Lee Sim didenda RM2,000 atau penjara enam bulan.
Kastam rampas mercun dan bunga api stok musim perayaan
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang merampas 1,186 karton mercun dan bunga api bernilai RM225,343.30 seberat 7,818 kilogram menerusi dua serbuan di Seberang Jaya dan Simpang Ampat, Nibong Tebal.

Singapore Airlines larang penggunaan, pengecasan bank kuasa mulai 1 April
Pelanggan Singapore Airlines tidak akan dibenarkan menggunakan bank kuasa atau mengecasnya melalui port USB dalam pesawat berkuat kuasa 1 April.
Pensyarah UiTM Jasin maut dalam nahas jalan raya
Seorang pensyarah Universiti Teknologi MARA (UiTM) Jasin, maut dalam nahas di Jalan Dato Mulia, Jasin pada Selasa. Mangsa yang menunggang motosikal merempuh belakang sebuah lori yang membuat pusingan U secara tiba-tiba dan maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala. #AWANInews
Polis terima maklumat baharu berhubung kes Zayn Rayyan
Maklumat terkini mengenai kes pembunuhan Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, yang melibatkan satu pautan video telah diterima pihak polis. #AWANInews
Bukan hanya trio DJ ERA FM, rakyat juga perlu jadi ejen perpaduan - PM
Dalam usaha menyatukan rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang, agama, kaum, dan bangsa, Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan pentingnya peranan setiap individu sebagai ejen perpaduan.

Polis tumpas skim pelaburan palsu 'Amundi', tahan 16 individu
Polis menumpaskan skim penipuan pelaburan palsu 'Amundi' yang didakwa menawarkan pulangan keuntungan tinggi dalam tempoh 48 jam dengan menahan 16 individu.