PUTRAJAYA: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) hari ini menafikan dakwaan yang tular di media sosial kononnya 54,000 warga China dalam proses diberikan kewarganegaraan untuk menjadi pengundi DAP.
JPN dalam kenyataan hari ini berkata petikan yang ditular itu telah dimanipulasi daripada sebahagian kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution semasa sidang akhbar pada 9 Jan lepas sempena lawatan kerja rasmi beliau ke JPN.
Menurut JPN, inti pati kenyataan Saifuddin ketika itu adalah memaklumkan komitmen beliau sebagai Menteri Dalam Negeri yang baharu dilantik untuk membuat keputusan lulus atau gagal terhadap permohonan kewarganegaraan yang telah tertunggak sekian lama tanpa dibuat sebarang keputusan.
Menurut JPN lagi, jumlah 54,000 permohonan yang disebut merujuk kepada jumlah permohonan dari 2017 sehingga 2022 meliputi pelbagai permohonan di bawah peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang berkaitan dan dari pelbagai latar belakang keturunan dan negara asal.
Berdasarkan rekod jabatan itu dari 2019 hingga 31 Julai lepas, hanya 45 individu dari China dianugerahkan kewarganegaraan Malaysia secara keseluruhan (Perkara 19(1) mengikut negara asal)," menurut JPN.
JPN menegaskan bahawa proses yang dilaksanakan berkaitan penganugerahan taraf kewarganegaraan adalah tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan dan selari dengan undang-undang yang berkuat kuasa bagi memastikan kedaulatan dan keselamatan negara terjamin.
"Penganugerahan taraf kewarganegaraan merupakan anugerah tertinggi oleh kerajaan Malaysia kepada mereka yang benar-benar layak dan memenuhi syarat," menurut JPN.
JPN menegaskan bahawa permohonan kewarganegaraan sentiasa tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan perundangan yang berkuat kuasa.
Permohonan kewarganegaraan hanya boleh dikemukakan setelah seseorang itu memenuhi syarat yang diperuntukkan di bawah Bahagian III, Perlembagaan Persekutuan, Kaedah-Kaedah Kewarganegaraan 1964 serta perundangan berkaitan yang berkuat kuasa dalam isu pendaftaran perkahwinan, pengangkatan, kesahtarafan anak dan peraturan imigresen, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 18 2023
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) hari ini menafikan dakwaan yang tular di media sosial kononnya 54,000 warga China dalam proses diberikan kewarganegaraan untuk menjadi pengundi DAP.
AWANI Ringkas: 12 rakyat Malaysia tiba dari Lubnan hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bekas rakan sepasukan Cristiano Ronaldo teruja mulakan cabaran dengan JDT
Penyerang baharu Johor Darul Ta'zim (JDT), Jese Rodriguez, teruja untuk memulakan cabaran bersama kelab itu.
Menjelang setahun serangan Israel, Rosco anjur konvoi solidariti untuk Gaza
Rosco menganjurkan konvoi motorsikal jenis Cafe Racer di sekitar Lembah Klang sebagai tanda solidariti perjuangan rakyat Palestin.
Ibu mentua Menteri Kerja Raya, Puan Sri Elizabeth Pawa meninggal dunia
Sepanjang hayatnya, mendiang telah menyentuh kehidupan ramai pihak yang mengenalinya.
'Masa untuk hentikan penderitaan' - Ketua PBB rayu keamanan
Antonio Guterres membuat rayuan untuk keamanan menjelang ulang tahun pertama konflik di Gaza minggu depan.
Larian berpakaian tidak senonoh: Tiga lelaki ditahan bantu siasatan
Dua lelaki warga asing dan seorang warga tempatan berusia antara 39 hingga 70 tahun ditahan di sebuah hotel di Kota Tinggi.
Wanita Palestin mengamuk di WTKL mohon maaf, tertekan fikir anak di Gaza
Aminah berkata, perbuatan di luar kawalan itu berlaku disebabkan rasa tertekan memikirkan keadaaan anaknya yang masih berada di Gaza.
Mangsa banjir di Perak terus meningkat, Selangor menurun
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di PPS di Perak terus meningkat pagi ini manakala jumlah mangsa di Selangor menunjukkan penurunan.
Letupan baharu menggegarkan Beirut
Memetik laporan Associated Press, rejim Zionis turut menyerang kem pelarian Palestin jauh di utara buat kali pertama ketika ia menyasarkan kedua-dua pejuang Hezbollah dan Hamas.
Pelabur makin yakin, Malaysia disaran tingkatkan keperluan RE
Keperluan tenaga boleh baharu (RE) di negara ini semakin meningkat seiring keyakinan pelabur asing khususnya untuk mewujudkan pusat data, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.
Wanita dipenjara empat tahun kemuka maklumat palsu daftar kad pengenalan
Seorang pengusaha ikan masin dijatuhi hukuman penjara empat tahun oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku salah atas dua pertuduhan mengemukakan maklumat palsu kepada JPN.
Gani Pelangi akhirnya miliki sijil kelahiran pada usia 44 tahun
Penantian masyarakat Orang Asli Kampung Sungai Keniam, Ulu Tembeling di sini untuk memiliki sijil kelahiran akhirnya tercapai.
KDN galakkan taklimat kewarganegaraan diadakan bersama JPN
Kementerian Dalam Negeri (KDN) menggalakkan sebarang taklimat berkaitan isu, proses serta permohonan kewarganegaraan diadakan dengan penglibatan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Nama Zayn Rayyan dipinda kepada Zayn Rayyan Zaim Ikhwan
Keputusan pembetulan dalam sijil kelahiran dikeluarkan JPN Selangor di mana anak kepada pasangan Zaim Ikhwan dan Ismanira telah dibetulkan.
Permohonan MyKid dibuka semula bermula 29 Julai - JPN
Permohonan MyKid sebelum ini ditangguhkan sementara pengeluarannya berikutan kekurangan bekalan cip bagi kad mentah berkenaan.
JPN tidak kompromi sebarang salah laku integriti kakitangan
Tindakan dan hukuman yang berkaitan dan setimpal akan dikenakan sekiranya siasatan dijalankan membuktikan pegawai didapati bersalah.
JPN tidak terlibat dalam program taklimat, penerangan warganegara
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tidak terlibat sama sekali dalam penganjuran satu program taklimat dan penerangan kewarganegaraan seperti yang tular di media sosial sebelum ini.
Cakna prosedur ditetapkan, elak daftar lewat kelahiran - JPN
Pasangan yang belum mengesahkan perkahwinan selepas mendirikan rumah tangga di luar negara masih boleh mendaftarkan kelahiran anak mereka mengikut prosedur ditetapkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (
Sebanyak 27,280 kes daftar lewat kelahiran sejak 2022
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) merekodkan sebanyak 27,280 kes permohonan pendaftaran lewat kelahiran sejak 2022 sehingga semalam.
Lebih 2,000 kes permohonan kewarganegaraan selesai
Kementerian Dalam Negeri menyelesaikan sebanyak 2,373 kes permohonan taraf kewarganegaraan di bawah Perkara 15(2) Perlembagaan Persekutuan sehingga 24 Mei 2024.